Dec 24, 2012
Nov 12, 2012
Untuk jiwa yang Hanif
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
فأسلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah kepada orang yang tahu sekiranya kamu tidak tahu
Nov 8, 2012
Sahabat
Sahabat...takkan ku lupa kenangan bersamamu..yang pernah menyentuh jiwaku..
di saat aku tersisih..di saat semua tidak melihat diriku...engkau menghulurkan tangan padaku...kau kesat butiran air mataku...kau memeluk erat tubuhku... dan kau bisikkan aku kata2 yang menyetuh qalbu
"Allah itu maha baikkan..." aku mengangguk "ya.."
"Allah sentiasa bersama kita..." aku mengangguk...
Membuat air mata ini tak tertahan...saat mendengar kata2mu..jiwaku lentur...sungguh terkesan di hati..
sungguh aku benar2 merindui detik2 bersama...namun waktu itu takkan mampu ku putar...kau pergi jauh meninggalkan diriku.." 'Alimah tak tinggalkan ilham sorang2 kat sini..'Alimah tinggalkan ilham dengan sahabat2 yang boleh menjaga diri ilham nanti.." air mata bercucuran laju..'sungguh mulia hatimu'..tapi takkan sama dengan 'Alimah..
Selamat berjuang sahabatku...Uhibbuki Fillah...
Ku harap ukhwah ini kan terus kekal hingga ke syurga.doakanku dapat menjadi insan solehah sepertimu...
berkasih sayang kerana Allah...
terima kasih ya Allah kerana memberikku seorang sahabat yang mencintaiMu..tatkala bersamanya..membuat hatiku teringat padaMu..
"saya tahu ukhti dah jatuh cinta dengan majlis2 ilmu di sana...,doakan saya mendapat peluang seperti ukhti..walaupun destinasi nanti mungkin berbeza.."
Yaman Vs Egypt
Mahabbah di antara dua benua
Mahabbah di antara dua benua
Oct 23, 2012
Konvo
|
Hari semakin hampir..tapi semangat nak konvo tak terasa...macam2 yang bermain di fikiran..macamna keadaan saya nanti...boleh pakai niqab atau tidak...
Rasa diri tidak layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut...ilmu tak sampai setitik pun ..
Saya cuba membayangkan suasana majlis tersebut..dalam keadaan tidak berniqab..naik ke pentas di saksikan semua yang berada di dalam dewan..."ah...tak sanggup.." apa akan jadi pada hati saya nanti..mungkin penyakit akan mudah menyerang jiwa yang lemah ni...
BANGGA!!
uh..bahaya untuk jiwa....
Keperluan atau keinginan
"keperluan atau atau keinginan..?" cik ain mengajukan pertanyaan...
"erm..keinginan....keinginan...keluarga..." balas saya perlahan...suara dalam tekak jer...
ha..satu pertanyaan yang cukup padat...terima kasih cik Ain...saya temui jawapan disebalik persoalan simple tu..
Terima Kasih juga pada sahabat saya Cik Amni...kerana dah banyak bagi sokongan padu..menjadi sayap kiri saya...
Kan best kalau boleh macamni..tapi agak mustahil...
Oct 9, 2012
Mafi Qalbi Ghairullah
Setiap kali hati terpecik mazmumah aku mengeji diri sendiri..jahatnya aku..lemahnya iman..kenapa hatiku tidak seperti dulu..
Kadang aku kuat..kadang aku lemah..aku membenci diri sendiri..hidup terhimpit dengan mazmumah yang semakin melekat di hati...Ya Allah beriku jalan..beriku penawar untuk membersih hatiku ini...
ku mahu...' Mafi Qalbi Ghairullah...' bantulah aku ya Allah...
Teman..aku mahu sendiri..aku mahu muhasabah nafsi...aku mahu menyendiri bersama Pemilik Hatiku..aku mahu hatiku berbicara...kalian takkan mengerti..dan mungkin takkan pernah mengerti perihal diriku..Hanya Allah yang tahu..aku tidak menyalahkan diri kalian andai membenci diriku yang semakin menjauhi diri...kerana saat ini aku perlukan ruang...mencari kembali hatiku...
"Mafi Qalbi Ghairullah...Mafi Qalbi Ghairullah..."
perkenankan Ya Allah...jadikanlah harapanku hanya padaMu..bukan pada yang lain...jadikanlah pergantunganku hanya padaMu..bukan pada yang lain...
"Ilahi..Anta maqsudi..wa ridhaKa Mathlubi....."
Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini..dekatkan aku dengan cintaMu....
Ya Rabbi seandainya Engkau melihatku semakin menjauh dari-Mu, maka Engkau kembalilah aku kepada-Mu dengan pengembalian yang indah.."
Ya Rabbi Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta padaMu dan RasulMu..melebihi kecintaanku kepada yang lain...
impian dan harapan seorang hamba....
Alfaqirah Ilallah....
Oct 2, 2012
Menjenguk ke kandang Kambing
Kali ni..cik Ain kata dia nak bawa saya menjenguk ke kadang kambing..saya teruja nak pergi..Jom ikut saya ke kandang kambing..,
ketika menghampiri kandang kambing..bau2 kambing semerbak menusuk ke lubang hidung (jangan pelik kalau tengok kami pakai macamni...,hatta masuk kandang kambing pun..imej tetap sama..sebenarnya ini je pakaian yang ada...lupa nak bawa tsher muslimah..^^jadi pakai jela jubah..no problem kan.!
ketika menghampiri kandang kambing..bau2 kambing semerbak menusuk ke lubang hidung (jangan pelik kalau tengok kami pakai macamni...,hatta masuk kandang kambing pun..imej tetap sama..sebenarnya ini je pakaian yang ada...lupa nak bawa tsher muslimah..^^jadi pakai jela jubah..no problem kan.!
tu dia sahabat saya cik Ain...tuan punya kandang kambing..(bakal pewaris I,Allah) sedang melangkah menuju ke kandang...
sedang bagi kambing2 ni makan..
the best moment !
sebenarnya takut juga dengan kambing2 ni.....
inila sumber bekalan tiap2 minggu...susu kambing..Alhamdulillah..terima kasih pada cik Ain yang selalu membekalkan susu kambing..
kalau anda nak tahu..susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu..dan ia adalah minuman kesukaan baginda Shallallahu 'alaihi wasallam...
Sep 30, 2012
Selamat berjuang
Langkah menuju Akhirat
Semuanya seperti berlaku secara tiba2..itulah perancangan Allah..yang kadang2 menjadi 'suprise' yang mengujakan jiwa sesiapa saja..begitu juga aku...
Selamat berjuang...
Selamat berjuang Ukhti Atiqah..suasana semalam begitu membuat jiwaku sebak...aku melihat ukhti atiqah yang berpakaian serba putih...datang ke arahku sebaik aku tiba dirumahnya.."wah berseri2 ukhti Atiqah malam ni...semoga Allah permudahkan urusan ukhti di sana.." kataku sebaik kami berpelukan...
Tak sangka Ukhti Atiqah dapat ke Mesir..6 tahun..itu jangka masa yang cukup lama...jiwaku sedikit terusik...keingananku untuk menyambung pengajian di luar negara kembali membara..,negeri yaman mula mengusik2 jiwaku...Hadramaut...aku tak tahu kenapa aku menyukai Yaman...yang pastinya hatiku lebih terarah untuk ke sana...
Ukhti..doakan akak juga dapat mengikut jejak2 ukhti selepas ini...
Sep 25, 2012
Sep 24, 2012
Aku mahu mencintaiMu
adalah Cinta Agung
akupun mahu mencintaiMu
tapi cintaku pada Mu Tuhan
selalu terganggu
ia kemuncak daripada
segala kebahagiaan
akupun mahu mencintaiMu
aku tahu mencintaiMu amat perlu
cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
walaupun sedikit terasa indahnya
kemudian lupa lagi
~Rintihan Cinta~
Sep 3, 2012
Aug 25, 2012
Kalau Jodoh tak kemana...
aku memujuk sahabatku...."kuat ya,Nurul..."
Ukhti Nurul mengukir senyuman,tabah...,aku melihat dirinya...tidak ada titisan yang mengalir dari mata beningnya....Ya Allah..kuatnya ukhti Nurul...di saat dia sedang berjuang dengan semester akhir dengan tesis yang cukup memberatkan..dia mendapat jawapan yang cukup menyakitkan...
Kata Ukhti Nurul..Asyraf mula mengubah pilihan di saat2 begini...dia memilih safiyya..anak seorang Dr...
"Safiyya tu kaya...selalu tolong Asyraf dan keluarga..nurul ni apa yang ada ..."
luah ukhti Nurul...aku melihat matanya yang lesu...ah..kenapa Asyraf sanggup berbuat demikian...kesian ukhti Nurul...seperti aku juga yang terasa sakitnya...Ah..tak patut Asyraf buat macamtu
"itu jawapan istikharah...saya terima...mungkin dah takda jodoh kami..."kata Nurul tenang..
"nurul sabar ya..Insya Allah..ada lelaki soleh lain yang Allah gantikan untuk nurul.."
aku cuba memujuk..Ah..aku sendiri pun tidak yakin adakah aku cukup kuat jika diuji sedemikian...Allah...Allah...
>>>>>>>>>>>>
5 bulan berlalu...
cantik nya ukhti Nurul...aku tak puas memandang Nurul yang cantik, dengan mengenakan busana muslimah di hari bahagianya...cukup sederhana...tertutup sempurna begini lebih cantik daripada baju yang ketat2...Nurul tersenyum manis...
Allahu akbar...kalau dah jodoh tak kemana kan...Nurul kini sah menjadi isteri kepada Asyraf....
"Nurul..saya tak faham..bukankah dulu Asyraf kata...."
aku sedikit bingun2..aku minta dia menerangkan.....
"nurul pun tak tahu Ira...,tiba2 Asyraf datang rumah..jumpa mak dan ayah..."
Nurul terdiam seketika...
"mak cik..pak cik...saya minta maaf...,sebenarnya saya tak tahu adakah keputusan saya baru2 ni betul atau tidak...,sebenarnya saya tak boleh tipu hati saya.,..saya rasa lebih tenang dengan Nurul...keputusan saya baru2 ini banyak dipengaruhi rasa terhutang budi dengan keluarga Safiyya..."
jelas Asyraf...,Nurul yang berada disebalik tirai hanya menitiskan air mata...begitu juga Asyraf...
begitulah kisahnya.....
"Allahu Akbar....hebatnya kuasa Allah...sememangnya Allah sengaja menguji Nurul dan Asyraf...tapi lihatlah sekarang..bilamana Allah berkehendakkan kalian bersatu maka tiada siapa yang boleh mengahalangnya..."
aku memegang erat tangan Nurul...
"eh Ukhti Ira bila lagi...tu cincin kat tangan tu..."
usik Nurul...aku hanya tersenyum...
"entahlah Nurul...belum ada yang berjaya membuat hati ini yakin untuk menerima....."
aku hanya memandang cincin dijari manisku..cincin ini adalah penyelamat..'single but not available'...
"dia....??macamna...." soal Nurul lagi...
"dia...??uh....,Ira tak layak untuk dia Nurul..dia terlalu baik...biarlah Allah temukan dia dengan gadis yang lebih baik dan Solehah..."
Ah..aku tidak mahu membicarakan tentang itu lagi..terasa sakit...mujur saja Allah telah menyembuhkan kembali hatiku..
Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kekuatan...Sungguh aku tidak mampu tanpaMu ya Allah
Aug 22, 2012
Ijazah dari Tuan Guru
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah....akhirnya aku mendapat ijazah ratib hadad dari tuan guru pondok Falahiyah pada syawal ke 4...sebelum ini,aku cuba mengamalkan ratib kekasih Allah..(ratib hadad)walaupun waktu tu aku belum lagi mendapat ijazah dari ustaz.
Aku ditemani Kholah ketika bertemu baba Li...(adik kepada baba Li,dan juga isteri kepada ayah saudaraku...,)aku cuba memberanikan diri untuk bertanyakan beberapa soalan yang telah membuat jiwaku sesak sejak pulang dari KOnvensyen Fiqh baru2 ini...nampaknya aku semakin pening...rasa sebak,tapi Alhamdulillah...jawapan dari baba Li.sedikit sebanyak membantu...
aku bertanya tentang wasatiyyah...aku pening dengan istilah dan fahaman baru ni...ah..macam2 boleh bingun jadinya fikiranku nanti...
"wasatiyyah hanya dalam urusan pekerjaan..di dalam urusan aqidah ,urusan agama tidak ada istilah wasatiyyah..."
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah
Alhamdulillah....akhirnya aku mendapat ijazah ratib hadad dari tuan guru pondok Falahiyah pada syawal ke 4...sebelum ini,aku cuba mengamalkan ratib kekasih Allah..(ratib hadad)walaupun waktu tu aku belum lagi mendapat ijazah dari ustaz.
Aku ditemani Kholah ketika bertemu baba Li...(adik kepada baba Li,dan juga isteri kepada ayah saudaraku...,)aku cuba memberanikan diri untuk bertanyakan beberapa soalan yang telah membuat jiwaku sesak sejak pulang dari KOnvensyen Fiqh baru2 ini...nampaknya aku semakin pening...rasa sebak,tapi Alhamdulillah...jawapan dari baba Li.sedikit sebanyak membantu...
aku bertanya tentang wasatiyyah...aku pening dengan istilah dan fahaman baru ni...ah..macam2 boleh bingun jadinya fikiranku nanti...
"wasatiyyah hanya dalam urusan pekerjaan..di dalam urusan aqidah ,urusan agama tidak ada istilah wasatiyyah..."
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah
Aug 3, 2012
Permintaanku hatiku
BIsmillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...dengan izinNya..dapat lagi aku bertemu dalam ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini...
ramadan mencetus kebhagiaan yang luar biasa bagiku...hari2 yang dilalui sentiasa ada cerita dan rahsianya..inilah anugerah yang cukup besar dari Ilahi...
hatiku mula dirundun sayu tiba2...saat memikirkan bila waktu hidupku akan berakhir sebagai musafir di dunia ini..bagaimana?bagaimanakah keadaanku waktu itu??
terketar2 bibirku menyebut namaMu ya Allah...
Ya Allah jadikanlah akhir hidupku..tatkala aku sedang asyik bermunajat padaMu...
Jemputlah diriku tatkala mata sedang menangis merindukan pertemuan denganMu pencipta diriku
matikanlah aku dalam sujudku....
jangan Kau ambil nyawaku tika hatiku sedang lalai dari mengingatiMU....
ramadan akan pergi...dan aku harus menunggu ..menunggu dan terus menunggu...adakah masih ada peluang untukkuT_T
Aug 1, 2012
Ramadan..
Bismillahirrahmanirrahim...
Ramadan di Tahfiz...
kedatangan ramadan kali ini..membuat hatiku dicengkam rindu..rindu pada suasana Fastabiqul Khairat..di POndok pasir Tumbuh tahun lepas...terasa jiwaku hidup waktu itu...kesedihan begitu terasa saat hampir ramadan hampir meninggalkan.
Ramadan di Tahfiz...
kedatangan ramadan kali ini..membuat hatiku dicengkam rindu..rindu pada suasana Fastabiqul Khairat..di POndok pasir Tumbuh tahun lepas...terasa jiwaku hidup waktu itu...kesedihan begitu terasa saat hampir ramadan hampir meninggalkan.
Jul 4, 2012
Penghibur Hati
Bismillahirrahmanirrahim..
Anak2 semangnya penghibur,,,
meskipun yang selalu berada di depan mataku itu...bukan anak2ku..tetapi mereka adalah anak2 didikku..mereka penghibur hatiku...meskipun kadang2 sikap mereka membuat aku geram..tetapi saat muka ku mula kemerahan menahan geram...bijak saja mereka membuat aku tersenyum....terus aku tidak dapat bertahan dengan kemarahan...senyuman kembali mengukir...
"saya suka tengok Ustazah marah.."usik seorang pelajarku...pandai pula mahu mengambik hatiku...inilah gelagat2 pelajarku..
Aku memerhatikan mereka menghafal Al-quran, seorang demi seorang aku panggil untuk mendengar hafalan mereka...,aku kagum mendengar ayat2 quran yang laju meniti dibibir mereka..
"kalau malas2 hafal...Ustazah masukkan kamu dalam kelas Ustz Mahyudin" ugutku bila melihat mereka kurang fokus dengan hafalan..dalam hati aku menahan gelak...di depan mereka aku berpura2 serius...kelihatan semuanya bersungguh2 menghafal..takut betul pelajar2ku dengan Ustz tu.siapa yang tak kenal dengan ustaz yang garang tu..
kata seorang pelajar ustaz tu menyeramkan...
Pelajarku menangis...
Hari ni..pelajarku menangis gara2 tidak lancar hafalannya...
"Firdaus..kenapa tak lancar...kamu banyak main2 ni firdaus..ini bukan setakat Jim(jayyid/baik), Dho'(dhoif/lemah) ustazah bagi kat sini"
aku menandakan di kertas hafalannya...selalunya pelajar yang lancar akan ditandakan huruf mim dan zai(mumtaz/cemerlang).
Jarang sekali aku berwajah serius sebegitu..dan baru saja aku ketawa dengan gurauan2 pelajar2ku tadi...tiba2 terpaksa ku pura2 berwajah serius...tapi aku mula kesian..bila tengok pelajarku menangis..mungkin dia terkesan dengan apa yang aku katakan..aku tak boleh sebenarnya melihat pelajarku menangis..terasa aku begitu kejam terhadap mereka.."pelajar2ku semoga apa yang ustazah lakukan itu..mampu mendidik hatimu"
Pelajar yang memahami...
Sebenarnya pelajar2 ni..hatinya tulus sekali..mudah memahami..lebih2 lagi anak2 kecil ni..hari ni..aku hanya mengajar kelas ibtadai'e (pelajar sekolah rendah)dari darjah 1-3 aku mengajar dalam sabjek akhlak..biasalah anak2 nakalnya kadang2 susah nak dikawal..tapi kenakalan dan teletahnya juga membuat aku tersenyum sendiri. Tidak pandai berpura2, itulah anak2 kecil...aku senang bersama mereka..tetapi pening pun ada juga...untuk kelas yang terakhir..tahun 3..aku menyandarkan diriku dikerusi..."hari ni ustazah pening kepala.."aku luahkan pada pelajar sambil meminta mereka tidak melakukan bising, mujur mereka mendengar kataku..hari ini aku hanya melakukan aktiviti kuis untuk lebih santai..
"oke sesiapa yang mahu menjawap kuis...angkat tangan saja tau..tanpa bunyi suara pun ..."
arahan aku itu dituruti..lucu pula aku melihat mereka yang berebut2 nak menjawap kuis..masing2 mengangkat tangan dengan laju dan hampir serentak semuanya...aku ketawa kecil...pelajarku sememangnya penghibur hatiku...
Alhamdulillah..aku bersyukur kerana bisa merasai kembali suasana seperti ini.,kalau dulu mengajar pelajar tadika,happynya jadi cikgu budak2 ni. Suasana yang dipenuhi anak2 kecil...kanak2 yang riang...yang masih bersih dari dosa...aku senang memandang wajah anak didikku..tambahan pula wajah mereka berseri2..kerana mengahafal Quran..
Ustazah sayang kalian semua..
Pelajar yang nak membodek
"ustazah umur ustazah berapa...??"
tanya pelajar kecilku...
"ha?umur...? ustazah dah tua dah..."
kataku sambil tersenyum...
"berapa?"
"30..."
"ha...??ustazah nampak mudala...hehe.."
uh..pandai nye nak membodek ustazah,,,nak dapat mumtaz(cemerlang) barangkali...aku ketawa dalam hati...
"urm..30-6.."perlahan saja hurup enam tu ku sebut..
"erm..tak payah nak bodek2 ustazah...tak lancar hafalan kamu tetap dapat dho'(dhoif/lemah)..ataupun masuk saja kelas ustaz Mahyudin.."
aku menahan gelak...senyum saja yang kelihatan...
masing2 mula laju membaca al-quran....takut..
Aku harap pelajar2ku bukan hanya sekadar menghafal 30 juzuk al-quran..tetapi juga menjadi hafiz yang beriman dan bertaqwa...dan menjadikan al-quran dan al-sunnah sebagai panduan hidup..
mode: terhibur dengan dunia kanak2...
Jun 28, 2012
Pesanan untuk Jiwa
Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
SUMBER : Artikel iLuvislam.com
Jun 17, 2012
Lelaki Dulu dan Sekarang
Lelaki
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,
Damsyik, Syria
* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd
Jun 12, 2012
hausnya
Rasa dahaga sememangnya membuatkan saya terbayangkan air yang sejuk di depan mata…dan alangkah nikmatnya kalau ia dapat menyentuh anak tekak…Subhanallah nikmatnya..tak terucap dengan kata2..tatkala tekak yang kehausan di hulurkan segelas air…
Saya masih mengingati..kira2 2tahun yang lepas…saya ke libry berjalan kaki..hobi saya suka jalan kaki..dalam panas terik matahari ,saya menaiki anak tangga yang tinggi itu..tekak saya terasa teramat dahaga…sememangnya saya telah bekalkan sebotol air…sampai sahaja di Libry saya duduk di tepi loker dan menyandarkan diri saya di situ kerana kepenatan..kemudian saya terus minum air dengan nikmatnya..yang saya tahu waktu tu.. saya dapat minum air tanpa sebarang gangguan …”erm..nikmatnya air ni..”kata2 tu keluar spontan dari saya…tanpa saya sedar seorang abang ni sedang memerhati,dia kelihatan pelik…Argh..malunya…saya cepat2 menyorok di sebalik loker..malu yang teramat waktu tu…
Rasa Nak Menangis
Kadang2 saya rasa nak menangis je…lebih2 lagi bila berpuasa..bukan sebab keletihan berpuasa..tetapi saya membayangkan bagaimana peritnya rasa dahaga di padanga mahsyar nanti…,di dunia pun..rasa tak tertahan kalau dahaga, macamna kalau di akhirat ??…sungguh saya merasa sedih..dan tiba2 saya terasa mahu menangis…Ya Allah..bantulah hamba-Mu di akhirat nanti…
Kalau boleh saya mahu saja berlapar dan berdahaga di dunia ini dengan berpuasa..asal tidak di akhirat..kerana saya tidak tahu..adakah saat saya merasakan itu..saya memiliki harapan untuk merasakan walau hanya setitis air…Astaghfirullahal ‘azim..aku takut ya Allah…saat ini aku seperti membayangkan yang kalau aku di sana…kalau di sini aku terasa dahaga ..bisa saja aku mendapatkan air untuk menghilangkan dahagaku..ya Allah..aku benar2 mengharap akan bantuanMu…
Saat semua manusia berkumpul di padang mahsyar..di saat matahari hanya sejengkal dari kepala..bagaimanakah kita tatkala itu..??
Astaghfirullah...unsurni ya Allah...
Jun 11, 2012
Kuatkah AKu...
Hakikat itu harus kuterima..ya..Aku telah lama bersedia, telah lama aku bersedia akan sebuah tanda tanya yang bermain di hatiku...Dalam kesendirian...aku bermonolog sendiri..'Ya Allah..apa sahaja ketentuan untukku..aku terima..takkan aku kecewa..
barangkali apa yang aku mahukan..itu bukanlah yang terbaik untukku...
Tapi kuatkah aku saat itu..
"ye..saya baik2 saja...saya terima semuanya..." meluah pada seorang sahabat...
benar itulah kalimah yang melontar laju dari bibirku...
Justeru itulah yang aku mahukan, aku mahu bebas dari sangkar harapanku,...jadi mengapa harus terasa sakit..jika itu yang berlaku...
Kuatkan Aku ya Allah...Kuatkan Aku ya Allah..hanya Engkaulah sandaran hatiku...
tempat ku mengadu..
Perancangan Allah itu maha Indah
aku mula merasa Engkau memandangku dengan penuh kasih sayang, aku harap
apa yang ku rasakan itu benar, dan itulah yang aku harapkan dariMU.
"Jangan kau bersedih wahai diri..,Allah sedang mengatur sesuatu yang terbaik untuk dirimu..."
Perancangan Allah itu Indah..
Kembali padaMu
Bismillahirrahmanirrahim...
kami kembali kepada-Mu,mengakui dosa dan bertobat kepada-Mu
kamilah orang-orang yang sengsara dan yang mengharapkan-Mu
kamilah orang-orang yang ketakutan dan mencari perlindungan-Mu
Putuskan harapan kami kepada selain-Mu,
sehingga kami tidak berharap kecuali kepada-Mu,
dan tidak percaya kecuali kepada-Mu,
Wahai yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi,
Wahai yang Maha mendengar semua suara,
wahai yang Maha meliputi semua yang berlalu,
wahai yang Menyelamatkan semua jiwa setelah kematian,
Wahai yang Maha suci dari semua kegelapan..
Anugerahkan kepada kami keselamatan sehingga
menenteramkan kehidupan dan penghidupan kami.
Akhiri hidup kami dengan kebaikan sehingga dosa2 tidak membahayakan kami
Kurniakan kepada kami rasa ridha dalam hati kami
terhadap apa yang telah Kau bagikan sehingga kami tidak meminta sesuatu selain dari-Mu...
Amin Ya Rabb
Petikan dari Naskah Sejuta Pelangi
Oki Setiana Dewi.
Jun 7, 2012
Khabar Gembira untukku
Bismillahirrahmanirrahim...
SEmalam Allah menjadikan cuaca mendung...dan hari ni Dia bagi pelangi yang indah...dicampakkan satu perasaan bahagia...itu yang saya rasa saat ini...membuatkan bibir tak lekang dengan senyuman..untung saja orang tak nampak...kerana senyuman itu tersembunyi disebalik kain kecil...kalu tak mungkin entah apa2 yang mereka fikirkan.
Pagi tadi..saya datang pejabat jalan kaki...saja taknak tumpang kawan2 yang berkereta..dah lam tak jalan2 macamni..best tau jalan kaki ni,alah tak sampai 10 mint pun..ha..sambil2 jalan tu..boleh menikmati keindahan Alam.udaranya yang nyaman...Subahanallah...tenang betul..
mase sedang duk syok jalan tu, telefon kecilku berbunyi.... nanyian Tamer Hosni..,
Alhamdulillah...dapat panggilan tawaran kerja..Berita gembira untukku...lepas praktikal terus on..nampaknya lambat pulala balik kampung..kesian dekat mak...
>>>>>>>>>>>
Hari ni gembirakan hati..shopping dekat baby shop yang berdekatan pejabat ni..Alhamdulillah..tahun ni saya akan menimang 2 orang cahaya mata...Anak kepada 2 orang kakak saya K.long dan K.cik...Alhamdulillah nampaknya meriah lagi la keluarga Cik Lijah ni ya...,tak sagka betul dua2nya dijangka dalam bulan yang sama...
Tetapi saya tak tahu..samada baby tu Girl ataupun Boy..jadi masa pergi baby Shop tadi..agak pening juga nak pilih pakaian baby ni, tapi.. syok juga masuk kedai baby ni..geram pulak tengok baju cute2 semuanya..harga pun boleh tahan...takpela untuk bakal anak2 sedara Mak Uteh.
Saya tak tahu apa yang orang fikir masa saya masuk kedai tu...(hehe tiba2 jadi perasan pulak.).,macam single mother pun ada hehe dalam hati (hee cari baju untuk anak sedara^^)....ramai juga dalam kedai tadi..yang datang suami isteri..happy je mereka ni..ada yang duk gelak2 masa tengah pilih baju adala perkara yang mencuit hati barangkali...
Ah..saya pun sebnarnya geli hati juga tengok baju2 baby ni...hehe...macam2 ada...
dah hampir satu jam duk tengok2 je, so, saya pun pilihla baju yang berkenan kat hati, untuk bakal anak buah saya nanti..
Mode:Bahagia..Alhamdulillah...^^
SEmalam Allah menjadikan cuaca mendung...dan hari ni Dia bagi pelangi yang indah...dicampakkan satu perasaan bahagia...itu yang saya rasa saat ini...membuatkan bibir tak lekang dengan senyuman..untung saja orang tak nampak...kerana senyuman itu tersembunyi disebalik kain kecil...kalu tak mungkin entah apa2 yang mereka fikirkan.
Pagi tadi..saya datang pejabat jalan kaki...saja taknak tumpang kawan2 yang berkereta..dah lam tak jalan2 macamni..best tau jalan kaki ni,alah tak sampai 10 mint pun..ha..sambil2 jalan tu..boleh menikmati keindahan Alam.udaranya yang nyaman...Subahanallah...tenang betul..
mase sedang duk syok jalan tu, telefon kecilku berbunyi.... nanyian Tamer Hosni..,
Alhamdulillah...dapat panggilan tawaran kerja..Berita gembira untukku...lepas praktikal terus on..nampaknya lambat pulala balik kampung..kesian dekat mak...
>>>>>>>>>>>
Hari ni gembirakan hati..shopping dekat baby shop yang berdekatan pejabat ni..Alhamdulillah..tahun ni saya akan menimang 2 orang cahaya mata...Anak kepada 2 orang kakak saya K.long dan K.cik...Alhamdulillah nampaknya meriah lagi la keluarga Cik Lijah ni ya...,tak sagka betul dua2nya dijangka dalam bulan yang sama...
Tetapi saya tak tahu..samada baby tu Girl ataupun Boy..jadi masa pergi baby Shop tadi..agak pening juga nak pilih pakaian baby ni, tapi.. syok juga masuk kedai baby ni..geram pulak tengok baju cute2 semuanya..harga pun boleh tahan...takpela untuk bakal anak2 sedara Mak Uteh.
Saya tak tahu apa yang orang fikir masa saya masuk kedai tu...(hehe tiba2 jadi perasan pulak.).,macam single mother pun ada hehe dalam hati (hee cari baju untuk anak sedara^^)....ramai juga dalam kedai tadi..yang datang suami isteri..happy je mereka ni..ada yang duk gelak2 masa tengah pilih baju adala perkara yang mencuit hati barangkali...
Ah..saya pun sebnarnya geli hati juga tengok baju2 baby ni...hehe...macam2 ada...
dah hampir satu jam duk tengok2 je, so, saya pun pilihla baju yang berkenan kat hati, untuk bakal anak buah saya nanti..
Mode:Bahagia..Alhamdulillah...^^
Jun 6, 2012
Cinta Kepada Allah
والذين
ءامنوا أشدّ حبّا لله
Orang yang beriman itu sangat menyintai Allah.
HAKIKAT CINTA DAN RINDU BAGI YANG SEDANG BERCINTA
Kita
tinggalkan dahulu kisah cinta yang fana….Al hub baina makhluq …cinta yang
paling indah adalah cinta kepada Allah…benar!rasakanlah saat cinta-NYA mula
menyetuh sanubarimu….dunia ini terasa
luas sekali…jiwa terasa lapang…dan wajah pun, mula mekar berseri….
Sayidina Abu bakar RA berkata:
“barangsiapa merasakan lazatnya cinta yang suci murni
kepada Allah,tentu perkara itu lebih menarik perhatiannya berbanding mencintai
keduniaan”
Firman Allah SWT di dalam surah al anfal ayat
2 mafhumnya:
“sesungguhnya orang2 yang beriman
adalah apabila disebut nama Allah(menyebut sifat2 yang mengagungkan dan
memuliakan-Nya) gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat2NYA kepada mereka,bertambah
(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”
Seperti mana hadis dari Anas RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda.
“sesiapa yang memiliki 3 sifat
ini,nescaya ia dapat merasai kemanisan iman.Mencintai Allah dan Rasulu melebihi
yang lain.Menyintai sesama manusia kerana Allah dan enggan kembali kepada jalan
kejahatan(kekufuran)sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam api neraka”
HR.Bukhari&Muslim
GHADDUL BASYAR(menahan pandangan)
Allah memerintahkan kepada setiap
hambanya baik laki2 ataupun wanita..supaya menjaga padangan mata..kerana apa
yang dilihat dari pada maka ia turut memberi kesan pada hati…janganlah
membiarkan mata itu bebas melihat sesuatu yang haram…sungguh!hati bisa menjadi
keruh lantaran kita tidak cermat menjaga pandangan mata…lalu bagaimana kita
mahu meraih padangan Allah..sedang kita tidak menjaga hati kita dengan
baik…kerana pandangan Allah jatuh pada hati seseorang hamba itu…
Tundukkanlah pandangan kita..
Di dalam sebuah hadis Qudsi Nabi SAW bersabda
bahawa Allah berfirman ,maksudnya “pandangan (kepada bukan muhrim) sebagai
panahan beracun dari Iblis,barangsiapa yang mengelaknya kerana takut kepada Aku
(Allah),maka aku akan menggantikannya dengan iman yang dapat merasakan
kemanisan dalam hatinya…
(riwayat baihaqi dan al Hakim)
Nah!tidak mahukan kalian merasakan
manisnya iman…pedulikan ajakan hawa nafsu ,,yang selalu mengarahkan mata untuk
melihat sesuatu yang haram…berbaloikah semua itu…kelak hati makin sakit
disebabkan karat2 yang semakin menebal….
DOA MERAIH CINTA ALLAH
“wahai Allah, limpahkanlah kepadaku
kekuatan mencintaiMU, mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai perkara2
yang mendekatkan diri untuk mencintaiMU,jadikanlah rasa mencintaiMu lebih aku
sukai dari berbanding air dan embun”
(Doa yang Di ajarkan Nabi Muhammad SAW)
Ayuh teman2 kita sama berdoa agar hati
kita dianugerahkan rasa cinta pada Allah melebihi segala2nya…tidak ada yang
lebih membahagiakan untuk seorang hamba yang fakir seperti kita ini melainkan
memiliki hati yang mempunyai rasa cinta pada Allah…cinta manusia itu perlukan
usaha..perlukan mujahadah…Usaha untuk menjadi hamba Allah yang
terbaik..Mujahadah melawan nafsu yang membawa kepada perkara yang Allah murka..
Seorang hamba yang mahukan cinta
Allah..amat takut jika Allah murka…amat takut jika Allah menarik balik anugerah
cinta itu….
Betapa Mahalnya cinta Allah..lebih
Mahal dari dunia dan seisinya…
Pergila dunia dari terus mencengkam
jiwa….pergi..aku tidak perlukan kamu untuk kebahagiaan hatiku…kamu hanyalah
jambatan tempatku berpijak untukku menuju negeri akhiratku…
Ya Allah..ampunkan segala dosa2
hamba-Mu ini…
Jadikanlah hati ini merasa cukup
dengan cintaMU….
matikanlah aku saat air mata membasahi sajadah cinta…saat hati yang bergetar saat
membisik Asma Mu…dan hati yang mengharapkan keampunan dan rahmat daripadaMU…
Sering
kali kita meminta agar dikurniakan rasa CINTA hanya keranaNya..
Tetapi sering kali kita terlupa untuk meminta agar jatuh cinta padaNya..
Sering
kali kita menatap kalam CINTA ttg Jodoh dan pasangan hidup…
Tetapi
sering kali kita lupa untuk menatap kalam CINTA ttg keindahan &
kebesaran-NYA..
Dan sering
kali juga kita terlupa untuk segera menyahut setiap panggilanNYA
~*Ingatlah
Aku, Aku akan mengingatimu*~
~Al-Baqarah
152~
May 31, 2012
Atas nama Cinta
~Di atas nama cinta pada yang selayaknya, ku nafikan yang fana, sungguh ku akui ,bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..kerana itu ku cuba untuk menghindari segala pesona maya..dan takkan sekali ku biarkan ia merampas rasa cinta pada Dia yang selayaknya~
"biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihNya.."
"aku menemukan kebahagiaan dalam imanku, Imanku ada di dalam hati, dan hatiku tak dapat dikuasai oleh sesiapun, melainkan dengan izin Allah"
"wahai Tuhan, apabila sah aku mendapat kasihMu, maka segala2nya di dunia ini tidak ada erti lagi, kerana apa yang ada di atas tanah ini adalah fana"
~gadis sufi Rabi'ah Adawiyah~
Dalam Sujudku
Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu semahu mahunya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..
Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..
Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..
Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu
Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..
Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..
Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..
Subscribe to:
Posts (Atom)