Mar 13, 2012

Niqabis bertindaklah sesuai dengan penampilanmu




BIsmillahirrahmanirrahim...

MALU...

Itulah satu ayat yang keluar dari mulut saya berkali2 hari ini....bilamana saya diceritakan seorang kakak..perihal gadis niqab dan beberapa orang temannya datang untuk interview Ustaz di sini untuk kerje assignment diorang .."nak tahu tak..semalam akak terkejut dengar suara budak ni..kuat sangat ketawanya,,..siap kena perli lagi dengan ustaz tu...ya la, akak terkejutlah kan..pakai jer niqab..tetapi suara mengalahkan orang2 biasa...malu la macatu" kawan2 yang lain..mula memberi respon dan komen2 yang kurang enak....saya terdiam tak tahu nak cakap apa.,.tetapi Tolong! jangan salahkan Niqab..jangan salahkan semua gadis2 yang berniqab...tidak semua begitu..dan saya cuba husnu Dzon..barangkali gadis itu baru saja berniqab..mungkin dia perlukan sedikit waktu untuk berubah..seiiring dengan perubahannya.sekali lagi Tolong..jangan terus menghukum semua yang berniqab sebegitu...yang berniqab juga manusia....dan saya tidak nafikan..saya cukup2 terpukul bilamana fitnah dilemparkan kepada gadis..mereka sebahagian dari saya..

Tambahnya lagi , Ustaz mula memberi komen(agak pedas jugalah)...tertunduk saya mendengarnya....Allah...telinga ini sakit..hati terhiris..."kalau nak berniqab tu..jaga2lah suara tu...jangan sampai kedengaran dari jauh..dan ketawa tu..jaga2lah..sebab dia tu berniqab...,ni tak..,erm..lebih baik pakai tudung biasa2 je la..kalau perangai macam tu..bukan apa..takut jadi fitnah pada gadis2 niqab lain..."
saya akui ada benar juga kata ustaz tu...tetapi seperti yang katakan..barangkali dia baru sahaja berniqab..cuma sahaja dia tidak mampu lagi mengawal tingkah laku yang sewajarnya..

Kami yang bertarung habis2an menjaga diri, tiba2 dihentam dengan fitnah sebahagian niqabis yang kurang thiqah ....tolong..janganlah disebabkan diri kita, yang lain turut tercalit fitnah yang sama,..,saya akui saya bukanlah sempurna...saya juga tak lepas dari khilaf..tetapi sekurang2nya jagalah diri selayaknya diri sebagai seorang muslimah,terlebih lagi yang memilih untuk berniqab...Jaga suara,jaga Ikhtilat,jaga adab
Wanita yang pemalu lebih bernilai

Erm..saya tahu..ada dikalangan kita,bahkan juga saya..mudah tercuit dengan jenaka2 disekeliling....,tetapi jangalnah ada orang lelaki kat situ pun, nak ketawa2 jugak...ketawa dalam perut je la..(perlahan2la) ^_^ eh 'macamna nak ketawa dalam perut ye..' boleh imagine tak..??..herm..tahanjela ...,nak buat macamna..takkan nak biar orang lelaki dengar suara mengilai tu..tak pun kalau rasa geli hati sangat..tutup mulut dengan tangan..atau cepat2 larikan diri kalau rasa nak ketawa tu, tapi kan.. silap hari bulan orang cakap  Majnun sebab ketawa sorang2..Heee...^_~.)

Tau tak...ketawa tu boleh mematikan hati...bahaya kalau ketawa banyak2..dah! kalau pakai niqab tu lagi2la kan..bukankah antara sebab pakai niqab tu tujuannya nak jaga hati...sweet sangat kalau ketawa itu digantikan dengan senyuman jer..kan manis tu...,kalau saya sendiri...bila berhadapan dengan situasi yang melucukan memang cepat2la tutup mulut...tak pun sekali sekala elakkan dari join2 grup2 kaki lawak ni..

baiklah..sampai di sini sajalah luahan perasaan saya...pesan2 untuk diri sebenarnya dan untuk gadis2 niqab yang saya sayangi:"Saya sayang kalian kerana Allah.."

~kerana dirimu begitu berharga~

Mar 9, 2012

Tangisan Ibu





” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Saya mahu kongsikan sebuah video dan saya pasti kalian pasti tersentuh..jika kalian masih memiliki sekeping hati
video

Saat melihat video ni..saya dan teman2 terkedu, seketika melayan perasaan masing2... .jahatnya buat mak dia macam ni..Ya Allah..jauhilah kami dari menjadi anak yang menderhaka.