Feb 27, 2011

Tolong Sampaikan kepada bakal imamku

Tolong sampaikn kepada bakal imamku
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Feb 26, 2011

Ikhtilat di Alam Maya??!

"ukhti...tak sangka ana..dia tu nampak macam thiqoh..tapi..ternyata..."beritahu aisha..kelihatan hampa di wajahnya
"ukhti..tak baik kata macam tu..manusia..biasala mana ade yang sempurna.."pujukku...

ternyata..
terlalu susah untuk mencari insan  berhati SUFI...
yang dirinya terjaga..bukan sahaja yang nyata..tetapi di 'alam maya...
Istilah yang ana suka gunakan pada hari ini..tatkala melihat ramai teman2 yang tak segan silu..berchatting...dan berborak di laman2 sosial yang bertaburan di i.net hari ini...
Mungkin kita tak pernah melihatnye...berbual dengan berlainan jantina di luar..tapi..lain pula bila di laman sosial...perasaan malu dan prinsip hilang sama sekali...

 Terkadang diri sendiri Khilaf...apabila adakalanya sempat memberi komen...dan di saat yang wujud..rijal dilaman yang sama...

Mungkin kalian akan kata..."takkan agak syadid kan..."
tetapi ketahuilah semua itu sangat memberi kesan pada hati..tak kiralah...Ikhtilat pada zahir atau di 'alam maya

jadi kalau betul  thiqoh..jagalah diri...
Cabaran hari sangatlah banyak...nilah dia!!...ujian2 yang berlaku di laman2 sosial.tak pandai kawal...hati boleh jadi kotor....

Jagalah adab ketikan anda sedang mengembara di 'alam maya..ingat dosa dan pahala...apa yang penting JANGAN LAGHO...!!


http://yusilham88.wordpress.com/2010/06/21/ikhtilath-di-alam-maya/

HUbbul a‘ama/حب الأعمى




Sekalipun cinta telah ku uraikan dan
ku jelaskan panjang lebar.
namun
jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sndiri.
 Meskipun lidahku telah mmpu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata2 pecah berkeping2 begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah
yang menerangkan cinta dan percintaan..
P/s:HUbbul ‘ama/حب الأعمى(Cinta Buta) memang membutakan..sehingga terlindung keburukan disebalik zahirnya..kerana tatkala itu hati telah dihiasi bunga2 cinta..hingga hati kabur untuk menilai intan dan permata…

Feb 23, 2011

Rintihanku

Ya Allah, Ya Rabbi dengarlah tangisan hatiku
Hambamu yang hina ini
Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat

Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku

Aku mengadu padaMu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan

Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah tersiksa
      Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)
    
   ~mawaddah~

Serahkan hatimu hanya pada Allah



Ukhtiku..adakalanya kita akan merasa kecewa dengan sikap manusia,teman2..,saudara2 kita..hal ini kadang2 bisa membuat kita kecewa..lemah..sedih dengan sikap2 sebahagian daripada mereka yang sukar untuk memahami diri kita.

adakalanya bicaranya lantang..mengguris jiwa...adakalanya pandangan mata ...membuat kita rasa serba tidak kena...kita mula bertanya "kenapa semua orang tak memahami...kenapa ?apa salahku..?"persoalan..dan monolog kekecewaan bermain2 di hati kecil..

hingga akhirnya air mata mengalir..tanpa sepatah kata mampu diungkap..kerana kekecewaan...
membuat hati kita melentur...

ketahuilah ukhtiku..inilah tarbhiah...inilah cara kita ditarbiah untuk menjadi seorang yang kuat..agar kita tidak terlalu bergantung harap pada makhluk-NYA..kerana tempat kita bergantung harap yang hakikat adalah hanya pada Allah..

Jangan Biasa Menggantungkan Diri pada orang lain
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Syaikh Ibnu 'Athaillah mengatakan:

       "Bahawasanya Allah Ta'ala melakukan dengan sengaja bagi hal-hal yang menyakitkan yang mereka lakukan (kepadamu) supaya kamu tidak merasa tenteram terhadap mereka.Allah menghendaki untuk menjadikan engkau gelisah terhadap segala sesuatu,sehingga tiada suatu juapun yang menyibukkan engkau daripada mengingati-NYA."

adakalanya manusia jika selalu sibuk dengan urusan yang berhubungan dengan manusia sehingga itu lupa atau tidak lagi memiliki kesempatan untuk mengingati Allah.

Berkata Syeikh a;-Syadzili:

      "Larilah kamu daripada kebaikkan manusia ,melebihi larimu daripada kejahatan mereka kepadamu,Maka sesungguhnya hanya kebaikkan mereka itu akan membahayakan hatimu,sedang kejahatan mereka itu hanya akan membahayakan jasmanimu.Bahawasanya bahaya yang mengenai jasmani itu lebih ringan daripada bahaya yang mengenai rohani(hati).

Feb 13, 2011

terima kasih..mintak maaf...


"terima kasih...sebab layan saya dengan baik..dan nak mintak maaf juga..takut ada kekurangan dari saya..sebab menyusahkan..."ucapku pada hidayah..teman seperjuangan...seorang yang berwatakkan tenang..

dia hanya tersenyum...."takde apalah ilham...."

semalam menumpang di biliknyer...memandangkan hari telah lewat untuk aku balik ke rumah sewa..
petang semalam baru selesai dari "sehari bersama reporter" kena follow reporter untuk cover news..

kisah aku di rumah temanku...Alhamdulillah layanan yang sangat istimewa...yang jarang2 dapat dilkakukan oleh sape...

kelengkapan persalinan..disediakan tanpa ku minta...sememangnya jika tidak diberi atau ditanya..tidakkan aku minta...sebab malu....

kemudian...dibuat minuman...melegakan kehausan sepanjang perjalananku di shah alam....
aku tersenyum...

"ilham tidur dulu..."beritahu nye...
memandangkan aku penat aku pun tidur terlebih awal dari temanku itu...

dan aku terjaga pada waktu malam...

'ya Allah...dia tidur dibawah...tanpa bantal dan selimut...'
sahabatku semoga Allah merahmatimu..atas kelembutan hatimu...

'dan aku tidur di atas katil dengan selesa '

dan pagi ini...menyediakan sarapan sebelum aku pulang ke rumah sewaku...

perilaku temanku itu mengingatkanku tentang sebuah hadis...

maksudnya:
" sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberikan haknya." Mereka bertanya:"Apakah haknya itu hai Rasulullah?" Sabda Rasulullah s.a.w.:" Layanan sehari semalam dan hak tetamu tiga hari. Maka selepas itu hanyalah sedeqah"

Riwayat Imam Bukhari dalam al-Sahih,kitab al adab.

memuliakan tetamu..dengan menyediakan makanan dan minuman menurut kadar kemampuan dan layanan yang baik dan seperti tempat duduk yang sepatutnya dan menghantar pulang ke pintu..lebih2 lagi ke perkarangan pintu...

Sabda Rasulullah .s.a.w bersabda
Maksudnya:"Tetamu datang dengan membawa rezekinya dan kepulangannya menghapus dosa ahli rumah"
Riwayat  Abu Syeikh daripada Abu Darda' r.a.,begitu juga al Manawi dalam kitabnya Faid al-Qadir.


terimakasih atas layanan baikmu...
dan mintak maaf atas sesuatu dariku yang menyusahkan dirimu...

Feb 12, 2011

Aku di surau

habis sahaja class....aku terus melangkahkan kaki menuju ke surau...yang mana tempat inilah yang aku rasakan aman....berbanding di luar

aku menyandarkan diri di dinding..sambil membelek2 surat khabar yang berada di depanku...
tiba2..aku terdengar music yang agak keterlaluan..
hatiku berdebar...sebaik mendengar lagu tu...telinga terasa panas..

si dia yang berada di tepi..seolah2 tidak bersalah dengan apa yang dibuat dalam musalla tu...
tangan memegang buku sambil mendengar lagu...

ah..!aku sudah tak tertahan lagi..apa yang harus aku lakukan takkan nak berdiam diri jer..

lalu aku mulakan bicara...
"awak pasang lagu macamni ke dalam musalla...?"tanyaku dalam nada yang agak slow..tetapi aku tak tau samada ia berbaur rasa geram dalam hati ini..
pertanyaan menjerat itu membuat dia tidak berkata apa2 tapi hanya tersenyum....
aku hairan dia hanya tersenyum,.,,dengan tidak bertindak apa2 pun..still dengan kedegilan yang kurang adab dalam musalla..

"ah..geram betul...kenapa macam tak bersalah jer..tak tau ker musalla ni tempat yang mulia..dan perlu jaga adab yang baik di dalamnya,kenapa orang islam sendiri tak hormat tempat solat ni..!"desis hatiku..

aku lantas melangkah keluar dengan perasaan kecewa dan marah atas sikapnya...

"akak bencinya pada diri sendiri.." sent to k.su
aku menangis dibilik kosong bersebelahan....

"kenapa..?"k.su
"saya tak dapat halang orang tu...langsung tak hormat dalam tempat solat...rasa macam tak guna jer sebab tak bertegas dengan dia.." sent to k,su

"kita hanya boleh memberi teguran..adakalanya kita tak mampu ubah perangai orang macamtu.bagusla kalu adik dah tegur..sekurang2nye dah lepas tanggungjawab..." k.su

aku hanya mengesat air mata...
kalau macam ni pun dah kalah..macam pula kalu dengan orang kafir mmapukah untuk menegur...kalu benda mcam tu pun aku tak mampu menghalang..itu ,tempat solat ..bukan tempat dia nak berhibur n bersuka...kenapa aku tidak bertegas sahaja...lemahnya iman...hanya sebaris kata yang terkeluar...dan akhirnya terhenti...
aku betul2 kecewa..dengan dia, lebih2 dengan diriku...Ya Allah ampunkan hamba mu ini..kerana lemahnya imanku....

Inilah perkara yang sering diambil ringan oleh sesetngah orang...hingga kadang2 sedang solat telefon berbunyi dengan kuat..ditambah pula lagu2 yang menyakitkan hati...
sepatutnya tukarkanlah kepada silent sebaik melangkah ke musalla..untuk mengelakkan bunyi itu menggangu jama'ah di dalam musalla tau masjid...

Hormatilah tempat ibadat...kerna jika bukan orang islam sendiri siapa lagi,,,
orang kafir..jelas2 lah menghina masjid..tempat ibadat kita..dengan membuang najis...meletak kepala khinzir..bakar. dan sebagainya...

adakah orang islah sudah hilang sensitiviti...??
atau adakah sensitiviti wujud bila hanya non muslim melakukan demikian..?
renung2kanlah...ringan2kanlah lidah untuk menegur saudara saudari yang tidak menghormati tempat solat..
agar hidup mendapat redha Allah..keberkatan mengiringi hidup...

Feb 8, 2011

Permata buat Isteri


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami 
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Penyanyi: Kopratasa
Tajuk Lirik Lagu: Permata (Untuk Isteri Ku)

Duhai Muslimah Usah kau terpedaya...

sementara menunggu waktu kelas.. saya lebih suka untuk ke Musalla..suasananya yang tenang..sangat mendamaikan jiwa...

buku ditangan saya teliti dan membacanya perlahan2...
tiba2.. saya  disapa dengan salam...

dan ucapan yang membuat  saya  tersenyum dan terasa sedikit pelik...
"tahniah...!"ucap seorang teman..sambil menghulurkan tangan kearah saya ...
 saya  menyambutnya..tetapi dengan penuh tanda tanya...

tetapi  saya  hanya tersenyum...
"kenapa ni..." saya  bertanya...
dan ingin tahu...

"uh..tak sangka awak mendapat pujian dari seorang muslimin...."jelasnya sambil tersenyum...

 saya  kehairanan...
'pujian...?! untuk apa..dan kenapa...' hati mula berbicara...

"kenapa...puji untuk apa ni..?" tanya saya lagi ...pelik bila dengan berita yang sangat ganjil tu

selepas dijelaskan, baru  saya  faham(uh...)
bahawa...teman itu berkata...bahawa...memakai pakaian seperti ini (sambil menunjuk kearah saya....) terjaga pandangan lelaki...orang lelaki kurang tertarik...malah tengok sebelah mata jer....
jelas temanku itu...~mengikut apa yang muslimin tersebut bagitahu padanya...
saya  tersenyum...
TETAPI....bukan sebab atas pujian ganjil itu,tetapi  saya  puas..sekiranya pemakaian sebegini tidak menarik perhatian RIJAL (lelaki2) sebab bagi saya,  sudah sampai matlamat dan tujuan  saya  memakai PAKAIAN MUSLIMAH  sebegini...

Takutnya jika ia menjadi perhatian KAUM ADAM,, bimbang akan Murka Allah... saya  tak mahu menjadi punca fitnah...cukuplah  saya terhiris dan tersiksa..tatkla dipaksa untuk membuka niqab di sini..sudah cukup....!

 Saya  selesa memakai pakaian PAKAIAN MUSLIMAH  sebegini...kerana saya terasa bebas..bebas dari menjadi perhatian...dan saya  berdo'a agar dihijabkan dari pandangan jahat dari mata2 rijal....saya  benci!!

lelaki hakikatnya kurang tertarik pada pakain yang berwarna suram...mereka selalunya lebih suka melihat pada benda2 yang cerah dan menarik..
sejujurnya...
saya akui bahawa saya juga meminati warna2 sedemikian.tetapi bukan untuk dijaja diluar sana..cukuplah diri sendiri dan insan2 yang berhak.

"hitam nampak smart,tapi sebenarnya suka pink" my quote.

jangan sia2kan....
kata seorang muslimin yang saya diberitahu seorang teman...
ramai yang menutup aurat namun hakikatnya tidak terlepas dari TABARRUJ memakai pakaian yang berwarna menarik perhatian...berkilau2...terlalu berhias...sehinggakan kelihatan daya tarikannya...

jangan jadikan diri kita ini sebagai punca Fitnah pada lelaki...
contohilah Isteri2 Nabi...


Aishah r.a pernah berkata..

"wanita yang SOLEHAH,adalah yang tidak dipandang dan dia tidak memandang pada lelaki"
dimanakah kita saat ini...adakah kita tidak dipandang dan memandang
peliharalah kesucian hati...kecantikkan dirimu biarlah rahsia yang kekal abadi...

terima kasih pada yang menghantar SMS ini..untukku...dan untuk dirimu yang pernah menerimanya...

"YA ALLAH...izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi kelopak akhlak mulia..
Harum wanginya dengan ilmu agama..,cantiknya kerana iman dan taqwa..
Namun keindahan zahirnya disimpan rapi...biar menjadi rahsia yang kekal abadi..
bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah dari hati lelaki yang berjiwa sepi...
wajahnya bukan mengundang dosa,timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara
dari noda duniawi,yang menghilangkan harum sejati..yang memudarkan kecantikkan diri..
untuk kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMU..."


mengalir air mata ini..tatkala membaca bait2 kata itu....
Masya' Allah...sangat terkesan dihati ..Amin..amin ya RABB....

Mimpi semalam

video
video ini telah kusiapakan untuk luahan rasa buat insan tercinta,,insan yang sangat memberi kesan dalam hidupku..insan yang pernah membuat aku tenang...insan yang memberiku penuh kasih sayang...insan yang memberiku perhatian..

takkan mungkin waktu itu kembali..apa yang harus bagiku...REDHA...hati takkan pernah berbohong..kesedihan jelas kelihatan..bila sebak memenuhi ruang hati...maka air mata ini berguguran...bukan aku tak redha..namun kesedihan tak terbendung...

sudah menjadi lumrah,.pabila diri ditimpa ujian..terkadang air mata tumpah...sekadar luahan rasa yang tak terluah...

Aku menyintaimu nendaku...
Ya Allah rahmatinya...

""Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,dan jika tiba satu ketika ia pergi jauh darimu, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."