Apr 17, 2011

~Kenapa aku berniqob~

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang~
aku melakarkan satu perkongsian buat teman2 yang sering bertanya mengapa aku berniqob,sukar untuk jelaskan dengan terperinci..kukira pasti ramai yang mempunyai hujjahnya tersendiri terhadap niqob...

Tingkatan 6

Hembusan ramadhan karim..memberi Rahmat yang sangat besar...Ibadat darinya..bagaikan satu senjata yang ampuh yang memberiku kekuatan untuk menyahut surah Al Ahzab ayat 39
           
Allah Berfirman maksudnya:

"Hai Nabi, katakanlah kepada kepada isteri2mu,anak2 perempuanmu,dan isteri2 orang mukmin ,'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka .'Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Lihatlah..!suruhan ini bukan sahaja pada isteri2 dan anak2 perempuan nabi tetapi kepada isteri2 orang mukmin..dan inilah satu suntikkan pada hati saya..
saya juga ingin tergolong dalam golongan itu....

malam itu, aku membelek2 majalah..ditakdirkan..terjumpa hadis..membuatkan hati semakin berdegup kencang..menuntut pada diriku.."bila lagi kau nak berniqob..."memandangkan hasrat ini sudah tertanam sewaktu tingkatan 4 lagi..tetapi tidak disetujui oleh kakak..bimbang dengan umurku yang masih belum matang pada waktu itu..menyebabkan aku tidak kuat..dan akhir sekali membuka..sedangkan satu dosa besar tidak melakukan seseuatu yang kita ketahui...
menangis2..sebab tak dapat pakai...


Hinggalah terbaca satu hadis 
"yang mengatakan pada hari kiamat Allah akan datang kepada wanita2 yang menutup wajahnya..."
lebih begitu maksudnya...sila search untuk kepastian...

bagaikan suntikkan semangat..."aku mesti pakai tahun ini..."azam itu berkobar2 dalam hati


pertamanya pakai niqob..bukanlah sebab disuruh oleh sape2 pun..bukan juga sebab memilik wajah yang anggun dan cantik..tetapi lebih kepada untuk menjaga hati...
bukan mudah untuk menjaga hati..susah...jadi pakai niqob ni..sekurang2nya tak perlu nak fikir apa2 dah..sebab takde sape yang tengok muka kita ni..dan takdelah pula timbul istilah"perasan"bila ada orang tengok...hati pun jauh dari Riya' I.Allah ,semoga Allah pelihara hati ini...

~Ujian.~
pertama sekali...tidak dibenarkan memasuki Exam Stam..gara2 hanya aku memakai niqob....katanya takut2 berlaku penipuan...aku tertunduk mendengar arahan itu,,beratnya membuat keputusan..akhirnya aku memutuskan kata, didepan pengawas2..sambil disaksikan Ustazah Syukrini...
"saya rela tak masuk exam kalu saya tidak dibenarkan memakai niqob.."entah dari mana kekuatan ini...pastinya kekuatan ini dengan izin Allah...,semua kelihatan terdiam...Alhamdulillah akhirnya dibenarkan...

~Susah nak kerja Sebab pakai Niqob~

sape kata orang pakai niqob ni susah nak bekerja...kamu sahaja yang bersangka begitu..yakinlah pada Allah..rezeki itu Allah yang tentukan...
Alhamdulilah..tak sampai 1 bulan lepas imtihan..ana dipanggil temuduga menjadi ustazah sambilan diQiraati Alhidayah..I.vew..Ustaz tak paksa pun bukak niqob...
pertamanya jadi Ustzah cabarannya..pelajar takut2..sebab tengok ustzah yang sorang ni macam ninja...
"eh ustzah Ninja.."kata seorang pelajar..saat aku melintasi sebuah kelas..aku tersnyum....
"eh ninja itukan penyelamat.."aku cuba berseloroh kembali....
tak sangka pula 5 bulan mengajar disitu..menjadi ustazah kesayangan pelajar2ku...(bukan nak perasan)tapi nak bagitau kat sini...pakai niqob ni tak semestinya jauh dari masyarakat...
malah parents ramai yang rapat dan mudah berbual denganku..

~Melangkah ke Dunia Baru~

Paling Mengharu birukan...bila dapat tau diterima di usim, semasa cek online..sedangkan aku sudahpun berada di KUIS....aku hanya mendiamkan diri..tak bgitaupun dekat famili...namun rupa2nya..surat tawaran telah pun sampai dirumah..bonda mula menelefon bertanya khabar..dan bertanya adakah aku mahu teruskan di KUIS atau menyambung ke usim..jawapanku
"nak teruskan di KUIS...tak nak gi usim"perlahan2 aku menuturkan keputusanku..
kemudian bonda mula memujuk dalam nada yang agak merayu...aku paling tidak tahan apabila dirayu.'bonda jangan paksaku menerima semua ini...'
lalu dengan suara yang agak tersekat2 aku mengiyakan..dan memenuhi permintaan bonda walaupun sambil menitiskan air mata..
seminggu aku diberi cuti bersiap..namun aku mahu menghabiskan sisa waktu yang ada berada di KUIS.sambil ditemani air mata...aku sudah mengagak..di sana tak boleh pakai niqob...hati bergetar menunggu saat itu tiba...tak terbayang difikiranku bagaimana situasinya nanti....
~Allah engkau terlalu dekat denganku..mendengar setiap rintihan dan tangisan hatiku,~

sahabat2 ramai yang memahami situasi ini..dan memujuk..ada juga yang memberi ayat..agar aku membacanya jika aku rasa mahu lebih selesa...

ayat itu aku amalkan..surah yaasin ayat 
ayat 9

smoga dijauhi dari fitnah mata2 ajnabi....




6 comments:

ahLia shahril said...

salam...

nak dengar lagi.. cer citer cer citer

IlhamSufi said...

setakat itu sahaja...

IlhamSufi said...

fikir2kan..adakanya manusia suka memberi pandangan mengikut nafsu dan sangkaan semata2 bukan atas kerana ilmu..walau apapn i still stand on my principle..

Mantan kiyai NU said...

Masalah cadar dan tutup muka juga di bahas dlm www.mantankyainu.blogspot.com. Dan artikel tsb juga akan saya copi dan di tayangkan di sana untuk pelengkap.

Huda Solehah said...

"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik." Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

Agak confuse ya... artikel di atas..ana copy daripada satu blog yang boleh dipercayai.... bagaimana tu? http://niqobgirl.blogspot.com/2011/02/perkongsian-niqab-hukum-dan-pelaksanaan.html

anyway.... tabik lah.... yang pasal peperiksaan tu...
May Allah bless u!

IlhamSufi said...

Salam..ukhti syukran atas penjelasannya.