Apr 16, 2011

~Fikir & Zikir~



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
terasa hati ini..benar2 terpanggil untuk menghadiri program berkenaan, melihat kepada penceramahnya..siapa yang tidak kenal dengan Dr Zulkifli Albakri..seorang guru yang mursyid,kata2nya bagaikan air yang mendamaikan...setiap kata bertunjangkan hujjah yang jelas,,dan kata2 yang penuh hikmah...

saya masih mengingati kata2 seorang guru ini"seorang guru yang Mursyid adalah kata2nya yang sedikit namun  memberi kesan pada hati"

Malam berkenaan saya harus membuat pilihan..antara menyiapkan 2 tugasan penting (Assignment2)..kata hati adakalanya lebih benar...
mendengar kalam hikmah yang mampu mengetuk kembali hati yang semakin keras,sebenarnya lebih bermakna daripada saya kaku dilaptop dengan menyiapkan assigment2..terpulanglah pada individu itu sendiri..namun sebenarnya tak rugi sedikitpun menghadiri program2 ilmu...
"jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolongMu"
berusaha dan berjihadlah,untuk menghadiri ke tempat majlis2 ilmu..semoga Allah memberkati..dan menjernihkan kembali hati kita.
jangan risau dengan tugasan2 yang belum selesai I.Allah keberkatan itu akan memudahkan urusan dalam menyelesaikan tugasan2 itu..jangan biarka tugasan2 itu menjadi rantai2 yang menyekat diri untuk menghadiri majlis2 ilmu..yang mana, program sebeginilah yang membangkitkan kembali kekuatan rohani..untuk menjadi orang yang  fikir dan Zikir ..

~catatan kata2 Alfadhila Dr Zulkifli~

*waktu yang paling berharga dalam hidup adalah remaja

*seorang pelajar boleh berjaya apabila boleh mensistemkan masanya;menguruskannya dengan baik dengan perkara2 yang berfaedah,di dalam surah al imran ayat 190-192 bermaksud


"190.  Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191.  (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
192.  Ya Tuhan kami, Sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, Maka sungguh Telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun."


ayat di atas terkandung kalimah ulul albab,dan di antara sifat2 ulul albab adalah:

*Zikir:zikir qalbi,Zikir lisan,dan kedua2 zikir itu apabila dihayati maka akan melahirkan sifat zikir..

Zikrullah mestilah dilazimi dalam semua keadaan ,dalam bab zikir Allah mengajar kita supaya memperbanyakkannya.
dengan sentiasa membasahkan lidah dengan Zikrullah
Rasulullh mengajar Muaz bin Musa dengan satu doa 



"اللَّهُمَّ إِنِّي عَلى ذِكرِكَ وَحُسنُ عَلَى عِبَادَتِك"

Manakala Fikir pula merupakan Hal yang penting ,perbuatan fikir adalah menggerakkan aqalحركة العقل


dalam menghasilkan natijah dan keputusan,fikir mestilah dengan melahirkan natijah
*fikir yang dikawal melalui Zikir natijahnya di'itiraf
maka berkatalah seorang hamba
"Tuhanku tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia2 maha suci engkau maka jauhilah diriku dari azab api neraka"

Aplikasi dalam kehidupan seorang pelajar
*akhir2 ini kebanyakkan yang berlaku adalah ramai sangat yang suka menerima taqlid tanpa mengkaji terlebih dahulu,dan tanpa mengetahui dalil dan hujjah.

Fikir-Kaji
seseorang boleh mengubah kehidupannya melalui berfikir


 P/s:kesilapan dan kekurang adalah datang dari diri yang lemah..semoga ade teselit hikmah disebalik perkongsian ini

1 comment:

Ibn Bakr said...

zikir menenangkan hati...

Syeikh Sahl Abdullah Al-Tustari berkata;

"sesungguhnys aku tidak mengetahui adanya maksiat yang lebih besar dan lebih buruk selain daripada lalai mengingati Allah!"