Apr 16, 2011

~Allah..Engkaulah sebaik2 penolong~

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang...
"cukuplah Allah Tuhanku dan padaNya,aku menyerahkan diri dan seluruh tawakkal"


Kisah semalam benar2 menguji diri..membawa hati  tawakkal padaNYa..jika bukan kerana kasih sayang dan pertolonganMu ya Allah..pasti aku tidak mampu lagi meneruskan hayatku saat ini...


pagi yang mendamaikan,aku melangkah keluar dari rumah..perlahan2 mengatur langkah...nikmatnya merenung dan memerhatikan keindahan pagi..membuatkan hati bertasbih akan kebesaranMu ya Allah...


pagi itu juga aku tidak menyangka akan diuji..hampir meragut nyawaku....
kelihatan 3 ekor anjing jaraknya 3kaki dari diriku...salah seekornya seakan2 mau menghampiri...
saat itu hanya Allah yang tau..getar di hatiku...aku cuba menenangkan diri.walau hakikatnya peluh sudahpun membasahi dahi..
"jangan dekat...jangan dekat.."bisikku perlahan..apabila melihat anjing itu semakin perlahan...
lantas tanpa berfikir panjang dan atas kenaifan diriku...seketul batu kecil ku lemparkan pada anjing berkenaan..
apa yang terjadi..suasana semakin kalut..apabila anjing berkenaan mula melalak dengan kuatnya,diikuti teman2nya yang lain..datang pula seekor anjing dari arah depanku..sambil menjelirkan lidah


aku hanya mampu berdiri kaku..tak mampu bergerak walau seinci pun...
sambil bibir tak putus2 membaca aya2t suci al-Quran...
hati benar2 mengharap.."Allah selamatkan diriku..."


Syukur Alhamdulillah..
bagaikan ada satu dinding antara diriku dengan anjing2 berkenaan ..yang menghalanginya darinya menerkam kearahku...


Hal ini sempat ku kongsikan bersama sahabat2...
mereka terkejut..
logiknya anjing berkenaan pasti menyerang..apabila mereka terancam..lebih2 apabila dilempar dengan batu tadi...,lantas membuat aku terdiam sendiri..


Allah..Engkau Pengasih dan Penyayang..
Engkau sebaik2 penolong.."hatiku sayu..Terharu.. Terima kasih ya Allah.."


sebaik2 penolong adalah Allah..yakinlah sahabat..tika engkau ditimpa ujian dan musibah..berdoalah dengan sepenuh hati..dan tawakkallah selepas itu...


~ujian yang semakin mendekatkan~
ujian yang menambahkan rasa cinta ini...ujian yang membuatku kuat untuk berdiri..walau tanpa insan2 disisiku
DenganMu Ya Allah...aku kuat..denganMu ya Allah aku mampu mengukir senyuman..rasa cinta inilah yang mengukir ketenangan diwajahku...rasa cinta ini juga yang membuatku tidak pernah gentar dengan mehnah dunia..kerana dihati~Allah..Allah...

No comments: