Apr 15, 2011

Apabila Kera Bertudung..: Mitos Yang Dipercayai Kera Bertudung

Anda tahu apa itu mitos. Mitos adalah kepercayaan karut atau yang tidak mempunyai asas.


Kera bertudung dan wanita-wanita Islam 'free hair' mempercayai satu kenyataan mitos. Berpegang pada mitos ini, mereka mempertahankan tindakan mereka untuk kekal "free hair" dan bertudung sambil memakai pakaian sendat dan ketat.


Mitos tersebut adalah:


Tudung itu bukan paksaan. Tidak bertudung pun tidak mengapa, asalkan hati baik..Kalau bertudung pun tetapi hati busuk buat apa ?


Hujah membatalkan mitos:


Tuntutan diri seorang Muslim Muslimah terbahagi kepada 2 iaitu kewajiban zahir dan batin. Kedua-dua kewajiban insan ini sama penting di dalam Islam. Ibarat menilai sebiji buah, semua pembeli akan memandang bukan sahaja kualiti isinya, tetapi juga kecantikan kulit luarnya. Islam menyuruh setiap wanita Islam agar menutup aurat dan juga menjaga akhlak dalaman mereka pada masa yang sama. Tidak berkualiti jika menutup aurat tetapi hati busuk dan jugatidak berkualiti jika hati baik tetapi tidak menutup aurat.


Perlu diingat bahawa tiada insan yang mampu sampai ke tahapsempurna. Tidak kisah sedikit atau tinggi tahapnya, apa yang penting dalam Islam adalah WAJIB ada niat ikhlas dan usaha sungguh-sungguh untuk menutup aurat dengan penuh dan menjaga akhlak masing-masing. Maka, jika sekadar hati baik tetapi tiada langsung usaha untuk menutup aurat dengan sepenuhnya adalah berdosa.


Menutup aurat adalah tuntutan zahir yang dikategorikan WAJIBdalam Islam bukannya sekadar PERLU atau MESTI kerana aurat adalah kunci kepada SAHnya ibadah-ibadah dalam Islam khasnya Solat, Umrah dan Haji. Aurat WAJIB dijaga kerana aurat wanita sangat mudah dijadikan dan dimanipulasikan sebagai daya penarik ke arah maksiat mata dan zina. Kecantikan tubuh badan wanita Islam dilindungi dan dirahsiakan oleh konsep aurat. Maka, jika ada yang mengatakan wanita yang mengatakan "tidak kisah tidak menutup aurat, asalkan hati baik..", itu adalah sangat salah dan bertentangan.


Bagi mereka yang bertudung sempurna tetapi hati busuk, mereka sudah selesai urusan menutup aurat yang diarahkan Allah. Soal sikap dan kebusukan hatinya, adalah soal dosa yang lain pula. Namun, golongan ini sentiasa dituntut untuk menyeimbangkan kecantikan dalam dan luar mereka agar dikenali sebagai Muslimah sejati.


Sebaliknya, wanita Islam yang sengaja tidak mahu bertudung@menutup aurat akan terus berdosa besar selagi tidak bertaubat, tidak kira walaubagaimana baik hatinya kerana hukum menutup aurat di hadapan bukan muhrim itu adalah WAJIB bagi wanita Islam sama seperti konsep menutup aurat di dalam Solat. Ada sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi:



"Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj (dedah aurat dan berhias-hias)".


Fikir-fikirkanlah wahai wanita Islam yang masih "free hair".




**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin

No comments: