Perinsip dan Syarat telah aku tetapkan ke atas diriku semenjak dari sekolah lagi...saat diri mulai menginjak ke anak gadis...aku mulai diajar tentang Ilmu syariat,Akhlak,pergaulan,dan menjaga aurat.
Waktu itu...hati mudah tersentuh dengan kisah2 yang diceritakan oleh Ustaz Ustazah..tarbhiah mereka memberi kesan pada hati dan diri..
Masih aku ingat mase tingkatan satu,mase tu memang masih kebudak2 kan walaupun dah besar,,tetapi di saat teman2 lain tanpa segan berkawan dengan muslimin..aku lebih suka mendiamkan diri.waktu tu satu perasaan yang ada dalam diri "aku benci budak lelaki sebab budak lelaki kasar,cakap suka melalok,,"semua tu, disebabkan mase sekolah rendah selalu kena kacau dan dibuli budak lelaki.,sampai menangis,
"budak laki kasar...suka kacau.."
mengadu dengan arwah nenek bila pulang dari sekolah
Namun lain pula bila di tingkatan 3 ke atas..bukan lagi perasaan benci..namun aku lebih suka menjauhkan diri dari berbicara dengan pelajar muslimin,kerana waktu itu..terasa malu bila nak bercakap..
pernah aku menangis...sahabat bertanya kenapa "tak suka..tadi tiba2 suara ana sedikit kuat bercakap,takut muslimin dengar" hati ni,memang sangat sensitiv dengan ikhtilath.
Kadang2 teman pelik denganku bila keluar berjalan2..."serius.." aku sering dilabelkan dengan muka yang serius..sehingga ramai yang takut nak tegur...
sebenarnya itulah cara nak cover malu dan nak elak dari kena ganggu...
kalau diikutkan nak berjalan dalam kotak..biar muslimin tak nampak...
Sekarang bila ada yang mula mengusik2 dan bertanya.."sudah ade yang special ke..?" mula2 hanya tersenyum...agak kelakar soalannya..
"hmm..saya ni tak berkawan dan bercakap dengan lelaki pun tak..inikan pula nak ada yang special.."
temanku hanya tersenyum...
"betulke ..?tak percaya lah..takkan takde kot..."
aku senyum lagi....
"kalau ade pun..mungkin dia sudah menjadi suami ana sendiri..."
kataku sambil tersenyum...
so maknanya selagi belum menjadi suami..aku tidak suka mengguna istilah "kawan lelaki" semua itu aku delete jauh2 dari kamus hidup..
tetapi bila melangkah kaki ke Universiti..adakalanya prinsip ini ku calari..mungkin juga kerana kelemahan diri..
namun bila aku mengingati..aku lebih suka tegas dalam tingkah lakuku.meletakkan syarat2 tertentu pada diri..dan guideline tertentu agar hati rasa lebih selamat...
~Senyum tak berbalas~
Mungkin akan ada yang cakap syadid..maaf andai senyum itu tidak terbalas..bukan ingin menghina..tetapi lebih untuk menjaga kesucian hati..dan memberi ketenteraman pada hati..
senior pernah kata..dekat U ni..tak dapat elak dari berurusan dengan muslimin..
aku risau..'betulka macamtu..'
tapi aku rasa aku boleh elak semua tu..tetapi tidak..memang adakalany terpaksa!,namun cuba sedaya upaya agar tidak melebih..dan bertegas ketika bebicara.
Jika bertemu dengan Muslimin yang senyum pada kita macamne??
persoalan yang pernah ditanyakan seorang teman..
bagiku..maaf kalu aku katakan..pasti senyuman itu tidak terbalas jika itula adalah aku..
Hatta walau pernah berurusan namun bila diluar daripada tugas..semua itu sudah tiada alaqah..jadi tidak perlu dipanjang2kan .
Semua itu untuk menjaga hati...tak ramai yang boleh selamat dari ikhtilath..
hatta diri ini juga dalam mujahadah berperang dan menjauhi semua itu..terkadang tewas juga..namun andai hati mula dirundun rasa bersalah...istighfarlah...semoga Allah mengampuni...
~hanya selepas niqah.~
Hanya selepas Niqah...aku akan mengenalimu...hanya selepas niqah.senyuman itu akan terbalas..hanya selepas niqah..kau menjadi suami dan sahabatku...
Bermakna..tiada yang special dan tiada yang istimewa dihati selagi belum berkahwin...
No comments:
Post a Comment