Apr 26, 2011

~Hadiah Kasturi~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Dengan IzinNya..saya mampu lagi melakarkan kalam di Alam maya ini.. meluah Mahabbah dari hati ini...
suatu hari saya berada dalam 2 pilihan...
1-dalam perancangan untuk melawat ke Pondok
2-Menemani Sahabat saya buat kali terakhir di sini.(sebab dia dah habis study kuis)

Pilihan pertama saya ingin ke pondok..tetapi setelah fikir dan fikir..saya rasa apa salahnya menemani sahabat saya itu ke Kajang.

Saya sempat singgah ke maydin dan kedai cenderamata untuk sahabat saya tadi,memilih2 warna kegemarannya(biru) comel betul penyangkut H/phone ni.."mesti amni suka ni..hee.."
                                                                                                  (di hadapan kedai Halal Mart)
kami berjanji untuk berjumpa di stesen kajang..
sebaik sampai di sana ...dari jauh saya sedikit terkejut dan pelik..melihat sahabat saya tu berbual2 dengan lelaki. "sape tu..amni cakap dengan lelaki."desis hati..sebab setahu saya dia ni jenis sama macam saya susah nak cakap dengan lelaki kecuali jika betul2 atas urusan yang memerlukan..

Uh..rupa2nya seorang pakcik dalam lingkungan 60an..memakai baju melayu dan berkopiah..baru nampak rupa pakcik tu bila dekat..dari jauh nampak macam orang muda jer..bersihnya muka pakcik tu ...
"Pak cik nila kawan saya.." amni memperkenalkan...
"uh..hah ni..ambiklah kasturi putih ni.." saya sedikit terkejut mase ambik kasturi tu..
rupa2nya Amni pun dapat juga..em..wangi betul bau kasturi putih tu....

"Pakcik dah makan ke?dekat luar tu ade gerai.."beritahu Amni..
"eh..takpe pakcik dah bawa bekal ni..."tiba2 pakcik tadi mengeluarkan bekal berbungkus kertas...di dalamnya ada Kuih Badak..
"nak ambiklah..banyak ni..."pelawa pakcik tadi...amni kelihatan berat nak mengambil kuih pakcik tu...
kesian tengok pakcik tu..saya ambik juga nak jaga hati..begitu juga amni...

Tak sangka hari tu dapat kasturi putih yang wangi..sewangi Mahabbah ini...
Bertuah memiliki sahabat yang memahami...banyak memberi nasihat ,sokongan,dan teguran ..walaupu kadang2 merajuk juga bila ditegur..tetapi bila fikir2 balik, susah nak cari sahabt yang berani tegur direct macam dia.

 


Kedai Halal Mart Bangi

Bersama K.yati dan Sahabatku Amni

Sahabat ibarat cerminan diri..tanda kasih seorang sahabat.berani menegur kesilapan sahabatnya...
 "Sahabat yang beriman Ibarat Kasturi yang Mewangi ..sentiasa mengharumkan perhubungan ini dengan Mahabbah...melalui teguran dan nasihat yang berguna"

"Semoga Persahabatan ini kekal perpanjangan...walaupun suatu hari nanti awak dah kawin..ada anak, ada cucu..dan  tua, dan semoga kita bertemu disyurga"

P/S:Tahukah Anda....

RAsulullah SAW bersabda:" sebaik2 wangian ialah minyak Kasturi".

Kasturi asli berasal daripada kelenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil.Ia sejenis bau-bauan dan amat baik untuk dicium kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal.Berdasarkan kajian oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauzi,mendapati Kasturi  mempunyai banyak khasiat terutamanya memberi kekuatan pada rohani

1 comment:

Unknown said...

sy pun harap persahabatan kita kekal ke syurga.saya nk masuk syurga dengan awk,dengan kwn2 yg lain juga.