Apr 25, 2012

Si Pengumpat

Bismillahirrahmanirrahim..

'Mengumpat' ,saya tahu pasti ramai yang menunding jari pada kaum wanita.kata lelaki, perempuan memang hebat kalau bab Mengumpat, tapi saya membantah! tidak semua wanita begitu, lelaki pun apa kurangnya. "erm lelaki ni lagi hebat kalau bab mengutuk"kata seorang kakak ni..membuatkan saya ketawa kecil. Kaum hawa dan adam saling menunding jari..

Ada yang cakap, kami bukan mengumpat pun..kami cakap benda yang betul, saya tersenyum hairan(tak tahu nak cakap apa ~_~)

Cuba tengok ta'arif mengumpat seperti dalam gambar kat bawah ni.



Lelaki: orang perempuan ni kalau duduk ramai2 tu takde keje lain la tu..Gosip...

wanita: ala, kaum adam pun apa kurangnya..kalau dah berkumpul sama2 mereka tu...macam2 isu timbul...lagi teruk, mengumpat, mengutuk..

Masing2 tak mahu mengalah...Jadi siapa sebenarnya suka mengumpat, lelaki atau wanita??

kaum adam: perempuanla yang suka mengumpat..
Kaum wanita: mana ada...lelaki pun sama da..mengutuk je lebih..

"Ok2...bertenang semua..."

Sebenarnya siapa saja  mempunyai potensi melakukan dosa besar tu, jika mereka tidak berusaha untuk menjaga mulutnya. Lelaki atau perempuan sama ja, sebab semua ada nafsu, dan nafsu jahat tu yang mendorong untuk mereka melakuka dosa.

Tetapi saya juga tak nafikan..kalau ada yang menunding jari pada kaum hawa, memandangkan kaum hawa ramai yang jenis suka bercakap, suka untuk berkongsi cerita sengsasi, jadi mereka ni berisiko tinggi untuk 'Mengumpat'.

Jadi, nak elak dari terjerumus dalam kelompok yang suka mengumpat tu, elak2kanlah dari selalu bersama dengan jenis golongan macamni.banyakkan bersendiri, ini lebih selamat, daripada ramai yang boleh membawa kepada dosa,tapi kalau mampu tu,tegur2la...dengan hikmah dan bijaksana.



Ingat Dosa mengumpat ni bukan dosa kecik.Dosa BESAR..,dosa yang Allah takkan ampunkan, sebab ia melibatkan kita dengan manusia. Persoalannya.berani ke nak pergi mintak maaf dekat orang2 yang diumpat tu...,ha!tau pun takut..tak berani, berani cakap belakang je...

Jadi, hentikanlah tabiat Mengumpat tu, pahala berkurang..akhirnya muflis  di akhirat..

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : 

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya.

(Hadis Riwayat Tirmidzi).

P/s: lebih baik diam dari bercakap.


No comments: