ALhamdulillah syukurlillAh..dengan izin Allah..akhirnya dapat juga saya berjumpa dengan Syeikh Habib ALi al jufri....,baru2 ini saya telah berkesempatan untuk ke Uia.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ke sana..walapun dari bangi ke sana sorang2..tapi semuanya berjalan dengan lancar...selamat tanpa sebarang gangguan.
Setibanya di Uia, saya menumpang di bilik seorang adik ni, malam tu saya rasa tak sabar menunggu hari esoknya..pukul 9 pagi saya dan Ukhti Fadhilah menuju ke masjid uia menaiki motor comelnya tu. Sampai sahaja di masjid saya memilih tempat paling depan di tinggat 3, kerana mahu tengok wajah Habib dengan lebih dekat...sebaik saja syeikh Habib muncul...hati mula rasa sayu...sedih tiba2..Ya Allah...akhirnya aku berpeluang juga bertemu ulama' yang ku rindui...
Tetapi waktu tu saya teringin betul nak tengok syeikh habib dengan lebih dekat..tetapi mana mungkin..semua itu agak mustahil..cemburu betul saya melihat muslimin yang dapat duduk dekat dengan syeikh habib.dapat mencium tangan syeikh habib...sedangkan muslimat pula hanya mampu lihat dari jauh2 jer...sedihnya Ya Allah...tapi tak mengapalah...saya redha...
Apa yang paling membuat saya tak tahan...bila tengok syeikh habib lalu depan mata jelas kelihatan wajahnya yang tenang tu...'Ya Allah betulke apa yang aku nampak ni...'saya tertunduk..sedih.. rasa tak tahan dah..air mata mengalir tak semena2..melihat wajah orang 'alim sudah cukup mengubat hati ni..
Cahaya Allah akan ada pada jiwa orang yang banyak mengingati Allah, dan jika jiwanya bercahaya maka wajahnya pun terlihat bercahaya dengan cahaya yang indah
~Habib Munzir Al musawa~
Itulah indahnya memandang wajah orang2 yang dekat dengan Allah, itu belum lagi melihat wajah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam..dan pastinya keIndahan itu tidak mampu terungkap dengan kata2...hanya air mata yang membicarakan segala2nya.
Setelah selesai seminar berkenaan ..saya dan sahabat tadi mula bercadang untuk ke masjid besi pula, memang semangat betul...tetapi sayangnya..tidak berpeluang..kerana ade beberapa kesukaran untuk ke sana....rasa agak kecewa dan sedih.rasa nak nangis tak dapat pergi..lebih2 lagi bila tengok dalam dalam fb, ada sahabat2 yang post gambar2 majlis maulid malam tu...ya Allah...sedihnya...
Malam tadi k.ina ada bagitau..Syarahan syekh habib malam tadi sangat best, k.ina ni merupakan seorang pengajar di yayasan Sofa..berita tu menambahkan lagi kesedihan di hati...."k.ina cemburunya..., saya tak dapat pergi..".
Hari ini saya mendapat berita yang kurang menyenangkan...syeikh habib kurang sihat..."ya Allah sembuhkanlah syeikh habib.panjangkanlah umurnya...kami masih memerlukan insan2 sepertinya untuk membimbing kami..."
Semoga kita sentiasa berpeluang untuk dekat dengan orang2 yang dekat dengan Allah...Amin....
Jangan lupa doakan kesihatan habib Ali Al jufri dan ulama'2 kita yang lain...kita perlukan ulama'2 untuk memimpin kita...
"aku perlukan insan yang boleh mendekatkanku padaMu ya Allah...bantu aku ya Allah...Engkau tahu apa yang ku perlukan...maka bantulah hambaMu yang lemah dan faqir ini..."
No comments:
Post a Comment