Apr 12, 2012

Menjaga pandangan mata


Allah memerintahkan hambaNya supaya menjaga pandangan mata baik laki2 ataupun  wanita…,kebaikan dan hikmah dalam menjaga mata ini sangat besar,untuk menjaga iman,untuk mengelakkan fitnah.untuk menjaga hati daripada menjadi kotor dan untuk memelihara kesuciannya.
Jika dulu..saya ni selalu juga digelarkan seorang yang ‘lurus’ maksudnya kalau berjalan fokus sampai tak pandang kiri kanan..betul atau tidak apa yang dikatakan mereka saya pun tidak tahu sejauh mana betulnya…tetapi laju dan lurus berjalan itu memang dah jadi cara saya. sampai ada suatu hari, ketika berjalan..saya terasa dipanggil seseorang dari belakang…”akak…akak.” saya lantas berhenti dan melihat ke belakang…geli hati juga melihat adik ni yang keletihan, tercungap2 di hadapan saya…”amboi..laju nye akak jalan…sampai tak tengok kiri kanan pun ummi dari tadi lagi kejar akak tau…”kemudian saya mendengar apa yang ingin diperkatakan adik itu, adala luahan perasaan sedikit.
Suatu hari seorang muslimin yang tidak saya kenal berpesan pada saya ”awak ni selalu jalan sorang2…bahaya!”saya terkejut…saya tak kenal pun pemuda tu, dan wajahnya pun tidak jelas kelihatan…lagipun dia berpesan dalam mimpi saya…tertanya2 juga siapa dia tu.?? ‘Misteri’ siapa dia tu ya atau mungkin…?sejak hari tu saya berasa bertuah, walaupun dia hadir dalam hanya mimpi semata2 untuk berpesan “bahaya jalan sorang2”, dan hati saya mula berbisik ‘jangan risau Allah sentiasa jaga saya.dan .saya tawakkalkan diri saya di bawah jagaanNya.
memang saya mengakui kalau dekat campus saya kurang suka berjalan ramai2.. sedikit menyusahkan ..saya pula jenis yang tak suka menunggu lama2..dan bila dah ramai2 jalan..agak terbantut pergerakan.lagipula jalan pula jadi slow..lenggang kangkung pun ada…Jadi..penting bila time berjalan tu..fokus pada jalan tu..jangan pula asyik duk tengok orang tu atau orang ni..khususnya muslimin ni…erm cakap fasal muslimin ni..dulu agak geram juga dengan perangai sesetengah muslimin ni..jalan macam takde semangat jer..nampak macam pemalas,lebih lambat dari orang perempuan.dan saya kerap kali juga bertembung dengan golongan macamni…agak menyusahkan..saya pula nak kejar masa  waktu tu, tiba2 dihalangi lelaki2 yang berjalan macam tak makan nasi seminggu…sampai kadang2 terfikir nak ketuk2 je kepala sorang2 “erm..memang agak garang jugala…” dan kadang2 tu bila  time perempuan jalan dekat depan..muslimin2 ni…memang macamtu juga…jalannya punya lambat..saya pula kadang2 kalau terperasan ada muslimin di belakang..saya cuba melambatkan langkah untuk meraka bejalan dulu, tapi masih lagi mereka yang lebih lambat…agak geram, kenapa dengan dioarang ni…!!
 Adakah mereka tak tahu bahaya kalau berjalan di belakang orang perempuan…atau memang terasa mampu nak jaga pandangan mata tu…kata Umar ra “aku lebib rela berjalan di belakang singa betina daripada berjalan di belakang wanita” bayangkan..berjalan di belakang singa betina tu lebih baik…padahal singa betina tu kalau berjalan, hah kalau kalian ada yang pernah tengok taula macamna….
Jadi buat muslimin2 yang nak jaga pandangan mata tu..kalau Nampak muslimat jalan di depan…kalau boleh cepat2la sikit berjalan melintasi mereka….saya memang hormat kalau ada muslimin macamni…,tetapi memang saya pernah tengok, ’terpandang’, suatu hari saya ni yang dengan selesanya berjala sorang2,lajunya..namun tiba2 saya dilintasi seorang muslimin, dan saya sedikit hairan, tetapi saya tersenyum juga waktu tu…terlintas difikiran saya…mungkin dia faham, betapa bahayanya berjalan di belakang seorang wanita, dan sebab dia nak jaga pandangan, dan pemuda yang betul2 menjaga pandangannya itu tidak suka memandang ke situ ke sini…dan lebih banyak menundukkan pandangannya.
Terkadang  saya fikir..kesian betul dekat muslimin ni..sudahlah mereka ini sedikit, wanita pula ramai, dan dalam ramai2, ramai pula yang berpakaian kurang mengikut syara’..bab tabarruj tak usah dicakap..hatta yang bertudung labuh pun..masih tak terkecuali…jadi bayangkan betapa hebatnya ujian untuk kaum muslimin ni…terpaksa menahan pandangan mereka pada sesuatu yang sememangnya indah untuk dipandang…walaupun itu HARAM.

Jadi buatmu kaum adam...selamat menjaga pandangan...dan orang yang kuat adalah orang yang tidak dipengaruhi nafsunya.

Kalau saya sendiri..agak meluat bila tengok lelaki yang tak jaga pandangan,rasa nak cungkil je biji mata tu..memang tak thiqoh la,dan sangat2 menjatuhkan maruah sebagai lelaki.mudah sangat terpengaruh dengan kecantikan wanita...kalau nak tengok juga..tengokla isteri yang kat depan mata tu..pahala pun dapat..

dan saya jadi teringat pada satu hari tu:

saya pakai macam2 biasa jer..tudung labuh dan jubah..memang saya yakin..takde pun orang nak tengok..tetapi tiba2 ada seorang gadis free hair dan pakaianya sedikit terdedah..saya jadi malu bila tengok gadis tu.lebih2 lagi bila tengok sorang pakcik ni tengok tak berkelip...saya mula naik geram
"erm..pak cik tengok apa tu pakcik.."dalam suara yang sedikit menyindir...dan saya lihat pakcik tu sedikit malu...dan mula tersengih2..."rezeki depan mata dik..."

saya menggeleng2kan kepala dengan muka yang kurang senang "pakcik..jaga pandangan..." saya bukannya berani sangat..tetapi memang sebab tak tahan,iman pula bersuara..takkan saya nak diamkan jer...jadi apa yang saya mampu buat waktu tu..adalah dengan memberi sedikit teguran yang ringan2 jer...tapi saya tahu pakcik tu kelihatan sedikit segan bila saya cakap macacmtu...

1 comment:

Narai Young said...

Assalamualaikum, Haha.. saya agak tertawa dengan cerita diatas, namun ianya amat penting dalam kehidupan seorang muslimin