Apr 27, 2012

Dalam Sujud Cintaku


"Dalam menikmati kurniaanMu,
tak terucap lafaz terima kasihku,
namun untuk jadi yang terbaik, juga masih belum kumampu..
dalam sujud cintaku,fana ku diulit rindu
getirnya cemas dikalbuku takut hidup tanpa redhaMu"


Apr 25, 2012

Si Pengumpat

Bismillahirrahmanirrahim..

'Mengumpat' ,saya tahu pasti ramai yang menunding jari pada kaum wanita.kata lelaki, perempuan memang hebat kalau bab Mengumpat, tapi saya membantah! tidak semua wanita begitu, lelaki pun apa kurangnya. "erm lelaki ni lagi hebat kalau bab mengutuk"kata seorang kakak ni..membuatkan saya ketawa kecil. Kaum hawa dan adam saling menunding jari..

Ada yang cakap, kami bukan mengumpat pun..kami cakap benda yang betul, saya tersenyum hairan(tak tahu nak cakap apa ~_~)

Cuba tengok ta'arif mengumpat seperti dalam gambar kat bawah ni.



Lelaki: orang perempuan ni kalau duduk ramai2 tu takde keje lain la tu..Gosip...

wanita: ala, kaum adam pun apa kurangnya..kalau dah berkumpul sama2 mereka tu...macam2 isu timbul...lagi teruk, mengumpat, mengutuk..

Masing2 tak mahu mengalah...Jadi siapa sebenarnya suka mengumpat, lelaki atau wanita??

kaum adam: perempuanla yang suka mengumpat..
Kaum wanita: mana ada...lelaki pun sama da..mengutuk je lebih..

"Ok2...bertenang semua..."

Sebenarnya siapa saja  mempunyai potensi melakukan dosa besar tu, jika mereka tidak berusaha untuk menjaga mulutnya. Lelaki atau perempuan sama ja, sebab semua ada nafsu, dan nafsu jahat tu yang mendorong untuk mereka melakuka dosa.

Tetapi saya juga tak nafikan..kalau ada yang menunding jari pada kaum hawa, memandangkan kaum hawa ramai yang jenis suka bercakap, suka untuk berkongsi cerita sengsasi, jadi mereka ni berisiko tinggi untuk 'Mengumpat'.

Jadi, nak elak dari terjerumus dalam kelompok yang suka mengumpat tu, elak2kanlah dari selalu bersama dengan jenis golongan macamni.banyakkan bersendiri, ini lebih selamat, daripada ramai yang boleh membawa kepada dosa,tapi kalau mampu tu,tegur2la...dengan hikmah dan bijaksana.



Ingat Dosa mengumpat ni bukan dosa kecik.Dosa BESAR..,dosa yang Allah takkan ampunkan, sebab ia melibatkan kita dengan manusia. Persoalannya.berani ke nak pergi mintak maaf dekat orang2 yang diumpat tu...,ha!tau pun takut..tak berani, berani cakap belakang je...

Jadi, hentikanlah tabiat Mengumpat tu, pahala berkurang..akhirnya muflis  di akhirat..

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : 

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya.

(Hadis Riwayat Tirmidzi).

P/s: lebih baik diam dari bercakap.


Apr 12, 2012

Menjaga pandangan mata


Allah memerintahkan hambaNya supaya menjaga pandangan mata baik laki2 ataupun  wanita…,kebaikan dan hikmah dalam menjaga mata ini sangat besar,untuk menjaga iman,untuk mengelakkan fitnah.untuk menjaga hati daripada menjadi kotor dan untuk memelihara kesuciannya.
Jika dulu..saya ni selalu juga digelarkan seorang yang ‘lurus’ maksudnya kalau berjalan fokus sampai tak pandang kiri kanan..betul atau tidak apa yang dikatakan mereka saya pun tidak tahu sejauh mana betulnya…tetapi laju dan lurus berjalan itu memang dah jadi cara saya. sampai ada suatu hari, ketika berjalan..saya terasa dipanggil seseorang dari belakang…”akak…akak.” saya lantas berhenti dan melihat ke belakang…geli hati juga melihat adik ni yang keletihan, tercungap2 di hadapan saya…”amboi..laju nye akak jalan…sampai tak tengok kiri kanan pun ummi dari tadi lagi kejar akak tau…”kemudian saya mendengar apa yang ingin diperkatakan adik itu, adala luahan perasaan sedikit.
Suatu hari seorang muslimin yang tidak saya kenal berpesan pada saya ”awak ni selalu jalan sorang2…bahaya!”saya terkejut…saya tak kenal pun pemuda tu, dan wajahnya pun tidak jelas kelihatan…lagipun dia berpesan dalam mimpi saya…tertanya2 juga siapa dia tu.?? ‘Misteri’ siapa dia tu ya atau mungkin…?sejak hari tu saya berasa bertuah, walaupun dia hadir dalam hanya mimpi semata2 untuk berpesan “bahaya jalan sorang2”, dan hati saya mula berbisik ‘jangan risau Allah sentiasa jaga saya.dan .saya tawakkalkan diri saya di bawah jagaanNya.
memang saya mengakui kalau dekat campus saya kurang suka berjalan ramai2.. sedikit menyusahkan ..saya pula jenis yang tak suka menunggu lama2..dan bila dah ramai2 jalan..agak terbantut pergerakan.lagipula jalan pula jadi slow..lenggang kangkung pun ada…Jadi..penting bila time berjalan tu..fokus pada jalan tu..jangan pula asyik duk tengok orang tu atau orang ni..khususnya muslimin ni…erm cakap fasal muslimin ni..dulu agak geram juga dengan perangai sesetengah muslimin ni..jalan macam takde semangat jer..nampak macam pemalas,lebih lambat dari orang perempuan.dan saya kerap kali juga bertembung dengan golongan macamni…agak menyusahkan..saya pula nak kejar masa  waktu tu, tiba2 dihalangi lelaki2 yang berjalan macam tak makan nasi seminggu…sampai kadang2 terfikir nak ketuk2 je kepala sorang2 “erm..memang agak garang jugala…” dan kadang2 tu bila  time perempuan jalan dekat depan..muslimin2 ni…memang macamtu juga…jalannya punya lambat..saya pula kadang2 kalau terperasan ada muslimin di belakang..saya cuba melambatkan langkah untuk meraka bejalan dulu, tapi masih lagi mereka yang lebih lambat…agak geram, kenapa dengan dioarang ni…!!
 Adakah mereka tak tahu bahaya kalau berjalan di belakang orang perempuan…atau memang terasa mampu nak jaga pandangan mata tu…kata Umar ra “aku lebib rela berjalan di belakang singa betina daripada berjalan di belakang wanita” bayangkan..berjalan di belakang singa betina tu lebih baik…padahal singa betina tu kalau berjalan, hah kalau kalian ada yang pernah tengok taula macamna….
Jadi buat muslimin2 yang nak jaga pandangan mata tu..kalau Nampak muslimat jalan di depan…kalau boleh cepat2la sikit berjalan melintasi mereka….saya memang hormat kalau ada muslimin macamni…,tetapi memang saya pernah tengok, ’terpandang’, suatu hari saya ni yang dengan selesanya berjala sorang2,lajunya..namun tiba2 saya dilintasi seorang muslimin, dan saya sedikit hairan, tetapi saya tersenyum juga waktu tu…terlintas difikiran saya…mungkin dia faham, betapa bahayanya berjalan di belakang seorang wanita, dan sebab dia nak jaga pandangan, dan pemuda yang betul2 menjaga pandangannya itu tidak suka memandang ke situ ke sini…dan lebih banyak menundukkan pandangannya.
Terkadang  saya fikir..kesian betul dekat muslimin ni..sudahlah mereka ini sedikit, wanita pula ramai, dan dalam ramai2, ramai pula yang berpakaian kurang mengikut syara’..bab tabarruj tak usah dicakap..hatta yang bertudung labuh pun..masih tak terkecuali…jadi bayangkan betapa hebatnya ujian untuk kaum muslimin ni…terpaksa menahan pandangan mereka pada sesuatu yang sememangnya indah untuk dipandang…walaupun itu HARAM.

Jadi buatmu kaum adam...selamat menjaga pandangan...dan orang yang kuat adalah orang yang tidak dipengaruhi nafsunya.

Kalau saya sendiri..agak meluat bila tengok lelaki yang tak jaga pandangan,rasa nak cungkil je biji mata tu..memang tak thiqoh la,dan sangat2 menjatuhkan maruah sebagai lelaki.mudah sangat terpengaruh dengan kecantikan wanita...kalau nak tengok juga..tengokla isteri yang kat depan mata tu..pahala pun dapat..

dan saya jadi teringat pada satu hari tu:

saya pakai macam2 biasa jer..tudung labuh dan jubah..memang saya yakin..takde pun orang nak tengok..tetapi tiba2 ada seorang gadis free hair dan pakaianya sedikit terdedah..saya jadi malu bila tengok gadis tu.lebih2 lagi bila tengok sorang pakcik ni tengok tak berkelip...saya mula naik geram
"erm..pak cik tengok apa tu pakcik.."dalam suara yang sedikit menyindir...dan saya lihat pakcik tu sedikit malu...dan mula tersengih2..."rezeki depan mata dik..."

saya menggeleng2kan kepala dengan muka yang kurang senang "pakcik..jaga pandangan..." saya bukannya berani sangat..tetapi memang sebab tak tahan,iman pula bersuara..takkan saya nak diamkan jer...jadi apa yang saya mampu buat waktu tu..adalah dengan memberi sedikit teguran yang ringan2 jer...tapi saya tahu pakcik tu kelihatan sedikit segan bila saya cakap macacmtu...

Wanita berniqab Vs Syaitan

 repost...
Di sebuah pasar seorang wanita berjilbab besar lengkap dengan niqabnya lewat di depan wanita penjual sayur, tiba-tiba penjual sayur itu berteriak, "Awas, ada syaitan yang melintas !!. kurang senang dengan perkataan penjual itu, wanita yang berniqab itu kemudian mendekatinya kemudian bertanya, "Adakah yang makcik katakan syaitan itu adalah saya.. ??" Dengan tergagap si penjual sayur tersebut terpaksa menjawab, "ya.." Wanita yang berniqab itu berkata, "Benar, saya adalah syaitan sehingga saya menutup wajah saya. Jika saya menampakkan wajah saya maka suami makcik akan  dipengaruhi wajah saya." Kemudian wanita  itu membuka niqabnya di hadapan wanita penjual sayur itu, maka terlihatlah wajahnya yang sangat cantik membuat ibu penjual sayur itu tercengang.

Wallahu A'lam..
 Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Wanita itu menghadap ke muka dalam bentuk syaitan, dan ke belakang dalam bentuk syaitan (pula)." (HR.Muslim Juz 10 Kitab Nikah, hal 177). Mujahid rahimahullah berkata: Ketika perempuan menghadap ke depan (datang) maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihatnya, dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi) syaitan duduk di atas bahagian belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurthubi, Al-Jami' li Ahkaamil Quran juz 12/ 227). Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, "Wanita adalah aurat jika keluar (rumah) maka syaitan akan menuntunnya." (HR. Tirmidzi).
 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Salam telah bersabda : "Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita." (Hadits Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buatmu wanita..peliharalah dirimu dan auratmu agar  syaitan tidak menjadikanmu alat untuk memperdayakan kaum adam...usah engkau menebar pesonamu saat berada di luar rumah, kerana ia akan mengundang murka Allah..mahukah kalian jika Allah murka...jadi apa gunanya hidup ini jika kita dalam kemurkaan Allah..


semoga kita dapat menjadi yang wanita solehah yang dikatakan Saidatina fatimah puteri Rasulullah SAW.

" wanita yang solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali,tidak suka memandang dan dipandang,di bibirnya tidak meniti nama2 lelaki dan di bibir2 lelaki tidak meniti namanya"

Bertemu syeikh Habib

Bismillahirrahmanirrahim...

ALhamdulillah syukurlillAh..dengan izin Allah..akhirnya dapat juga saya berjumpa dengan Syeikh Habib ALi al jufri....,baru2 ini saya telah berkesempatan untuk ke Uia.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ke sana..walapun dari bangi ke sana sorang2..tapi semuanya berjalan dengan lancar...selamat tanpa sebarang gangguan.

Setibanya di Uia, saya menumpang di bilik seorang adik ni, malam tu saya rasa tak sabar menunggu hari esoknya..pukul 9 pagi saya dan Ukhti Fadhilah menuju ke  masjid uia menaiki motor comelnya tu. Sampai sahaja di masjid saya memilih tempat paling depan di tinggat 3, kerana mahu tengok wajah Habib dengan lebih dekat...sebaik saja syeikh Habib muncul...hati mula rasa sayu...sedih tiba2..Ya Allah...akhirnya aku berpeluang juga bertemu ulama' yang ku rindui...

Tetapi  waktu tu saya teringin betul nak tengok syeikh habib dengan lebih dekat..tetapi mana mungkin..semua itu agak mustahil..cemburu betul saya melihat muslimin yang dapat duduk dekat dengan syeikh habib.dapat mencium tangan syeikh habib...sedangkan muslimat pula hanya mampu lihat dari jauh2 jer...sedihnya Ya Allah...tapi tak mengapalah...saya redha...


Keesokkan harinya.pada hari ahad saya ditemani adik2 Uia ke pusat islam pula, untuk menghadiri seminar antarabangsa.sahabat saya yang sampai lebih awal sampai di sana, menandakan tempat dibahagian depan jugala yang ke 4 dan paling tepi dengan tangga laluan VIP,saya sangat2 teruja sebenarnya...hari kedua berjumpa lagi dengan ulama' yang dirindui.

Apa yang paling membuat saya tak tahan...bila  tengok syeikh habib lalu depan mata jelas kelihatan wajahnya yang tenang tu...'Ya Allah betulke apa yang aku nampak ni...'saya tertunduk..sedih.. rasa tak tahan dah..air mata mengalir tak semena2..melihat wajah orang 'alim sudah cukup mengubat hati ni..

Cahaya Allah akan ada pada jiwa orang yang banyak mengingati Allah, dan jika jiwanya bercahaya maka wajahnya pun terlihat bercahaya dengan cahaya yang indah
~Habib Munzir Al musawa~

 Itulah indahnya memandang wajah orang2 yang dekat dengan Allah, itu belum lagi melihat wajah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam..dan pastinya keIndahan itu tidak mampu terungkap dengan kata2...hanya  air mata yang membicarakan segala2nya.

Setelah selesai seminar berkenaan ..saya  dan sahabat tadi mula bercadang untuk ke masjid besi pula, memang semangat betul...tetapi sayangnya..tidak berpeluang..kerana ade beberapa kesukaran untuk ke sana....rasa agak kecewa dan sedih.rasa nak nangis tak dapat pergi..lebih2 lagi bila tengok dalam dalam fb, ada sahabat2 yang post gambar2 majlis maulid malam tu...ya Allah...sedihnya...

Malam tadi k.ina ada bagitau..Syarahan syekh habib malam tadi sangat best, k.ina ni merupakan seorang pengajar di yayasan Sofa..berita tu menambahkan lagi kesedihan di hati...."k.ina cemburunya..., saya tak dapat pergi..".

Hari ini saya mendapat berita yang kurang menyenangkan...syeikh habib kurang sihat..."ya Allah sembuhkanlah syeikh habib.panjangkanlah umurnya...kami masih memerlukan insan2 sepertinya untuk membimbing kami..."


Semoga kita sentiasa berpeluang untuk dekat dengan orang2 yang dekat dengan Allah...Amin....

Jangan lupa doakan kesihatan habib Ali Al jufri dan ulama'2 kita yang lain...kita perlukan ulama'2 untuk memimpin kita...

"aku perlukan insan yang boleh mendekatkanku padaMu ya Allah...bantu aku ya Allah...Engkau tahu apa yang ku perlukan...maka bantulah hambaMu yang lemah dan faqir ini..."

Apr 10, 2012

aku dan diriku


Saat bicaraku tidak lagi bersuara..ku biarkan tanganku menari2 di helaian putih..menulis bicara2 yang bermain di jiwa..,padanya ku lakarkan tentang cerita hati..dan sesuatu bermain2 di mindaku
Kala bibir ini masih lagi tersenyum..ketahuilah bahawa senyuman ini terwujud bilamana hati ini telah merasakan sentuhan cintaNya...hanya denganNya aku bisa tersenyum, tidak dapat aku bayangkan betapa gelapnya hari2 dalam hidupku andai hati ini jauh dariNya...

Duhai pemilik hatiku...yang menitipkan air mata dimataku..bilamana hati ini terasa pedih,sedih dan sakit...terima kasih wahai Pemilik hatiku kerana memberiku harapan.
~sesungguhnya Allah  bersama dengan orang2 yang sabar~,
terima kasih kerana memberiku harapan
~jangan takut dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama..~

ku mohon dengan penuh pengharapan...


“…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi(kurnia)…
Ya Allah...janganlah Engkau matikan aku melainkan dalam keadaan beriman,ku mohon matikan aku saat  hati bermunajat padaMu.

Matikan daku dalam husnul khotimah...Ya Allah,jika aku berdosa..janganlah Engkau membuka aibku di ambang kematianku..aku tidak mahu diriku menjadi punca fitnah pada agamaMu..mereka menyangka aku ni baik...mereka menyangka aku ini solehah...sedang jauh sekali apa mereka sangkakan itu..aku ini penuh dengan dosa...aku ini punyai hati yang kotor,aku ini pengemis yang hina..tidak layak aku dipuji...kerana aku insan biasa yang tak lepas dari dosa...
Ya Allah malu aku padaMu bila ,mereka menyangka sesuatu yang mereka tidak tahu tentangku...
"Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui, dan jangan Engkau hukumku atas apa yang mereka katakan, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan."


~aku hanya seorang pengemis~
menumpang teduh di pohon cintaNya

Jangan berhenti berdoa



Bismillahirrahmanirrahim..

Doa itu dikatakan senajata bagi orang mukmin...doa itu tanda hubungan antara kita dengan Allah..doa itu adalah sebuah pengharapan seorang hamba dan kebergantungan  kita pada Allah.

jangan pernah berhenti berdo'a..dan jangan pernah berputus asa untuk terus berdoa..adakalanya do'a yang selalu diminta itu memakan masa yang lama..dan barangkali Allah sedang menangguhkannya hingga waktu yang sesuai...dan barangkali jika tidak di dunia Allah mahu memberikannya di akhirat nanti...

kita tidak tahu sebenarnya yang mana terbaik untuk kita..sedang Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan apa yang terbaik untuk kita sebenarnya..

jadi bersangka baiklah dengan Allah..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jangan sesekai berputus asa dalam doa,Insya Allah..doa yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan disia2kan..paling penting..jangan berputus asa....
Sabar itu amatlah penting...

Apr 6, 2012

Kemuliaan Ahlul yaman.

Ditulis Oleh: Munzir Almusawa
Thursday, 11 February 2010
Kemuliaan Ahlul Yaman
 08 Februari 2010

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَتَاكُمْ أَهْلَ اْليَمَن هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً وَأَلْيَنُ قُلُوْبًا اَلْإِيْمَانُ يَمَانٌ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَّةٌ .
( صحيح البخاري )

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
( صحيح البخاري )
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“ Datang kepada kalian penduduk Yaman, mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, iman adalah pada penduduk Yaman, dan hikmah kemuliaan ada pada penduduk Yaman .” ( Shahih Al Bukhari )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!.” ( Shahih Al Bukhari)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَفِيْ هَذَا الْجَمْعِ اْلعَظِيْمِ.

Limpahan Puji kehadirat Allah Maha Raja Tunggal dan abadi di alam semesta, Yang Maha menghadapi seluruh hamba-Nya dan melihatnya setiap waktu dan saat, wahai aku dan kalian yang tidak lepas dari pandangan pengawasan Ilahi , Yang Maha lembut dan siap melimpahkan kasih sayang dan pengampunan bagi para pendosa , memandang para pendosa dengan keinginan mengampuni mereka , memandang para ahli ibadah untuk mengangkat derajat mereka , inilah Allah Maha Tunggal dan Maha Sempurna menguasai kerajaan alam semesta , alam kehidupan dunia dan alam akhirah , alam yang ada sebelum alam dunia ada , alam yang ada setelah alam dunia tiada, dalam kehidupan manusia tiada lepas satu kejap pun dari pengawasan Ilahi , beruntung karena Yang Maha Mengawasi adalah juga Yang Maha Mengampuni , Yang Maha mengawasi adalah juga Yang Maha memaafkan dan tiada yang lebih pemaaf dari Allah , tiada yang lebih ramah kelembutannya dari Allah . Oleh sebab itulah Allah subhanahu wata’ala menjadikan musibah , cobaan dan kesedihan hamba-Nya sebagai penghapus dosa bagi hamba-Nya yang malas beristighfar, maka tiada yang lebih indah dari Allah, tiada yang tidak indah dari perbuatan-Nya , hingga berkata Hujjatul Islam wabarakatul Anam Al Imam Abdullah bin ‘Alawy Al Haddad di dalam ratibnya :

                                                                          وَكُلُّ فِعْلِكَ جَمِيْلٌ
“ Semua perbuatan-Mu indah wahai Allah “

Anugerah tentunya indah jika disyukuri maka akan semakin indah , musibah adalah penghapusan dosa, maka kepahitan hidup dalam musibah adalah obat untuk mencapai kebahagiaan yang kekal , maka adakah perbuatan-Nya yang tidak indah ?! . Mereka yang masih menyembah selain-Nya masih tetap dinanti taubatnya untuk kembali kepada keluhuran , sejauh-jauh hamba pada kejahatan dan kegelapan namun Rabbul ‘alamin masih tetap tidak akan pernah menutup pintu pengampunan-Nya, dan tiada yang lebih luas di alam semesta lebih dari pengampunan Allah subhanahu wata’ala, yang mana pasti sampai kepada segenap makhluk-Nya , sebagaimana firman-Nya :

                                                                 رَحْمَتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ
 ( الأعراف : 156 )                                                                     

                        “ Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu “. ( QS. Al A’raf : 156 )

petikan dari blog Baba Syarif

Apr 5, 2012

La Tahzan

"saya sedih"
Jangan bersedih lagi...Allah kan ada...mengadulah pada Allah...
bila kita mengadu kesedihan pada Allah...
hati kita akan tenang...
"erm..baik..."
"tapi saya tak kuat sorang2"
rasa tak kuat..carila kawan2 yang solehah yang boleh kuatkan...
"saya nak awak jadi kawan saya..,awak jangan tinggalkan saya sorang2 "
i.Allah...boleh..tapi saya tak boleh selalu ada dengan awak...yang selalu dekat dengan awak
Allah...

firman Allah yang bermaksud:

 "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)

Ayat2 cintaNya motivasi untuk diri:
"إن الله مع الصابرين"
"لا تخاف ولا تحزن إن الله معنا"
kalau jiwa terasa kosong..banyak2kan mendengar kuliah dari ulama'2 kita...
melihat wajah orang2 alim..seperti Syeikh habib ALi Al jufri,Syeikh Munzir,Syeikh Nuruddin dan yang lain..boleh melembutkan kembali hati kita...

Keutamaan pandangan kepada wajah seorang Ulama banyak sekali, di antaranya sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat".
Imam Al-Hafizh Al-Mundziri meriwayatkan sebuah hadits dari 40 hadits berkenaan dengan keutamaan menuntut ilmu, yakni bersabda Rasulullah SAW:
"Pandangan sekali kepada orang Alim lebih Allah cintai daripada ibadah 60 tahun, berpuasa siang harinya dan berdiri ibadah pada malamnya". Kemudian sabda beliau SAW: "Jika tiada Ulama niscaya binasa (celaka)lah umatku".