satu kisah wanita berpurda hitam
oleh : Kasturi :12:45pm
Assalamualaikum wbt...
Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.
Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang, bila sebaik saja
muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita
itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang
kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku
merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna , sebelum
wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan
halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita
itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi
satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba
untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan
tapi mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu,
nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan
sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya
seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu
dibalik purdah hitam rayonnya, -adakah ini khayalanku saja?-
melambaiku lagi.
Kasihan aku pada diriku ketika itu.
Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya?
Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu
dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan,
masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula
bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin
panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.
Mentari turun dan tenggelam, dan
wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat
yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa,
pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari
ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di
antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian
turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak
diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa,
tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan
mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.
Di dalam bilik bangunan kubur
itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba
hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding,
diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang
sebuah lubang perigi.
"Kuncikan pintu itu,"
kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan
bawakan kuncinya." Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi
itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ,
pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar
wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk
meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi.
Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir
selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir. "Apa kau
risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu,
bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan
memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada
berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut,
kemudian memahaminya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita
tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar
seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan
keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.
"Pandang aku
sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu.
Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah mendapatiku. Di dalam
kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia
hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan
menyelubungi suasana.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu
Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat
mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan
mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi
s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah
mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan
perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai
Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "
wahai Muslimin ..usah kau terpedaya akan dunia ini..jangan kau tenggelam dalam angan2mu...
Sungguh tidak ada fitnah yang lebih besar melainkan fitnah seorang wanita...
<<<Kisah ini ku kutip dari blog teman
untuk sama-sama kita ambil pengajara darinya>>>
No comments:
Post a Comment