May 13, 2012

kecemasan



ketika kelas sudah tamat...

seorang pelajar yang berumur awal 30an..memegang perut ,saya mula2 ingatkan sakit perut yang bulan2 tu..tetapi lama2 kelamaan...wajah akak tu dah makin pucat..saya menyuruh dia meminum air...

terkejut..kelihatan darah yang banyak...muka akan tu dah pucat...mujur juga ada dikalangan pelajar saya Dr..
"mungkin ini tanda2 awal Bleeding"kata dr Huda..saya hanya mendengar je perbualan mereka...

Saya cuba memapah kakak tu ke Toilet...dalam beberapa langkah saja.badangnya terasa semakin berat..saya dah panik tengok mata akak tu semakin kuyu..saya cuba menggunakan kekuatan yang ada menyandarkan akak tu ke dinding..dan terus berlari ke kelas...

"Pn Huda...akak tu pensan..."
Puan huda yang masih di dalam kelas..bergegas ke tempat akak yang pensan tu....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Setelah diletakkan ubat..semuanya macam oke sikit..dan Puan Huda menyarankan akak tu segera ke klinik,
"takpe kak..nanti saya minta kawan saya yang drive ke sana"

setelah itu.saya dan seorang kawan ni membawa kakak tu ke Hospital Az zahrah,mujur saja hospital berdekatan dengan tempat ni...saya  sebenarnya tak dapat bayangkan macamna perasaan kakak tu dapat tau yang dia keguguran....tetapi akak ni tabah betul..senyum jer..saya tak nampak pun dia menunjukkan kesedihan...Subahanllah..saya betul2 kagum...kalau saya tempat akak tu tak tau macamna..

semasa sedang menunggu akak tu sedang membuat pemeriksaan..saya dan kawan saya ni mula membuka topik yang berkaitan, kawan saya ni tiba2 cakap "awak saya takut la nak pregnant"

saya rasa nak tergelak mendengar luahan kawan saya ni.."rugi..."

"yela..pengalaman ibu mengandung tu memang indah..lebih2 lagi apabila merasakan gerakan baby dalam perut tu"

"awak ni macam makcik2 je.."kata kawan saya...

"ye..?"

"yela cakap macam dah ada pengalaman je.."

"hehe..pengalaman orang2 yang terdekat..."

'awak... saya ni macam makcik2 ke...hehe.takpela..makcik pun makcila....'

Saya rasa hari ni macam satu drama je,dan rasa bertuah juga dapat pegang watak ni.

hari ini banyak Ibrah yang saya dapat..hari ini juga saya dapat belajar sesuatu yang baru...

Wallahu A'lam..
semoga Allah memberi kekuatan dan keselematan pada akak tu...

No comments: