May 8, 2012

Tercekik

Sungguh sakit bila berhadapan dengan golongan yang keras...
Nak diluah timbul masalah...kalau senyap tak selesai juga masalah....

jadi apa perlu sya buat??

jangan kita terlalu keras melayan orang disekeliling kita..walaupun adakalanya kita berbeza pendapat...hadapilah mereka dengan  hikmah dan Sabar..
kerana kita telah di anugerahi sebuah hati..
tak guna melawan mereka dengan kekerasan atau terlampau tegas....

harus bijak berbicara dengan golongan yang menggelarkan mereka ini salafi...
jangan terus bertindak keras..dan bertikam lidah....bergaulah dengan mereka dengan bijak....usah memperdebatkan perbezaan dikalangan kita....
paling penting...mesti bijak bagaimana untuk menarik mereka ini..agak terbuka fikiran dan minda mereka...

~pandanglah mereka dengan kacamata dakwah~



kenapa tiba2 saya bagitau saya rasa tercekik kali ini...

Pengalaman di Al khaadem...,sekadar untuk mencari pengalaman berkeja di sana..

memang saya pernah rasa tercekik..bila berhadapan dengan golongan yang berkefahaman dan mempunyai pegagan yang berbeza..cakap mereka sahaja yang betul..pandangan kita senang2 di buang ke dalam tong sampah...

lalu saya mengambil jalan mendiamkan diri...memang rasa tercekik waktu tu...menahan sebak..dengan golongan macamni...

flash back...
~ustazah...cukup baca bismillah time makan...doa makan tu takda dalam sunnah....~
'uh....'
malas nak melayan...

~ustazah..sebenarnya boleh kalau pelajar kita mabik wuduk dengan menggunakan air dalam gayung tu...
'mksud ustaz...dengan mencelup2 dalam air yang sedikit tu..'

Diam...tak terkata waktu tu...
kepala saya dah sakit...tension...betul2 tension dengan ustaz yang sorang tu....

SUfi VS Salafi...

bila seorang ustazah cakap Sufi itu sesat...
saya tersentap!...menelan air liur...namun masih menunjukkan wajah yang tenang..sambil berpura2 senyum...

"awak ni sufi ke...??"

tanya seorang wanita berjilbab tu pada saya ,apabila melihat saya memegang sebuah buku 'membentuk Jiwa Sufi' buku tu baru saja saya beli, saya hanya tersenyum....dalam hati saya rasa agak terkejut dengan soalan tu, ni soalan 'mencekik'...siapa saya nak kata 'ya'..uh..tidak..saya tidak layak mengatakan itu...

'tak...'
jawapan untuk menutup mulutnya..

''saya baru try2 baca buku ni...saja nak tahu..."
pura2 buat tak tahu....

"uh...erm...saya dah buat tesis pasal Sufi ni..."
saya memandangnya...ingin tahu jawapannya...kelihatan dia menunjukkan wajah kurang senang....

dengan beraninya saya bertanya...
"boleh saya baca tesis tu...?"
jawpannya...hanya menggeleng2kan kepala...sambil tersenyum...
pelik juga...bunyi macam konfident je..boleh buat tesis pasal kesesatan sufi tu...
"erm.saya ni tak layak ke baca tesis tu"
ayat nak Sicho ustazah tu....
dia tersenyum lagi...huh...~_~ apala ustazah ni....kalau berani kenapa taknak tunjuk tesis yang hebat tu....

>>>>>>>>>>>>>>..
akhirnya tak sampai sebulan di situ..saya di halau dari Home OF Hope....
macam kelakar pun ada....tetapi ada juga terselit rasa terkilan...kerana tiba2 dihalau....kat mana nak cari kerja dalam masa terdekat tu...terasa dikhianati, mungkin mereka itu sudah dapat menghidu...saya ni bukan seperti mereka..

Namun saya gembira...gembira kerana saya telah dibebaskan dari terus dibiarkan tercekik disitu...
pengalaman yang menguji kesabaran saya...kini tahulah saya..bagaimana sakitnya berhadapan dengan orang2 macamni...patutlah ustaz2 kalau cakap pasal 'orang ni' menggigit bibir geram...

uh...cukup sekali saya dicampakkan dalam kelompok macamni....
tak ingin saya kembali pada zaman tu...zaman yang menyakitkan jiwa.

3 comments:

Mengharap RedhaMu said...

"Welcom to the new world of salafi a.k.a Wahabbi".
Mereka ni memang kalau bertegang urat pun tak nak nagaku kalah. Biorlah mereka dengan cara mereka. Moga2 suatu hari nanti mereka akan ketahui. Yang sebenarnya yang menjadi "tegang urat" adalah orang yang baru kenal puak2 ini. Moga2 Allah tabahkan pegangan agama dalam diri ukhti. amin....

IlhamSufi said...

Amin,semoga kita semua tidak terpengaruh dengan golongan macamni..

Aljimar Almahir said...

Berpegang teguh lah kepada al-Quran dan as-Sunnah melalui kefahaman Para Generasi Salaf (3 kurun terbaik). Itu lebih selamat.

Betapa ramai manusia mereka mengaku mereka berpegang kepada al-Quran dan asSunnah, tetapi mereka fahami mengikut hawa nafsu mereka, tidak lagi melihat bagaimana para sahabat memahami dan mengamalkan kedua-dua sumber tersebut.

Jika kita lihat Kelompok Jahmiyah, Murjiah, Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah, mereka juga berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, namun mereka telah terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah, kerana mendahului akal berbanding Nas. Wallahu'alam.