May 8, 2012

Tasawwuf.


1)tasawuf itu apa?
2)benarkah dakwaan yang mengatakan tasawuf itu sesat dan sebagainya?
3)apakah sumber ilmu tasawuf ni?
4)apakah kesan orang belajar ilmu tasawuf?
Menjawab
1)Tasawwuf dikenali sebagai “ilmu al-batin”?
 itu adalah merupakan sebaik-baik ilmu, ilmu yang mempunyai kedudukan (di sisi Allah) yang paling penting tinggi dan kebanggaan yang paling besar, ilmu yang terang sinarnya seperti matahari dan bulan.
Dengan mempelajari ilmu tasawuf kita dapat menjauhkan semua kekotoran yang di dalam hati seperti penyakit2 hati(riya’,takbur,hasad,tama’)
Definisi ilmu tasawuf :
Ilmu tasawuf ialah ilmu yang dengannya dapat mengetahui aspek rohaniah manusia (an nafs) baik atau buruknya, bagaimana cara untuk membersihkannya dari keburukan atau kejahatan itu dan menghiaskannya dengan sifat2 terpuji,bagaimana jalan dan perjalanannya untuk pergi menuju Allah .(Ilmu tasawuf itu hanya dapat difahami dan dihayati oleh orang tertentu sahaja).
Tajuk ilmu tasawuf ialah pembersihan dan penyucian perbuatan2 atau amalan2 hati dan juga amalan2 anggota zahir.
2)apakah kesan orang belajar ilmu tasawuf?
            Buah atau kesan ilmu tasawuf ialah bersih hati dan ma’rifah tentang perkara2 yang ghaib secara dhawq dan wujdan dan dapat kemenangan di akhirat serta kejayaan mendapat keredaan Allah ,kebahagiaan yang abadi ,terang hati dan suci bersih sehingga dapat terbukanya hijab tentang perkara2 rahsia dan berharga ,dapat musyahadah tentang perkara2 yang menakjubkan dan dapat pula melihat dengan jelas perkara2 yang tidak dapat dipandang oleh penglihatan mata hati(basirah)orang lain.

   3)apakah sumber ilmu tasawuf ni?
 Quran Sunnah.
4)Benarkah dakwaan yang mengatakan tasawuf itu sesat dan sebagainya?
Imam Ahmad bin hambal r.a pernah berkata kepada anaknya ,Abdullah: “Wahai anakku, wajiblah engkau berpegang kepada hadis dan jagalah dirimu itu dari bergaul  dengan orang2 yang menamakan diri mereka itu sebagai “suffiyah”( iaitu orang yang terlibat dengan tasawuf) kerana sesungguhnya mungkin juga ada di antara mereka itu yang jahil mengenai hukum-hukum agama.”
Setelah Imam Ahmad bin Hambal itu bersahabat dengan Abu Hamzah al-Bahgdadi serta mengetahui perkara keadaan ahli-ahli tasawuf itu yang sebenarnya maka beliau pun mengucapkan kata2 yang lain kepada anaknya Abdullah itu, katanya: “Wahai anakku wajiblah engkau bercampur bergaul dengan ahli tasawuf itu kerana mereka itu dapat  menambahkan banyaknya ilmu kita, muraqabah ,takutkan Allah, sifat zuhud dan ketinggian himmah kita.”
            Al-Imam Syaf’ie r.a selalu sahaja bercampur gaul dengan golongan al-sufiyyah itu.Beliau pernah berkata:
Ertinya :
“Orang yang alim di dalam ilmu fiqah perlu mengetahui istilah golongan al-sufiyyah agar mereka itu dapat memberikan faedah ilmu yang tidak dimilikinya.”
Imam Al-Syaf’ie dan Imam Ahmad selalu juga ke majlis2 ilmu tasawuf dan mereka ditanya “apakah yang kamu berdua dapat daripada majlis orang2 jahil seperti itu?”
Imam Al-Syaf’ie dan Imam Ahmad menjawab:
            Sesungguhnya mereka itu mempunyai semua perkara yang amat penting iaitu taqwa kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi ,cinta dan ma’rifah terhadapNya.”


p/s :sumber ini hanyalah hasil kutipan dari kitab 'Membentuk Jiwa Sufi" Dr Hj Jahik Sidek.

No comments: