Bismillahirrahmanirrahim
Tanda2 cinta seorang hamba
Dia selalu
berzikir,bermunajat,rajin solat tahajjud,membaca al quran,rasa cinta kepada
Allah mengalahkan hawa nafsunya,merasa nikmat dalam beribadat.( Syeikh abd
qadir aljailani:rahsia sufi pg:19)
Tidaklah seseorang itu
merasakan manisnya iman sehingga Allah dan Rasulullah lebih dicintai dari dirinya dan dari selain
keduanya.dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaiman dia benci
untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
Banyakkan menyendiri ,dengan cara
ini kita bisa bertafakkur dan menghisab diri kita..
“Adakah sejak bangkitnya kita
dari awal pagi tadi..kita telah melakukan sesuatu yang Allah redha..adakah
tindakan kita hari ini mengikut syariat Allah..adakah kita merasakan
Rasulullah gembira andai baginda dapat melihat kita saat ini…”
~tanyalah pada hati...~
Kurangkan berbicara dan
bergaul dengan orang2 yang boleh melalaikan…
Penting untuk orang mukmin untuk
menjaga hatinya..kerana hati itu ibarat nyawa dan ruh pada orang2 islam..jika
hatinya sakit…maka walaupun dia kelihatan sihat,namun dia tidak merasakan
nikmat yang sebenar2nya…akan tetapi berbeza dengan orang yang sakit tetapi
memiliki hati yang sihat..dia tetap kelihatan tenang..dan dia juga akan merasa
tenang walaupun jasadnya kesakitan..kerana ruhnya kuat…dan inilah yang
membuatnya mampu tersenyum dan tenang walaupun di uji dengan ujian yang cukup
berat…
Hati ibarat Anak anak yang
harus dijaga.
Orang2 sufi menyebut keadaan
ruhani seperti ‘thifli’ yang bererti ‘bayi’ atau ‘anak2’.bayi itu perlu
dilahirkan, dipelihara, dan dibesarkan di dalam hati, hati ibarat ‘ibu’ yang
memeliharanya,menyusuinya,dan menimang2nya.
Apabila hati seorang hamba bersih
dan suci, dan bashirahnya bercahaya terang –benderang, akan tersingkaplah semua
tabir hitam yang menutupi hatinya, maka saat itu ia akan merasai akan kenikmatan
yang indah tentang makrifat Allah, melebihi keindahan dan kenikmatan syurga yang
dikecapinya nanti.
No comments:
Post a Comment