May 16, 2012

Mukminah solehah

Bismillahirrahmanirrahim 
Wanita, cukup-cukuplah dengan hanya jadi Muslimat (Islam pada nama shj). Tinggalkan sahaja era Muslimat. Era baru ni patut diambil alih oleh para Mukminat (bila sebut Mukminat, bererti dia Islam dan beriman serta beramal soleh).

Saya selusuri sebuah hadis yang menarik; Ibnu Kathir meriwayatkan dari al-Thabrani bahawasanya wanita-wanita Mukminat itu lebih afdhal (lebih baik) berbanding para bidadari
 syurga. Ummu Salamah bertanya, "Dengan amal apa hal ini mungkin terjadi?". Dijawab, "..dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.."

Hadis berkenaan juga mengupas berkenaan Mukminat dalam syurga dan di akhir hadis itu disebutkan
"....berbahagialah orang yang kami bersamanya dan dia bersama kami."
 (HR Al-Thabrani dlm Al-Kabir)

Lihat,,,hebatnya mukminah itu..lebih afdhal dari bidadari,tidakkah kita bercita2 mahu menjadi ketua bidadari nanti??,mari kita berlumba2 melakukan kebaikkan “fastabiqul khairat…”

Semua wanita yang sudah Islam namanya Muslimat.Jangan pula dikatakan “Oh..yang pakai jubah dan tudung labuh tu lah muslimat.??,salah sama sekali, kalau perempuan dan anda Islam,beerti anda pun Muslimatlah!.

Jangan Pula expect: “Oh..,yang pakai Niqab tu Mukminahlah. “erm…Allah tak ada kata pun yang Niqab tu Mukminah.Allah sebut yang beriman dan beramal soleh.Itulah mukmin dan mukminah

“fahamkan…??”

“erm..ok,,tapi kalau yang sudah memakai berniqab tu pastinya sudah dapat mengelakkan dirinya dari fitnah kan??” muslimah -> mukminah

“Fitnah tetap takkan dapat terelak kalau pakai niqab,jika pergaulan tak dijaga.Gedik tetap sakan siang malam dengan ajnabi walaupun dalam Fb.Jadi,pakai niqab kena asimilasi dengan akhlak dan mujahadah tinggi.”

“err..uh…ye2 faham” muslimah->mukminah

“Nasihat saya, sebelum pakai niqab tu,dia kena awal2 lagi kawal diri dan bermujahadah, jaga kelakuan dan tingkah laku serta cantikkan akhlak, salah caranya bila faham, “oh..aku dah start pakai niqab,so aku kena berubah segala2nya. “Bukan ubah masa lepas pakai, tapi sebelum tu lagi kena ubah.Masa dah pakai,Cuma kena cantikkan dan gilap je lagi”

“Itulah yang sebetulnya pada hemah saya”

“Ya Allah banyaknya kesilapan diriku,mulai sekarang aku mesti berubah..,no photo2 cute,no chatting2 dan gedik2 dgn ajnabi…”
Mukminah^_^

Muslimin2 di luar sana..menggeleng2kan kepala saat melihat gambar2 Niqabis dengan posing menggoda…,

“Astaghfirullah..apa nak jadi dengan muslimah hari ni ….”

“erm..kalu macamnila…tak jadi nak buat calon…(??),”

"erm takpela..nothing special muslimah macamni..senang2 je tunjuk kecantikkan dekat orang"

“saya lebih suka ‘dia’ yang solehah…Qanitah… & Hafizah ,terpelihara dirinya dari tatapan Ar rijal, tak perlu letak2 gambar sendiri dalam fb tu…law nak letak pun,letaklah gambar kucing ke,,teddy bear ke,,^_^”
Reaksi penulis: “ya! 100% sokong

p/s: Nasihat untuk diriku dan juga sahabat2.."niatkan kerana Allah ya,agar tidak
 tercalar kesucian pemakaian niqab itu,agar ia tidak sia2..paling penting, Redha Allah,,jadi... jika nak redha Allah, kena jaga hak2 pemakaian itu..jangan mendedah..sedangkan tujuan berfurdah itu...untuk menutup diri dari fitnah,bukan untuk menunjuk2 "uh..aku baik sebab pakai furdah/Niqab",malu sangat ,"pakai niqab tapi posingnya Astaghfirullah...(faham2 la ye,)hmm.. orang yang tak pakai niqab pun ada yang malu nak post gambar diorang dekat laman2 social..,Jadi..yang pakai niqab ni sepatutnya lebihkan rasa malu untuk pamerkan diri mereka dekat laman2 social tu…
fikir2 ya, dan selamat beramal..

sayang sayang gadis niqab…jadi sayangi diri andai juga..

wanita solehah adalah : Qanitah&hafizah…

mari kita perbaiki diri agar menjadi wanita mukminah qanitah dan hafizah…
Fastabiqulkhairat…


No comments: