Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang…
Pertama2nya..ruangan ini tercetus..secara khususnya ditujukan buat Ar rijal(lelaki2) yang mengunjungi site ini..juga kepada (An-nisa’) yang sudi untuk membaca ruangan ini….
Kepada Muslimin2 yang membaca ruangan ini..sila buka pemikiran kalian..lapangkan dada..rendahkan keegoan..kerana sebagaimana yang dimaklum..lelaki memang tinggi dengan egonya…,namun barangkali tidak semua sebegitu…
……………………………………………………………….
Bila Lelaki Gelak
>>>>>>>>>>>>>>>
Paling takut bila lelaki berada dalam kelompoknya..namun secara tiba2 gelak….pada pandangan penulis sendiri…ngeri mendengar lelaki2 ketawa..entah apa yang mereka gelakkan..dan pastinya..menimbulkan ketidakselesaan pada Muslimah..,wahai lelaki itu bukanlah akhlak yang baik…
Kalian akan dilihat menakutkan dan menjengkelkan oleh wanita dengan bersikap sedemikian….bukankah sikap sedemikian melambangkan peribadi yang tidak baik..dan akhlak yang buruk…
Jauhi Melepak Di Wakaf atau Tepi Jalan
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Melepak sering dikaitkan dengan lelaki..tapi ada juga yang tinggi peribadi dan thiqoh menjauhi tabiat2 sebegini…melepak seringkali dilihat di Mall,pasar2,dan mana2 saja yang mereka rasakan mahu melepak…….
Hmm..dan apa yang ingin penulis tekankan di sini…bila lelaki suka melepak @berkumpul di tempat laluan sangat tidak menyenangkan dan mengganggu….
penulis juga kerap menghadapi situasi yang kurang menyenangkan ni…dan tertanya2 kenapa lelaki suka berkumpul di kawasan perjalanan..hinggakan ada kalanya penulis terpaksa tawaf melalui tempat yang lebih jauh..untuk mengelak daripada melalui kawasan mereka….
Ngeri untuk melalui kawasan Muslimin..dan andai terpaksa lalu…terasa ingin masuk dalam kotak..biar muslimin2 tak nampak..
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
Daripada Abu Sa’id al –Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“hendaklah kamu semu menjauhkan diri daripada duduk di tepi jalan,”Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah !Kami terpaksa berada di tempat duduk kami dan berbual di situ.” Sabda Rasulullah: “Jika kamu enggan,hendaklah kamu berikan hak jalan”.” Para Sahabat bertanya: “Apakah haknya?” Sabda Rasulullah: “Tundukkan pandanganmu,mencegah daripada perkara yang menyakitkan,menjawab salam dan melaksanakan amar makruf serta nahi mungkar”
Jelas hadis di atas melarang budaya melepak di jalanan kerana ia menganggu pada orang melalui jalan tersebut…
Bagi Muslimin..pastinya mereka juga takkan termampu untuk menahan pandangan sebaik sahaja wanita2 melintasi jalan itu…lebih2 lagi yang jika wanita yang melalui jalan berdahi licin..berwajah ayu..dan penuh dengan daya tarikan…hatta kalaupun yang sempurna menutup auratnya dengan sempurna, takkan terlepas dari pandangan lelaki...
Kesudahannya..tenggelamlah lelaki tersebut dalam penyakit hati..,jika tidak thiqoh…tidak syadid dalam menjaga pandangan mereka…
Ingat…amanah dalam menjaga mata buka sahaja di tempat saat anda berhadapan dengan wanita..namun saat anda berada dalam kelompok kalian sendiri..usah mencuri untuk melihat pada wanita,amanah dengan diri sendiri…pelihara mata…
Bukan itu sahaja…tatkala melayari alam maya…usahakan untuk kondisikan hati agar lebih mengingati dan takutkan Allah…jangan biarkan nafsu mengaburi mata hati..sehingga mata kalian meliar memandang photo2 wanita yang bertaburan di alam maya..samada sempurna tutup auratnya ataupun tidak….
Allah menganugerahkan satu hati pada setiap hamba..peliharalah hati itu..agar tidak dikotori..sayangi hati itu.,kerana hati yang bersih membawa kepada ketenangan dalam menuju cintanya…
Dalam Sujud Cintaku
No comments:
Post a Comment