May 15, 2011

Disebalik Kesungguhan &kesabaran...



Bismillahirrahmanirrahim….dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah..Alhamdulillah…Sangat bersyukur Allah mengizinkan saya & sahabat fil Islam melangkahkan kaki ke program Simposium Tariqat Tasawwuf di Madrasah Asaidiyyah ..bermula dari pukul 6;30 petang pendaftaran, dan seusai solat maghrib pembentangan oleh tokoh2 yang sangat saya kagumi,iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri &Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek Al-Khalidi ,program itu berakhir pada jam 11.30mlm.
Hari ni banyak sangat kisah sedih dan gembira dan sebenarnya terlebih banyak Ibrah yang dapat diambil di sebalik perjalanan hari ini…saat menerima sms dari ukhti ni..mengkhabarkan tentang program tu..hati melonjak riang..semangat berkobar2 nak pergi…dan hampir tak dapat pergi sebab takde yang nak drive ke sana..tetapi Alhamdulillah ade juga salah seorang ukhti ni teringin nak join kebetulan dia bawa kereta…
Untuk ke pondok berkenaan agak sukar…memandangkan ini kali pertama kami mahu ke sana..dan selok belok perjalanan agak berbelit2..dari nilai ke tempat Kg pondok Rasah hampir 2jam perjalanan…bayangkan…,saat tu semua pening mencari petunjuk jalan seperti mana yang tercatat dalam peta..yang kami cari dari Abang G(google)pusing2 bandar jugala tadi…orang kata malu bertanya sesak jalan..dalam situasi itu..kami mula  mencari sesiapa sahaja yang dirasakan selamat dan sesuai untuk ditanya,1st ucle india and 2nd kakak india juga,,nampaknya semuanya berkerjasama memberi petunjuk di manakah Jalan rasah taman perumahan hepi…
Dan akhirnya kami meneruskan perjalanan…namun masih juga keliru..akhir sekali masuk hospital..sebab dah semua sakit kepala..hehe..(sebenarnya nak tanya orang…^ ^)dan saya mencari2 sesiapa yang sesuai untuk ditanya…”ah,,itu dia pak guard…”saya mula bertanya…namun respon..pakcik menggeleng2kan kepala..,dan akhirnya bertemu dengan seorang lagi hamba Allah..setelah bertanya..akhirnya kami semua ditunjuki jalan hingga sampai ke pondok tu…jutaan terima kasih pada pakcik2 polis tu yang menunjuki jalan pada kami..dan jutaan kesyukuran pada ilahi kerana menghantar seseorang yang baik hati menolongi kami..,Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kembara ilmu hari ini..semua dengan bantuan Allah...kalimah hamdalah bergema lagi …semua tersenyum puas…

P/S:yakin dengan bantuan Allah..benda yang baik..takkan disia2kan…ada kalanya Allah menguji.untuk melihat sejauh mana usaha dan semangat kita untuk mencari cahayanya..akhirnya..tak sia2 kepenatan hari ini..terbalas juga..dengan mutiara hikmah yang mengalir rasa insaf di hati2 yang sering lalai dan berdosa ini…
Allah jadikan kami hamba yang cintakan majlis ilmu…cintakan ilmu ,untuk kami menjadi golongan ulul albab golongan yang engkau cintai..ya Allah jadikanlah zuriat kami nanti ..memiliki semangat dalam cintakan majlis2 ilmu..beramal…dan berjuang mempertahankan agama suci ini Amin..


1 comment:

IlhamSufi said...

alhamdulillah..kullu khair..