May 15, 2011

Jodoh,cinta,Niqah...



Bismillahirrahmanirrahim…dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang…Alhamdulillah dengan izinnya ku mampu lagi melakarkan kalimah di alam maya ini..kali ini genrenya mungkin agak berbeza…

Melalui fatrah cuti yang sangat panjang ini…sudah dapat menghidu bauan2 yang mewangi…kad2 jemputan ke majlis2 walimah…hebat2…terhias cantik nama dua insan disekeping kad… …”Alhamdulillah sudah sampai jodohnya…”tersenyum membelek2 kad jemputan walimah..

“akak kalu kahwin…jangan lupa jemput tau…”usik seorang housmateku.. sebaik melangkah keluar untuk pulang “ah..ada2ja…entah mina yang kahwin dulu…”balasku..sambil tersenyum…tersengeh2 mina dibuatnya…” k.amy yang sedang menidurkan si Alifah puteri sulongnya senyum lebar, telah pun berkahwin saat berada di tahun 2..Alhamdulillah tahun 3 dikurniakan seorang puteri, walaupun berkahwin waktu belajar namun semua itu tidaklah mengganggunya untuk meneruskan pengajiannya…malah ku melihat dia tenang sahaja sepanjang pengajiannya selepas berkahwin..mungkin lebih berkat lagi sebab dah kahwin, semuanya sudah terjaga…

“nanti kholah kahwin ajakya…” alahai kenapa plak aku yang menjadi sasarannya…k.emy plak mengusik , ”erm..kholah takleh kahwin lagi la Alifah..nenek tak bagi….,kholah  kena kerja dulu…” (alasan..nak ngelak) beritahuku seakan2 Alifah memahami..padahal dia sedang lena dalam dakapan mamanya itu, entah….semuanya serah saja pada Allah ,aku tidak berani mengatakan tidak ataupun ya…barangkali perkataan tidak akan menjadi ya..dan jika mengatakan ya barangkali tidak…Allahu ‘alam…

Walaubagaimanapun…cukup hanya yakin dengan Allah..kerana JODOH,REZEKI&AJAL telah  Allah tentukan..Cuma masa dan keadaannya kita tidak mengetahui..jika bukan di dunia semoga berjumpa di akhirat..lagi lebih bermakna kerana itulah yang kekal abadi…
……………………………………………………………………………………………………..

“usah risau bila  waktunya datang jodohmu..saat ini peliharalah hubunganmu dengan Allah..nescaya Allah akan memilih seorang dikalangan hambanya yang soleh buatmu” tenang ustaz memberi nasihat..barangkali melihat pelajar2nya bukan lagi kanak2 hingusan. malah sudah layak bergelar seorang suami & isteri, memandangkan umur semuanya dalam lingkungan 20an…tekun semuanya mendengar pesan guru Mursyid itu..semua kelihatan tertunduk…barangkali malu saat Ustaz mengatakan demikian…bahkan juga aku…malu saat dibicarakan tentang cinta dan jodoh..terasa masih banyak kekurangan pada diri ini..hinggaku merasakan belum layak …namun bukan bererti meninggalkan…keranaku tahu setiap masa harus bersedia…

Ustaz juga mewariskan satu doa yang kini menjadi amalanku…berdoa juga satu usaha…selebihnya terserah pada Pemilik Cinta…kerana wanita tidaklah mampu bertindak seluas tindakan seperti seorang lelaki..walaupun mereka suka..tetapi mungkin memendamnya lebih aman daripada meluahkan…saat bayangan asing menghadiri mengotori hati lantaran bukan lagi miliknya..maka zikir sebagai penggantinya..moga Allah menenangkan hati dan menjuhi dari sesuatu yang fana itu..(cinta manusia).

Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (surah Al-Hadid 57:20)

Allah..terasa terpukul sebaik membaca ayat ini..sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan.. rasa cinta antara sesuatu rasa yang fana yang menjadi duri2 dalam musafir ini…tak ada yang menjadi milikku selagi berada di dunia ini, Hanya satu cinta ku rasakan memilikinya…Cinta Allah.. selain itu, hanyalah pinjaman semata2… 

lalu bagaimanakah insan bakal bergelar ZAuj itu… ??“Ya Allah dia bukan Milikku,.,dia MilikMu..”

Bercintalah Hingga ke Syurga
………………………………..
Saat Mahligai Cinta telah terbina..usahakanlah membentuk sebuah bait Muslim..sama2 berlumba melakukan kebaikan..agar sama2 mendapat Keredaan Allah..wahai sang sisteri sanggupkah kalian melihat suami kalian berada di syurga bersama bidadari2 yang indah..sedang kalian tercampak ke Neraka…dan wahai suami..sanggupkah kalian melepaskan  isteri kalian disyurga sedang kalian menderita berada di neraka…
            Kalian mahu untuk sama2 hingga ke syurga bukan…??,Wahai suami pimpinglah isteri kalian andai kalian benar2 mencintainya…berilah ilmu agama padanya agar dia mengenal Allah..selalulah menegur dengan hikmah saat si isteri tercinta tersalah langkah..dan buatmu wahai si isteri..jadilah isteri yang solehah ..mentaati sang suami…merendahkan suara.dan sentiasa bermanis muka..Moga kalianlah bidadarinya di dunia ini..dan juga bidadari disyurga Aminn...

Sebagai Khatimahnya..
dengarkan nasyid ini...


 12:40AM
15/5/2011
Ahad

No comments: