Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
"Sayang Mak..."~Siti Eshah Mohd Zain...~
Emak...satu nama keramat dalam hidupku....yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang puterinya ini..Emak dulu,..dulu aku sering keliru di antara kasih seorang nenda yang telah menjagaku dengan dirimu yang telah bertarung nyawa melahirkan diriku...
Emak..ampunkan puterimu ini..tatkala perhatianku dulu,melebihi nenda dari dirimu...namun ku cuba untuk berlaku adil..membahagi kasih pada dua insan yang amatku hargai pengorbanan dan perhatiannya..antara emak dan nenda...
Setiap kali ku ungkap kalimah "mak..mak.."terpancar senyum manis diwajahmu menyahut panggilan itu..aku tahu engkau merindui panggilan itu...setelah sekian lama diri ini tidak bersua denganmu...emak..maaf...andai kalimah ini jua kugelarkan pada diri nenda...kerana dulu aku keliru...sukar untuk menepis rasa kasih yang mendalam ini padanya..kerana melimpahnya kasihnya pada puterimu ini...
Emak..kali ini puterimu ini hadir padamu...menyerah kasih dan cinta padamu..saat ini..aku cuba untuk menyayangimu sama seperti ku menyayangi nenda...Emak..maaf andai diri ini masih kaku berbicara mesra dengan dirimu...bukan kerana tidak mahu..namun diri ini masih lagi terasa asing dari celah keluarga ini....
Emak...walaubagaimanpun terjadi..usah bimbang kasih dan cinta ini...tetap milikmu..kerana engkau ibuku..dunia akhirat..kerana ku tahu kasihku selepas Allah &Rasul adalah kasihku pada insan yang bergelar emak dalam hidupku....
Al fatehah juga buat arwah nenda...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
yang telah kembali ke rahmatullah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu wahai bidadari hidupku...kasih sayangmu..bagaikan salju kasih yang mendamaikan hatiku..pelukan dan usapan tanganmu..bagaikan sutera lembut yang membelai diriku....
didikkan yang sangat memberi kesan dalam hidupku...
aku menyintaimu wahai nendaku setulus hatiku...
~Semoga mampu memberi kesan pada hati kalian.~
No comments:
Post a Comment