Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha penyayang..semalam penulis meredahi kesibukan jalan high way menaiki motokar bersama ukhti hakimah semalam..membuat diri penulis rasa kaku seketika..lebih2 lagi…setiap kali motor kecil kami dilintasi sebuah raksasa besar(lori,trella) pelbagai jenis perasaaan yang datang..tapi tawakkal..kalau dah ajal…macam2na kematian tetap datang menjemput tepat pada waktunya kan…
Sebagai muqaddimahnya penulis sengaja membuat intro di atas…ada apa di jalan high way ya dengan post kasturi kali ini…?? ,sebenarnya semalam kami baru pulang dari Darul Syifa’..penulis menemani Ukhti Hakimah di sana..dan penulis pun tak lepaskan peluang..mintak air bacaan doa dari Ustaz…
Semalam, ramai betuk dekat Darul Syifa’..dan seperti biasa penulis membawa teman bersama(buku)sebagai pengubat menunggu giliran kami, tetapi mula plak rasa boring baca buku tu,apa lagi penulis mula bertukar kepada hobi kedua…menjadi pemerhati dalam diam.., dan apa yang membuat penulis terasa terpanggil untuk beritahu di sini..ramai juga golongan suami bersama isteri mereka di sana….penulis tidak pasti siapa yang perlukan rawatan di antara mereka tetapi penulis melihat di sini AMATLAH PENTING BUAT GOLONGAN ADAM ni mempelajari ilmu Ruqyah Syari’yyah.(ibrah daripada pemerhatian)
Kenapa penulis katakan penting buat golongan Adam,ya..sebagaimana yang kita ketahui lelaki adalah ketua kepada keluarga,peranan si lelaki yang bergelar suami khususnya, bukan sahaja menyediakan keperluan untuk ahli keluarga,malah menjaga keselamatan,menjaga keselamatan keluarga keluarga di sini tidak semestinya hanya pandai Taekwondo ,Silat dan sbgnya..tetapi juga pandai untuk menghadapi situasi sekiranya si isteri atau anak2 diganggu oleh makhluk halus.
Belajar Ilmu Ruqyah Syariyyah
……………………………………………..
Penting!!
Takkan si suami atau si ayah nak mengharapkan ustaz2 dekat luar bila ada ahli keluarga yang diganggu …belajarlah ilmu ini..sebelum kalian ingin menjejaki ke gerbang perkahwinan..
Rajin2kan diri ke Darul Syifa’ untuk mempelajari ilmu tersebut..ataupun cubalah mendalami ilmu itu, namun ada kalanya seseorang tidak perlu mengikuti pengajian ini secara khusus..kerana mereka sendiri telah kuat,, disebabkan ‘amalan harian tertentu…
Penulis sendiri menjadikan MANZIL sebagai amalan harian..MANZIL juga mengandungi ayat2 syifa; sebagai pengubat dan penyembuh kepada penyakit2 tertentu, pengamal MANZIL dikatakan dapat mengelakkan diri mereka daripada terkena sihir, gangguan jin, syaitan pencuri, binatang buas dan sebagainya.
Alhamdulillah selama mengamalkan manzil..penulis sendiri merasakan kelainannya, semuanya dengan Izin Allah.
Walau bagaimanapun, buat kaum Adam ni…andai kalian rasa belum memiliki apa2 pengetahuan tentang ilmu berkaitan Ruqyah Syar’iyyah..belajarlah.
P/s: Pada pandangan penulis sendiri syarat utama buat dia, pertamanya adalah, tinggi ilmunya, serta mempunyai ciri2 kepimpinan, keduanya, pandai ilmu membela diri, dan juga..ilmu Ruqyah Syar’iyyah..
Dan penulis yakin ramai wanita2 di luar sana pun ingin yang sedemikian bukan……
10:31am
10:31am
No comments:
Post a Comment