sementara menunggu waktu kelas.. saya lebih suka untuk ke Musalla..suasananya yang tenang..sangat mendamaikan jiwa...
buku ditangan saya teliti dan membacanya perlahan2...
tiba2.. saya disapa dengan salam...
dan ucapan yang membuat saya tersenyum dan terasa sedikit pelik...
"tahniah...!"ucap seorang teman..sambil menghulurkan tangan kearah saya ...
saya menyambutnya..tetapi dengan penuh tanda tanya...
tetapi saya hanya tersenyum...
"kenapa ni..." saya bertanya...
dan ingin tahu...
"uh..tak sangka awak mendapat pujian dari seorang muslimin...."jelasnya sambil tersenyum...
saya kehairanan...
'pujian...?! untuk apa..dan kenapa...' hati mula berbicara...
"kenapa...puji untuk apa ni..?" tanya saya lagi ...pelik bila dengan berita yang sangat ganjil tu
selepas dijelaskan, baru saya faham(uh...)
bahawa...teman itu berkata...bahawa...memakai pakaian seperti ini (sambil menunjuk kearah saya....) terjaga pandangan lelaki...orang lelaki kurang tertarik...malah tengok sebelah mata jer....
jelas temanku itu...~mengikut apa yang muslimin tersebut bagitahu padanya...
saya tersenyum...
TETAPI....bukan sebab atas pujian ganjil itu,tetapi saya puas..sekiranya pemakaian sebegini tidak menarik perhatian RIJAL (lelaki2) sebab bagi saya, sudah sampai matlamat dan tujuan saya memakai PAKAIAN MUSLIMAH sebegini...
Takutnya jika ia menjadi perhatian KAUM ADAM,, bimbang akan Murka Allah... saya tak mahu menjadi punca fitnah...cukuplah saya terhiris dan tersiksa..tatkla dipaksa untuk membuka niqab di sini..sudah cukup....!
Saya selesa memakai pakaian PAKAIAN MUSLIMAH sebegini...kerana saya terasa bebas..bebas dari menjadi perhatian...dan saya berdo'a agar dihijabkan dari pandangan jahat dari mata2 rijal....saya benci!!
lelaki hakikatnya kurang tertarik pada pakain yang berwarna suram...mereka selalunya lebih suka melihat pada benda2 yang cerah dan menarik..
sejujurnya...
saya akui bahawa saya juga meminati warna2 sedemikian.tetapi bukan untuk dijaja diluar sana..cukuplah diri sendiri dan insan2 yang berhak.
"hitam nampak smart,tapi sebenarnya suka pink" my quote.
jangan sia2kan....
kata seorang muslimin yang saya diberitahu seorang teman...
ramai yang menutup aurat namun hakikatnya tidak terlepas dari TABARRUJ memakai pakaian yang berwarna menarik perhatian...berkilau2...terlalu berhias...sehinggakan kelihatan daya tarikannya...
jangan jadikan diri kita ini sebagai punca Fitnah pada lelaki...
contohilah Isteri2 Nabi...
Aishah r.a pernah berkata..
"wanita yang SOLEHAH,adalah yang tidak dipandang dan dia tidak memandang pada lelaki"
dimanakah kita saat ini...adakah kita tidak dipandang dan memandang
peliharalah kesucian hati...kecantikkan dirimu biarlah rahsia yang kekal abadi...
terima kasih pada yang menghantar SMS ini..untukku...dan untuk dirimu yang pernah menerimanya...
"YA ALLAH...izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi kelopak akhlak mulia..
Harum wanginya dengan ilmu agama..,cantiknya kerana iman dan taqwa..
Namun keindahan zahirnya disimpan rapi...biar menjadi rahsia yang kekal abadi..
bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah dari hati lelaki yang berjiwa sepi...
wajahnya bukan mengundang dosa,timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara
dari noda duniawi,yang menghilangkan harum sejati..yang memudarkan kecantikkan diri..
untuk kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMU..."
mengalir air mata ini..tatkala membaca bait2 kata itu....
Masya' Allah...sangat terkesan dihati ..Amin..amin ya RABB....
No comments:
Post a Comment