Jun 28, 2012

Pesanan untuk Jiwa


Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”
SUMBER :  Artikel iLuvislam.com






Jun 17, 2012

Lelaki Dulu dan Sekarang




Lelaki
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria


* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd

Jun 12, 2012

hausnya




Rasa dahaga sememangnya membuatkan saya terbayangkan air yang sejuk di depan mata…dan alangkah nikmatnya kalau ia dapat menyentuh anak tekak…Subhanallah nikmatnya..tak terucap dengan kata2..tatkala tekak yang kehausan di hulurkan segelas air…


Saya masih mengingati..kira2 2tahun yang lepas…saya ke libry berjalan kaki..hobi saya suka jalan kaki..dalam panas terik matahari ,saya menaiki anak tangga yang tinggi itu..tekak saya terasa teramat dahaga…sememangnya saya telah bekalkan sebotol air…sampai sahaja di Libry saya duduk di tepi loker dan menyandarkan diri saya di situ kerana kepenatan..kemudian saya terus minum air dengan nikmatnya..yang saya tahu waktu tu.. saya dapat minum air tanpa sebarang gangguan …”erm..nikmatnya air ni..”kata2 tu keluar spontan dari saya…tanpa saya sedar seorang abang ni sedang memerhati,dia kelihatan pelik…Argh..malunya…saya  cepat2 menyorok di sebalik loker..malu yang teramat waktu tu…

Rasa Nak Menangis

Kadang2 saya rasa nak menangis je…lebih2 lagi bila berpuasa..bukan sebab keletihan berpuasa..tetapi saya membayangkan bagaimana peritnya rasa dahaga di padanga mahsyar nanti…,di dunia pun..rasa tak tertahan kalau dahaga, macamna kalau di akhirat ??…sungguh saya merasa sedih..dan tiba2 saya terasa mahu menangis…Ya Allah..bantulah hamba-Mu di akhirat nanti…

Kalau boleh saya mahu saja berlapar dan berdahaga di dunia ini dengan berpuasa..asal tidak di akhirat..kerana saya tidak tahu..adakah saat saya merasakan itu..saya memiliki harapan untuk merasakan walau hanya setitis air…Astaghfirullahal ‘azim..aku takut ya Allah…saat ini aku seperti membayangkan yang kalau aku di sana…kalau di sini aku terasa dahaga ..bisa saja aku mendapatkan air untuk menghilangkan dahagaku..ya Allah..aku benar2 mengharap akan bantuanMu…



Saat semua manusia berkumpul di padang mahsyar..di saat matahari hanya sejengkal dari kepala..bagaimanakah kita tatkala itu..??

Astaghfirullah...unsurni ya Allah...

Jun 11, 2012

Kuatkah AKu...


Hakikat itu harus kuterima..ya..Aku telah lama bersedia, telah lama aku bersedia akan sebuah tanda tanya yang bermain di hatiku...Dalam kesendirian...aku bermonolog sendiri..'Ya Allah..apa sahaja ketentuan untukku..aku terima..takkan aku kecewa..

barangkali apa yang aku mahukan..itu bukanlah yang terbaik untukku...

Tapi kuatkah aku saat itu..
"ye..saya baik2 saja...saya terima semuanya..." meluah pada seorang sahabat...
benar itulah kalimah yang melontar laju dari bibirku...

Justeru itulah yang aku mahukan, aku mahu bebas dari  sangkar harapanku,...jadi mengapa harus  terasa sakit..jika itu yang berlaku...


tapi ya Allah...ternyata aku tidak kuat...ternyata akulah yang rapuh saat ini...

Kuatkan Aku ya Allah...Kuatkan Aku ya Allah..hanya Engkaulah sandaran hatiku...
tempat ku mengadu..

Perancangan Allah itu maha Indah




Diuji untuk semakin disayangi,aku rela dan aku redha ya Allah.



 aku mula merasa Engkau memandangku dengan penuh kasih sayang, aku harap apa yang ku rasakan itu benar, dan itulah yang aku harapkan dariMU.


"Jangan kau bersedih wahai diri..,Allah sedang mengatur sesuatu yang terbaik untuk dirimu..."


Perancangan Allah itu Indah..


Kembali padaMu

Bismillahirrahmanirrahim...

kami kembali kepada-Mu,mengakui dosa dan bertobat kepada-Mu
kamilah orang-orang yang sengsara dan yang mengharapkan-Mu
kamilah orang-orang yang ketakutan dan mencari perlindungan-Mu

Putuskan harapan kami kepada selain-Mu,
sehingga kami tidak berharap kecuali kepada-Mu,
dan tidak percaya kecuali kepada-Mu,
Wahai yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi,

Wahai yang Maha mendengar semua suara,
wahai yang Maha meliputi semua yang berlalu,
wahai yang Menyelamatkan semua jiwa setelah kematian,
Wahai yang Maha suci dari semua kegelapan..

Anugerahkan kepada kami keselamatan sehingga
menenteramkan kehidupan dan penghidupan kami.
Akhiri hidup kami dengan kebaikan sehingga dosa2 tidak membahayakan kami

Kurniakan kepada kami rasa ridha dalam hati kami
terhadap apa yang telah Kau bagikan sehingga kami tidak meminta sesuatu selain dari-Mu...
Amin Ya Rabb

Petikan dari Naskah Sejuta Pelangi
Oki Setiana Dewi.

Jun 7, 2012

Khabar Gembira untukku

Bismillahirrahmanirrahim...




SEmalam Allah menjadikan cuaca mendung...dan hari ni Dia bagi pelangi yang indah...dicampakkan satu perasaan bahagia...itu yang saya rasa saat ini...membuatkan bibir tak lekang dengan senyuman..untung saja orang tak nampak...kerana senyuman itu tersembunyi disebalik kain kecil...kalu tak mungkin entah apa2 yang mereka fikirkan.

Pagi tadi..saya datang pejabat jalan kaki...saja taknak tumpang kawan2 yang berkereta..dah lam tak jalan2 macamni..best tau jalan kaki ni,alah tak sampai 10 mint pun..ha..sambil2 jalan tu..boleh menikmati keindahan Alam.udaranya yang nyaman...Subahanallah...tenang betul..

mase sedang duk syok jalan tu, telefon kecilku berbunyi.... nanyian Tamer Hosni..,

Alhamdulillah...dapat panggilan tawaran kerja..Berita gembira untukku...lepas praktikal terus on..nampaknya lambat pulala balik kampung..kesian dekat mak...

>>>>>>>>>>>

Hari ni gembirakan hati..shopping dekat baby shop yang berdekatan pejabat ni..Alhamdulillah..tahun ni saya akan menimang 2 orang cahaya mata...Anak kepada 2 orang kakak saya K.long dan K.cik...Alhamdulillah nampaknya meriah lagi la keluarga Cik Lijah ni ya...,tak sagka betul dua2nya dijangka dalam bulan yang sama...



Tetapi saya tak tahu..samada baby tu Girl ataupun Boy..jadi masa pergi baby Shop tadi..agak pening juga nak pilih pakaian baby ni, tapi.. syok juga masuk kedai baby ni..geram pulak tengok baju cute2 semuanya..harga pun boleh tahan...takpela untuk bakal anak2 sedara Mak Uteh.


Saya tak tahu apa yang orang fikir masa saya masuk kedai tu...(hehe tiba2 jadi perasan pulak.).,macam single mother pun ada hehe dalam hati (hee cari baju untuk anak sedara^^)....ramai juga dalam kedai tadi..yang datang suami isteri..happy je mereka ni..ada yang duk gelak2 masa tengah pilih baju adala perkara yang mencuit hati barangkali...

Ah..saya pun sebnarnya geli hati juga tengok baju2 baby ni...hehe...macam2 ada...
dah  hampir satu jam duk tengok2 je, so, saya pun pilihla baju yang berkenan kat hati, untuk bakal anak buah saya nanti..


Mode:Bahagia..Alhamdulillah...^^

Jun 6, 2012

Cinta Kepada Allah



والذين ءامنوا أشدّ حبّا لله
Orang  yang beriman itu sangat menyintai Allah.


HAKIKAT CINTA DAN RINDU BAGI YANG SEDANG BERCINTA

Kita tinggalkan dahulu kisah cinta yang fana….Al hub baina makhluq …cinta yang paling indah adalah cinta kepada Allah…benar!rasakanlah saat cinta-NYA mula menyetuh sanubarimu….dunia ini  terasa luas sekali…jiwa terasa lapang…dan wajah pun,  mula mekar berseri….

Sayidina Abu bakar RA berkata:

“barangsiapa merasakan lazatnya cinta yang suci murni kepada Allah,tentu perkara itu lebih menarik perhatiannya berbanding mencintai keduniaan”

 Firman Allah SWT di dalam surah al anfal ayat 2 mafhumnya:

“sesungguhnya orang2 yang beriman adalah apabila disebut nama Allah(menyebut sifat2 yang mengagungkan dan memuliakan-Nya) gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat2NYA kepada mereka,bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal

Seperti mana hadis dari Anas RA bahawa Rasulullah  SAW bersabda.

“sesiapa yang memiliki 3 sifat ini,nescaya ia dapat merasai kemanisan iman.Mencintai Allah dan Rasulu melebihi yang lain.Menyintai sesama manusia kerana Allah dan enggan kembali kepada jalan kejahatan(kekufuran)sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam api neraka”

HR.Bukhari&Muslim

GHADDUL BASYAR(menahan pandangan)

Allah memerintahkan kepada setiap hambanya baik laki2 ataupun wanita..supaya menjaga padangan mata..kerana apa yang dilihat dari pada maka ia turut memberi kesan pada hati…janganlah membiarkan mata itu bebas melihat sesuatu yang haram…sungguh!hati bisa menjadi keruh lantaran kita tidak cermat menjaga pandangan mata…lalu bagaimana kita mahu meraih padangan Allah..sedang kita tidak menjaga hati kita dengan baik…kerana pandangan Allah jatuh pada hati seseorang hamba itu…
Tundukkanlah pandangan kita..

Di dalam sebuah hadis Qudsi Nabi SAW bersabda bahawa Allah berfirman ,maksudnya “pandangan (kepada bukan muhrim) sebagai panahan beracun dari Iblis,barangsiapa yang mengelaknya kerana takut kepada Aku (Allah),maka aku akan menggantikannya dengan iman yang dapat merasakan kemanisan dalam hatinya…
(riwayat baihaqi dan al Hakim)

Nah!tidak mahukan kalian merasakan manisnya iman…pedulikan ajakan hawa nafsu ,,yang selalu mengarahkan mata untuk melihat sesuatu yang haram…berbaloikah semua itu…kelak hati makin sakit disebabkan karat2 yang semakin menebal….

DOA MERAIH CINTA ALLAH


“wahai Allah, limpahkanlah kepadaku kekuatan mencintaiMU, mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai perkara2 yang mendekatkan diri untuk mencintaiMU,jadikanlah rasa mencintaiMu lebih aku sukai dari berbanding air dan embun”

(Doa yang Di ajarkan Nabi Muhammad SAW)

Ayuh teman2 kita sama berdoa agar hati kita dianugerahkan rasa cinta pada Allah melebihi segala2nya…tidak ada yang lebih membahagiakan untuk seorang hamba yang fakir seperti kita ini melainkan memiliki hati yang mempunyai rasa cinta pada Allah…cinta manusia itu perlukan usaha..perlukan mujahadah…Usaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik..Mujahadah melawan nafsu yang membawa kepada perkara yang Allah murka..

Seorang hamba yang mahukan cinta Allah..amat takut jika Allah murka…amat takut jika Allah menarik balik anugerah cinta itu….

Betapa Mahalnya cinta Allah..lebih Mahal dari dunia dan seisinya…
Pergila dunia dari terus mencengkam jiwa….pergi..aku tidak perlukan kamu untuk kebahagiaan hatiku…kamu hanyalah jambatan tempatku berpijak untukku menuju negeri akhiratku…

Ya Allah..ampunkan segala dosa2 hamba-Mu ini…
Jadikanlah hati ini merasa cukup dengan cintaMU….
matikanlah aku saat air mata membasahi sajadah cinta…saat hati yang bergetar saat membisik Asma Mu…dan hati yang mengharapkan keampunan dan rahmat daripadaMU…

Sering kali kita meminta agar dikurniakan rasa CINTA hanya keranaNya..
                          Tetapi sering kali kita terlupa untuk meminta agar jatuh cinta padaNya..
Sering kali kita menatap kalam CINTA ttg Jodoh dan pasangan hidup…
Tetapi sering kali kita lupa untuk menatap kalam CINTA ttg keindahan & kebesaran-NYA..
Dan sering kali juga kita terlupa untuk segera menyahut setiap panggilanNYA

~*Ingatlah Aku, Aku akan mengingatimu*~
~Al-Baqarah 152~