Menutup Aurat Itu Fitrah |
Wanita itu sememangnya melambangkan keindahan… hatta jika menutup aurat sekalipun..dia tetap menjadi perhatian..Cuma sahaja perhatian pada wanita yang menutup dengan wanita yang mendedahkan aurat itu berbeza...
Jika wanita yang mendedahkan aurat pandangan lelaki padanya adalah pandangan dari nafsu..dan hal inilah yang menimbulkan fitnah yang besar kepada lelaki…dan mengundang bahaya kepada si wanita, manakala jika wanita itu menutup aurat dengan sempurna tetap sahaja ada yang memandang..Cuma sahaja pandangan itu mungkin sahaja lebih terhormat..
Orang lelaki akan jadi hormat pada wanita yang menutup aurat ni..nak kacau2 pun jadi segan…paling2 nakal pun diorang setakat bagi salam jer,,situasi yang biasa dilalui…memang agak kelakar kadang2,tetapi kadang2 jadi geram dan menyampah juga.. ‘pakai macamni nak kacau lagi ke..!!’ jerit hati kecil.
“Assalamualaikum Ustazah…”kedengaran suara memberi salam…saya tidak dapat memastikan siapa gerangan yang memberi salam tersebut…dan saya pula tidak memberi apa2 respon…kerana itu adalah tindakkan yang paling selamat…
>>>>>>>>>>>>
Wanita menutup aurat disegani…
Wanita menutup aurat memang disegani,bukankah ini berita yang baik untuk wanita?, “ya..berita yang sangat2 baik,kerana kita tidak akan digangggu sebagaimana wanita yang suka mendedahkan aurat mereka” Masih saya ingat sewaktu terpaksa berasak2 di dalam train…agak rimas..mujur sahaja saya membawa sweater yang agak tebal untuk melindungi…saya agak terkejut ada beberapa orang lelaki di hadapan saya…tetapi mereka2 ni sedaya upaya memberi ruang supaya saya lebih selesa "eh tepi sikit," kata seorang pemuda pada temannya," saya rasa lebih selesa.sememagnya ruang saya terasa lebih luas ,geli hati juga dibuatnya…tetapi saya tetap rasa bersyukur, Alhamdulillah sememangnya pakaian yang Allah syariatkan untuk muslimat ini memang menjaga diri saya sebagai seorang muslimah…sepanjang perjalanan saya ketika di luar,,saya berasa aman dari gangguan.."Alhamdulillah untungnya wanita yang tutup aurat"…
Kata ayah su (ayah saudara)
“orang lelaki ni kalau nampak orang perempuan tutup aurat sempurna, jadi tunduk la sikit pandangannya tu..”
Saya tersenyum… dalam hati ‘Alhamdulillah..’
“ni tak, pakai terdedah sana..terdedah sini…mana orang laki tak geram..yang kuat iman takpela, yang biasa2 ni, boleh jadi macam2 …”
‘err..malunye…~_~’ saya tertunduk..dalam masa yang sama…saya lihat beberapa orang gadis berpakaian sedemikian…
Wanita tutup aurat tu mahal
Ya ,sangat suka dengan statement ni..wanita yang menutup aurat tu mahal…lebih bernilai ,kenapa?,sebab dia telah menjaga diri dan maruahnya…sesuatu yang mahal takkan mudah2 ditonjolkan pada orang ramai kan…macam permatala,yang mahal akan diletak dalam simpanan yang khusus dan selamat…tak boleh sape2 sentuh dengan mudah..fahamkan apa yang saya maksudkan.Ha,kalau yang dijual di tepi2 jalan tu, siapa saja boleh tengok dan pegang…
Buat wanita2 di luar sana…peliharalah aurat kalian…”memakai tudung itu tidak wajib..yang wajib adalah menutup aurat” statement ustaz Azhar Idrus,fikir2kanlah…
No comments:
Post a Comment