Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini saya terpaksa ikut kawan2 keluar pergi pasar berhampiran masjid hasanah ni,pejabat tempat praktikal kami sememangnya berada dalam masjid berkenaan.
Terpaksa!, memandangkan ada seorang ustaz di dalam pejabat,jadi tidak syarak pula jika duduk dalam pejabat tu.jadi mahu tidak mahu saya follow juga teman2 saya tadi,..
Sampai saja di kawasan gerai,saya jadi tak keruan pulak..
”nape ni?”
Tanya teman saya…
”malu…ramainya orang laki…”
“eh..pakai niqab pun malu lagi ke…”katanya hairan..
“malu la awak…saya rasa nak masuk dalam kotak jer…”
Rasanya mata ni tak sanggup nak pandang depan.. asyik pandang batu dan tanah jer…kesian betul…
"Awak pakai niqab pun malu lagi ke"
saya tak tahu ayat2 ni berapa kali dah menyinggah telinga saya..,mungkin kelakuan saya yang kurang selesa bila berada di kalangan muslimin..dan saya yakin ramai yang rasa macamtu bila harus berada dikalangan 'muslimin'
Dan sepatutnya itulah yang patut ada pada setiap gadis..,dan saya nak fokuskan kepada gadis2 yang berniqab ni..jangan rasa kita dah berniqab..kita tak patut rasa malu..malu itu sepatutnya lebih lagi..jadi mata tu janganlah terlalu liar memandang situ dan sini…sangat tidak thiqoh jika melakukan sedemikian..dan hal ini,sudah pasti menyebabkan hati kotor…
Maka hilanglah fungsi pemakaian niqab..sepatutnya dengan memakai niqab kita dapat menjaga hati..dan sememangnya begitulah..
Seorang muslimin ada meluah, beritahu teman saya…mase tu saya dan teman saya, sedang bincang2 tentang fenomena Niqabis yang semakin berani menonjol di FB khususnya
“pakai jer niqab.tapi mata liar..”
Saya tanya kenapa muslimin tu cakap macamtu...katanya, sebab ramai muslimat yang pakai niqab tapi matanya tidak dijaga..tengah2 jalan..masih sempat memandang ke sana sini...
Perasaan saya "MALU ,memandangkan saya juga di antara mereka ..jadi pastinya saya akan sakit..malu..bilamana ada yang mengatakan itu dan ini tentang gadis yang berniqab..tempiasnya turut saya rasa...
Jadi bagaimana pula niqabis yang suka upload gambar mereka dalam Fb,social network sambil menfokuskan 2 biji mata yang bulat tu…tidakkah itu mendatangkan fitnah…,jadi apa tujuan menutup tu..??renung2kanlah…
Adakah pakai niqab tu sengaja nak tunjuk mata…??
Jumaat 2March
1:30PM
No comments:
Post a Comment