Melangkah lagi ke dunia baru alam pekerjaan(praktikal).Alhamdulillah ditempatkan dalam suasana yang dekat dengan ahli ibadah, dekat dengan masjid, ya.. inilah yang saya impikan..inilah yang saya inginkan, memiliki suasana pekerjaan yang tenang, perkara penting untuk memilih tempat pekerjaan adalah menilai bi'ah di tempat pekerjaan tersebut, khusus untuk wanita muslim,haruslah menitik beratkan bagaimana situasi dan keadaan tempat pekerjaan yang dipilih, dari segi undang2nya,dari segi sistemnya,dan gerak kerjanya dan pengurusannya, dan paling penting siapa pengurusnya.
Penting untuk kita tahu siapa pengurus organisasi syarikat yang kita pilih, kenapa saya katakan demikian, kerana jika pengurus berkenaan seorang yang faham agama,maka senanglah untuk kita menjaga diri kita.
Pada saya sendiri, faktor utama yang saya ambil kira dalam pemilihan tempat kerja adalah, bolehkah saya membawa cara saya di sana, maksudnya jika yang berniqab atau bertudung labuh adakah ia diterima atau tidak, dan keduanya bia'ah, ianya amat penting agar selama kita bekerja di sana kita akan berasa tenang, faktor gaji itu faktor ke3, paling penting jiwa berasa tenang dengan kerja yang dipilih.
Bersama Ustaz Hasmadi Hamdan
Bersama Ustaz Faris Amudi
Taklimat ringkas dari ustaz Faris Abdullah Amudi dalam membentangkan dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan segera berkaitan dengan kerjasama arabic2u.
No comments:
Post a Comment