Oct 5, 2011

Travelog ku dengan Niqob


Berbahagialah di sebalik hijab itu…


Berbahagialah wahai sahabatku di sebalik hijabmu..kesucianmu terpelihara…dari pada pandangan ajnabi…..
Pertama kali mengenakan niqob untuk ke kampus ..hati terasa agak berat…semenjak berada di asrama saya tidak berpeluang melakukan itu..berada di kawasan hostel dilarang berniqob..apatah lagi di dalam campus…
Namun Alhamdulillah keputusan untuk tinggal di luar(rumah sewa)memberi peluang untuk saya membawa cara saya…pada mula2nya keluar dari rumah dengan memakai niqob…agak pelik rasanya..lebih2 lagi rasa macam makhluk asing masa tunggu bas…

Tapi bila saya rasa lemah sangat..saya bisikkan pada diri..."Jangan takut..Allah kan ada.."…semua yang saya  lakukan ini hanya untuk meraih redha Allah…saya  tahu pasti diri saya  akan dipandang pelik..belum lagi dengan komen2 yang menyakitkan… “eh pakai furdahke pastu dalam campus bukak…?”(saya terpaksa..bukan kerana mengguna alasan mengikut waqi') saya  tahu mereka pasti mengatakan saya bermain2 dengan hukum...padahal  bukan itu niat saya ..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..rasa bersalah lebih saya  rasai bila terpaksa berada dalam dua keadaan yang berbeza..namun saya harus lakukan.oleh kerana di dalam campus..mahu tidak mahu saya  terpaksa,jika diluar itu sudah menjadi pilihan saya  sendiri…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>"jika diberi pilihan di sini bukan tempat saya..tetapi apa upaya saya untuk menentang kehendak keluarga..terlebih lagi ibu bapa yang terlalu mengharapkan dengan air mata,saya tak sanggup..ya Allah ampunnilah dosa2ku..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

maka apakah harus saya  membukanya saat di luar dari campus..walaupun saya  langsung tidak terikat dengan apa2 nizom(undang2/peraturan)..saat ini saya bebas..untuk mengamalkan syariat…

Alhamdulillah walaupun dulu saya rasa pelik macam makhluk asing..rasa macam ada benda berat kat muka,walaupun hanya kain kecil..namun kini…saya  rasa  semua itu ringan..rasa bahagia..berjuang..walaupun belum lagi menyebabkan saya sampai diancam..dipulau…di sakiti..hanyalah ujian melawan bisikan2 yang melemahkan niat  saya untuk terus pakai…

Saya  suka untuk menggunakan analogi yang pernah diberitahu Ustaz pondok ni…katanya

“macamnila…kalau seorang perempuan yang sedang berjalan..tiba2 angin bertiup dan menampakkan auratnya,..dan pada saat itu, ramai lelaki telah nampak auratnya…adakah perempuan itu buat tak tahu jer..pastu kata:”em..takpela..biarlah..lagipun diorang dah tengok pun…”dengan keadaan membiarkan sahaja auratnya kelihatan…,hanya yang tak tahu malu mungkin akan mmbuat sedemikian,,,,jadi di sini…usahakanlah tutup kembali…sebab situasi tadi memang tidak diingini..tetapi dipaksa oleh angin…”
(quote ni telah saya edite dan ada penambahan ayat sendiri)

Diorang suka menghukum sebab diorang tidak meletakkan diri mereka di tempat orang yang pakai niqob tu…diorang tak rasa macamna sakitnya ada mata2 yang tengok macam sedang melihat makhluk asing..diorang tak rasa bagaimana sakitnya jalan sorang2 sebab tak ramai yang nak jalan dengan orang pelik yang pakai niqob ni…sebab tu diorang hanya tahu menuduh dan menghukum tanpa rasa apa2 …

Pakai niqab atau furdah..bukan sebab saya suka2..bukan sebab ikut2tan…bukan sebab dipaksa,bukan sebab siapa yang suruh pakai,bukan sebab nak berfesyen,("hmm..tetapi sekarang ni..niqab dah jadi macam trend dan fesyen...sedih nye..T_T  ") ...tapi..saya pakai bukan sebab tu..tetapi sebab saya memang nak memakai niqab,dan sudah pastinya taufiq dan hidayah ini Allah yang anugerahkan....atas pencarian yang agak lama..dalam membuat keputusan besar ini..saya mencari Hujjah2 yang cukup kuat untuk saya ..bukan seperti kebanyakan orang yang mengatakan niqab itu sunat sahaja(ramai yang jumpa saya cakap macamtu)..atau niqab itu dipakai bila ditakuti fitnah saja."hah..bukankan sekrang ni fitnah berleluasan"…bukan itu sebabnya…tetapi saya mencari hujah..supaya saya  sendiri terasa kukuh..dan tau kenapa perlu saya  pakai…

Jika saya tahu niqab itu sunat…pasti saya memilih untuk tidak pakai(kebanyakkan wanita suka menunjukkan keindahan mereka(muka)..kerana ia sunat sahaja(Alasan saja sebab nafsu)..dan pasti saya  akan fikir dengan tidak pakai lebih memudahkan urusan dakwah ...Wallahu a'lam
…tetapi saya  tahu Ia Wajib

kerap kali hati ini menangis..kadang2 saya hanya mendiamkan diri sahaja..."kita pakai niqab ni kena tengok waqi'(suasana),kalau tempat tu aman dari fitnah tak pakai pun tak apa.."  huh...sakit saya mendengarnya..saya mendiamkan diri ,hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu...,saya tak dapat terima kebanyakkan pandangan ni..

Ade yang kata..kadang2 pakai pun boleh jadi fitnah..sebab orang akan tengok pada benda yang pelik...
ia akan menjadi satu tarikkan...,fikirlah dengan dengan akal yang jernih...adakah orang yang memakai niqab ni..telah membuat gangguan seksual pada kaum adam...,adakah tarikkan itu yang mereka maksudkan...jadi ,jika memakai pakaian yang menarik..menunjukkan wajah ayu dan comel tu...bukan tarikkan ke.??.,memang kadang2 orang yang pakai niqab ni..bukan semua cantik...tetapi wanita adalah senjata yang digunakan syaitan untuk  menjerat kaum adam...jika mereka tidak pandai menjaga aurat mereka...



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bila hati kecil berbicara…
sekadar gambar hiasan

Malam itu(malam fatrah imtihan STAM 2007)..hati saya  mula berdebar..dan berbicara..menuntut kemahuan nurani yang telah lama terpendam…’kau mesti pakai niqab..kau mesti pakai niqab’..masa tu fokus untuk menghafal subject Feqah telah hilang…

Ana membelek2 tafsir quran..menjumpai surah Al Ahzab
$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ y7Ï?$uZt/ur Ïä!$|¡ÎSur tûüÏZÏB÷sßJø9$# šúüÏRôム£`ÍköŽn=tã `ÏB £`ÎgÎ6Î6»n=y_ 4 y7Ï9ºsŒ #oT÷Šr& br& z`øùt÷èムŸxsù tûøïsŒ÷sム3 šc%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÎÒÈ
 59.  Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[1232]  Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang(jubah) yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

Sejak membaca ayat itu hati saya  berdebar2…saya  akan memakainya …saya berbisik sendirian..air mata mengalir ,kerana saya  merasakan penghijrahan itu sudah semakin hampir…keputusan yang akan mengubah segala-galanya..saya  rasa semakin kuat…
Kemudian keesokan harinya saya  mula mengirimkan kain kurang satu meter pada seorang ustazah yang sangat rapat dengan saya ..kebetulan dia mahu ke Kota Baharu…

Ustazah mula mengesyaki…”ilham nak pakai niqab ke..?”soalnya
saya hanya tersenyum…sambil menganggukkan kepala..

“Alhamdulillah..semoga Ilham istiqamah..Ikhlaskan kerana Allah ya…doakan juga Ustazah dapat pakai niqab suatu hari nanti…”
Kata2 ustazah membuat hatiku gembira..

Saya  membuat keputusan ketika itu sedang dalam Ramadan kareem..kekuatan yang datang tatkala ramadan menghampiri…hari2 dalam ramdan kareem membuat hati pun berbunga2…saya  mengumpul kekuatan untuk menghampiri hari2 yang mendebarkan…2 minggu lagi..saya  akan dah tak sama dengan saya  yang dulu…
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 
Subahanallah..satu perasaan indah yang saya rasakan tatkala pertama kali mengenakan niqab...tidak dapat saya terjemahkan melalui kata2...
HAnya Allah yang tahu....
 
Ya Allah..terima kasih...kerana memberiku peluang untuk merasai ni'mat ini..sebelum aku menutup mata buat selama2nya......

tahu tak..wanita umpama permata...dan sebutir permata yang mahal itu..pastinya diletak didalam sebuah bekas kaca yang exclusive..yang tertutup sempurna...ya...wanita...hargailah anugerah kecantikkan yang Allah anugerahkan tu..(cantik itu subjektif..),takkan nak biarkan orang lelaki tengok senang2 jer...padahal dia takde hak untuk tengok wajah wanita tu...lelaki boleh gila bayang gara2 tertarik apda wajah wanita..(tetapi tak semestinya kalau saya yang tak cantik ni..tak perlu tutup muka)inikah sebab Allah yang suruh...




                                            sekadar gambar hiasan~semoga sampai mesegnya
 Ya Allah Izinkan dirinya menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi dengan akhlak mulia..Harum wanginya dengan ilmu agama,cantiknya kerana iman dan taqwa..namun keindahan zahirnya disimpan rapi,biar menjadi rahsia yang kekal abadi..bukan perhatian mata ajnabi,yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi..wajahnya bukan mengundang dosa,timbulkan duri yang memagari dirinya..agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati,yang memudarkan kecantikkan diri,untuk kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMU..Amin..ya Rabb...

2 comments:

lily's flower said...

salam...sabar lah ukhti..sesungguhnya Allah ada pd setiap langkah kita...truskan prjuangan mu...~

ahLia shahril said...

salam....

ehmm... niat nk berniqob bukan sbb org suruh.. tp sbb Allah suruh kan?

jadi klu org ckp ape pon kte tak xleh r berganjank kn?

klu Allah suruh br kte bleh wat perubahan..

kita kan nk Allah...