Oct 4, 2011

Love Talk

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa2nya inilah pertama kali saya akan menghadiri program sebegini(program apa ya?)..yang mana sebelum ni, asal dengar jer talk berkaitan cinta..rasa kurang suka untuk pergi...walaupun sering diundang teman2...(tapi kenapa??)

saya hanya melemparkan senyuman saje....(err..cinta?hmmm...takpelah)

bagi saya,semua itu sudah cukup jelas...kedudukkan cinta manusia itu...jika sebelum kahwin...jawapannya senang sahaja,haram,jika ada yang kurang berpuas hati...saya minta maaf,tetapi pendapat itu sudah seringkali dijelaskan ..dan tak perlu meleret2 lagi perbahasannya disini...

bila ramai sahabat2 selalu sms..bertanya tentang cinta..saya kadang2 merasakan seperti menjadi 'Dr Cinta..' pula,yang bertanggungjawab merawat orang2 yang diserang virus cinta tu..,nasihat demi nasihat,penerangan demi penerangan saya lakukan untuk membuat mereka faham,apa yang boleh saya katakan disini...tiada lagi alasan yang membolehkan hubungan cinta sebelum kahwin,kecuali jika nafsu mengatakan ya pada Cinta Couple,jika hati sudah mahu...maka,pelbagai alasan akan dicari untuk membolehkan ,ketahuilah..hati takkan pernah merasa tenang....sebab,hati takkan pernah tenteram pada sesuatu yang tidak sesuai dengannya...

Baiklah,berbalik kepada program ini 'Love Talk'pada mula2 saya belum tengok tajuknya,tetapi excited betul nak pergi program tu...gara2 Ustaz Tv Al Hijrah,penyampaiannya memang bagus.!seolah2 dia sedang memberi ceramah secara live,walaupun di TV..,siapa yang pernah tengok memang tertarik dengan cara penyampaian ustaz ni...bersahaja, tidak cover2 dan skema.

      Inilah Ustaz Don Danial Don Biyajid,satu2 Ustaz yang memakai jubah dekat TV Malaysia...

lepas tengok ustaz ni..mata  baru beralih pada tajuk..."hmm..Love Talk,ada apa disebalik tajuk ini ya.." kali ini, rasanya saya harus bertolak ansur,perasaan ingin tahu membuatkan saya nak ke program ni dan mendengar kupasan dan pandangan Ustaz Don Danial tentang cinta(ermm)

walaubagaimanapun...berpeganglah pada prinsip..'Tiada istilah cinta sebelum akad',hati perlu dijaga..."bagaimana untuk menjaganya??"..jauhilah perkara yag boleh membuatkan hati menjadi keruh,dekatkan hati dengan Allah...Cinta manusia itu...boleh mengeruhkan hati...menghilangkan rasa manisnya cinta pada Allah

kata2 saya ini bukan bermakna,saya menafikan 'CINTA' ..,kerana ianya perasaan yang fitrah.. bukankah begitu..?tipulah kalau manusia itu kata dia tak pernah langsung ade perasaan cinta..,manusia bukan seperti robot..manusia adalah manusia,yang telah Allah anugerahkan hati yang memiliki naluri..cuma..,usah biarkan kita dihanyutkan oleh perasaan itu..hingga hati kita lalai...menjadikan hati seperti terbelenggu dengan cinta yang meresahkan jiwa...

Usahalah untuk mengelakkan diri dari terjerumus dengan cinta ajnabi..saya tahu,susah sangat nak lawan perasaan tu..lebih2 lagi kalau orang yang minat kat kita,orang yang sebelum ni kita kagum..,tetapi tidakkah hati kita merasa tawar,,?? kerana lelaki itu..tidaklah sethiqoh yang kita sangkakan...mungkin Allah nak tunjuk bahawa dia bukanlah lelaki yang soleh...kerana imannya masih lemah, akhirnya mengungkap kalimah cinta saat cinta itu belum halal buat dia dan kita...

Benci membicarakan tentang Cinta...bukan beerti kita menjauhi Cinta selama2nya,
kerana pastinya Cinta yang kita dambakan adalah cinta yang halal...
Bukan juga kerana membenci akan hadirnya..
Tetapi kerana untuk menjaga kesuciannya,bukan juga kerana menghindari dunia,
Tetapi kerana ingin meraih syurgaNYA, dan bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menelusup ke dalam jiwa.

Jika diri diserang perasaan cinta..mujahadahlah..dekatkan diri dengan Allah(inilah kuncinya)..kerana Allah pemilik hati kita..Allah sahaja yang mampu menyembuhkan segala resah gelisah perasaan yang melanda saat diri diuji dengan perasaan cinta,,

Pesanku..tatkala hati diselubungi rindu yang tidak pasti...tukarkan posisi hati..agar hati itu lebih terarah pada zikrullah..akhirnya kita tenggelam dalam lautan sakinah...ZIkrullah..moga tenang hatimu dengan ZIkrullah..seseungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
                                                     semoga gambar ini sampai mesegnya ya..

Hmm..jangan tiru dalam gambar kat atas ni ya...masih belum syara' lagi(syadid ke??),lelaki dan perempuan..tidak boleh berdua seperti dalam gambar tu..cuma..apa yang saya nak kongsi dari gambar tu..."selagi belum akad,selagi itu ada jarak antara kedua insan ni"bukan setakat jarak...malah jauhilah menyimpan harapan yang palsu pada insan yang belum halal...

Dalam nak mengamalkan syariat memang kena syadid..tidak boleh ambik mudah dan ringan sahaja..

No comments: