Oct 4, 2011

Maaf sebab Saya Cemburu

Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Pada blog ini juga..akhirnya hati saya,meluah rasa"melalui kalam hatiku berbicara"sebab mulut selalunya tak pandai menterjemah rasa hati...

Hari ini Allah menguji saya.."kenapa?"

sebab hari ni..saya hilang duit Rm 50,actually bukan hilang...tetapi kena bayar ganti rugi..sebab saya dah hilangkan anak kunci loker Libry..tapi saya tak sengaja..tiba2 masa nak ambik barang kat loker,anak kunci tak ada,padahal tadi rasanya ade...

"kesiannya dekat awak..?"

takpe..nak buat macamna..dah tak ada rezeki saya...'jangan bersedih apa yang bukan milikmu.'.hati mula berbisik..membuat saya bersaa lebih tenang...

Kalau hilang duit..belum lagi kehilangan yang besar..sebab duit boleh dicari..ada rezeki,takkan kemana...
tetapi yang saya risau jika yang hilang itu adalah Cinta..kalau Cinta hilang macamna nak cari semula...siapa yang boleh bantu saya bagi Cinta saya balik..."bukan cinta manusia..tetapi cinta kepada Allah"

Allah..hambaMu ini risau...jangan kau cabut rasa nikmat menyintaiMu dalam hatiku ini..kerana menyintaiMu adalah nyawaku..menyintaiMu..adalah kekuatan bagiku...dan membuat aku bisa untuk terus mengukir senyuman...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sahabat di Egypt..menghantar meseg...melalui YM...
"ukhti accept gambar ni ye..."saya hanya bertindak acuh tak acuh..menurut sahaja arahan sahabat tadi('Alimah jangan marah ya,sayang 'Alimah kerana Allah :)..(memandangkan hari ni..sedikit kepenatan pulang dari libry)

dalam masa yang sama tangan meluah rasa melalui tulisan...

"ukhti sibuk ye...?"tanya 'alimah ,mungkin sebab saya kurang memberi respon...

" dah tengok gmbar tu..??"kelihatan 'alimah begitu beriya2 mahu saya tengok...
apalah agaknya ..kerana 'Alimah bukannya jenis yag suka pic...

tetapi sebaik gmbar itu jelas kelihatan.
"Subhanallah...!!.'Alimah ni Syeikh Habib Ali Al Jufri.."saya hampir menitiskan air mata..terasa lebih terkesan daripada kehilangan duit Rm50 tadi....

                                                            bukan gambar asal

"dekat mana 'alimah ambik gambar Syeikh ni..?"saya begitu teruja untuk tahu...mana tidaknya..Syeikh Habib adalah antara syeikh Sufi yang mula2 saya kenal ketika semester 1...saya kenal melalui sebuah DVD ceramahnya,kata2nya membuat saya mampu menitiskan air mata..sungguh terkesan dengan setiap kata2 Syeikh Habib...

'Alimah(sahabat saya di Egypt)memberitahu bahawa Syeikh telah menghadiri Muktamar di sana...dan pada hari kedua..dia sempat tengok Syeikh dengan lebih dekat..

Ya Allah saya betul2 cemburu...(sebenarnya rindu nak bersama ulama2)melihat wajah mereka pun sudah terasa tenang...apatah apabila mendengar ucapan mereka dengan lebih dekat...(Alhamdulillah Allah izinkan sahabat saya berjumpa dulu)

'Alimah maaf saya cemburu...,atau mungkin saya tidak layak untuk berjumpa dengan insan2 mulia seperti mereka...

takpela.mungkin itu rezeki sahabat saya..Allah izinkan dia dapat jumpa ulama'2 hebat....


                                 antara gambar Syeikh Habib Ali Al Jifri(kiriman 'Alimah)
                                                     diambil oleh seorang ustaz di sana

Semoga Allah merezekikanku dapat berjumpa dengan wali2NYa...jika tidak..cukuplah..orang2 yang tatkala aku melihatnya..hatiku akan mengingati Allah..itu sudah merupakan satu ni'mat yang tidak terhingga....

Memiliki hati yang mempunyai rasa cinta pada Allah.adalah hadiah dan anugerah yang cukup indah...
lalu hati itu tak pernah sunyi dari terus berbisik2 denganNYa...hati yang jina' dengan al Khaliknya...

Seperti Syair seorang gadis Sufi ~Rabiah Adawiyah

Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai teman perbualan di hati..
Aku ikhlaskan jasadku untuk orang yang mahu duduk bersamaku..
Jasadku adalah sentiasa ramah dan jinak kepada teman perbualan..
Kekasih hatiku adalah yang jinak dan ramah di hati...

No comments: