بسم الله الرحمن الرحيم
Jangan takut untuk berubah…
Kala hatimu telah disinari Nur Ilahi..hidayahNya mula menerangi hatimu..maka tatkala itu..hati nuranimu mula
berbisik2…kau mahukan perubahan…kau mahukan kebaikan…kau tidak ingin lagi terus
menjadi manusia yang khilaf…dan kini kau sedar kau harus berubah..kerana Allah…
Maka pesanku padamu..jangan
takut untuk berubah...ketahuilah..Allah sentiasa bersamamu..saat engkau telah
mulakan langkah pertamamu…bersedialah hati dan jasmanimu..bahawa engkau pasti
diuji…pasti..saat itu Allah akan melihat di manakah hambanya yang benar2
Ikhlas…
Saat hatimu telah disinari Nur
Hidayah…panjatkan rasa syukurmu padaNya…dan bulatkan tekad untuk
berubah….menjadi yang lebih baik…jangan takut!!,usah biarkan fikiranmu diracuni
bisikan2 perasangka..
“jika aku berubah..apa kata
kawan2ku nanti..” ,“kalu aku berubah…bolehke mereka terima aku nanti..” atau apa
sahaja sangkaan2mu itu buang ia jauh2 dari kotak fikiranmu…
Apa yang penting kamu mahu berubah bukan…jadi teruskan
langkahmu…ingat!manusia takkan mampu memberi kemudaratan padamu tanpa izin
Allah…teruskan langkahmu menuju tuhanmu..jika hari ini engkau tangguhkan
langkahmu..adakah engkau dapat menjamin bahawa hidayah itu akan datang
lagi..barangkali ia akan pergi dan takkan kembali..oleh itu hargailah anugerah
hidayah yang Allah campakkan pada hatimu…
Engkau mahu menjadi hambanya
yang terbaik bukan…Alhamdulillah..engkau mampu…berdoalah semoga Allah sentiasa
memimpin setiap langkahmu..sesungguhnya Allahlah sebaik2 pemimpin..ingat
sahabatku…setiap perbuatanmu di dunia ini natijahnya akan kau rasai setelah
maut menjemputmu…
Alangkah beruntungnya jika
hari ini engkau berpenat lelah melangkah, merangkak untuk membawa dirimu dan hatimu untuk lebih dekat
dengan Allah…kerana Allah pasti membalasnya..
Dan Alangkah ruginya..andai di
dunia ini engkau takut untuk berubah…lantaran mengikut sangkaan2 hatimu…dan
akibat takut manusia menjauhimu…kerana
pastinya di kuburmu…mereka takkan dapat membantumu walau sedikit pun…amalan
baikmu natijahnya kembali pada dirimu sendiri…dan satu kerugian yang
besar…kerana engkau lebih mementingkan keredaan manusia berbanding keredaan
Allah…
…………………………
Oleh itu sahabatku…jangan
takut untuk berubah..baik buruk dan jatuh bangunnya dirimu ketahuilah..semuanya
tidak ada share dengan orang lain sedikitmu..jika kau mahu kebaikan itu kembali
pada dirimu…jangan fikir apa kata manusia..tapi fikirlah akan pandangan Allah
terhadapmu…
Sahabatku engkau takkan rugi,..Indahnya
berjuang pada jalan Allah..walau kita di uji dengan manusia,kata2 mereka yang
menyinggung perasaan..tatkala melihat perubahan kita…,abaikan..kembalilah
mengingati Allah..sungguh!engkau akan merasakan Allah terlalu dekat
dengaMu…,tidak mahukan engkau rasakan nikmat itu..nikmat merasakan dekatnya
dengan Allah…
Usah menoleh ke belakang….
Sahabat…saat engkau sudah
mulakan tekad untuk berubah…pasakkan dalam hatimu..bahawa kau takkan menoleh ke
belakang..teruskan pandanganmu ke hadapan…walau sakit..walau perit..teruskan
perjalanan..Allah akan menilai setiap usahamu itu..ianya takkan sia2…
Sahabatku..tidak mahukah
engkau melihat Rasulullah tersenyum tatkala melihat dirimu saat ini…seorang
insan yang berjuang untuk menjadi lebih baik..namun dia tidak gentar dengan
ujian yang sering menimpanya…kerana matlamat ia hanya satu Redha Allah.,..hanya
redha Allah yang dia mahukan..tanpa redha Allah hidup ini tiada ertinya
sahabat..percayalah…!!
Kekalkan momentum
Istiqomah..!!
Bagaimana untuk terus
istiqamah… pastikan “Allah sentiasa di hati” engkau berjalan di muka bumi
ini…jangan sesekali engkau lupa engkau diperhatikan…tak dibiarkan terlepas
walau sesaatpun..
Jangan tinggalkan amalan sunat
yang biasa kau lakukan…rajin2lah berzikir pada Allah..,tatkala hati mula di
uji..kembalilah kepada Allah..dengan menyebut namaNya dengan sebanyak2Nya…pasti
akan mengalir ketenangan direlung2 hatimu…
Solat tahajud adalah senjata
mukmin…usahalah untuk bangun pada sebahagian malam untuk bersujud dan
berzikir…kita lakukan semua itu..pastikan semata2 untuk meraih redha Allah..agar hidup ini
diberkati..agar hati lebih dekat dan dekat dengan Allah…
Mendengar dan
membaca….rajin2lah mendengar dan membaca yang ma’ruf..yang membawa manfaat pada
agamamu…yang makin membuka fikiranmu..yang makin mendekatkan dirimu pada
Allah…
Jangan biarkan hatimu kosong
tanpa sebarang pengisian…kerana ia akan merapuhkan dahan istiqamah…selalulah
mencari kuliah agama yang menghidupkan hati…namun mesti diingati..berhati2lah
usah tersilap langkah…bimbang tersalah cabang pemilihan …begitu juga
dengan buku2 ilmiah yang sudah menjadi fokus dirimu…perincikan siapa
penulisnya..dapatkan nasihat guru2 mursyid tentang buku2 tersebut…
Dekatilah sahabat yang boleh
mendekatkan dirimu pada Allah..sebaik2 sahabat adalah apabila engkau melihat
padanya maka engkau mengingati
Allah…kejarlah sahabat itu..semoga engkau temui hikmah di sebalik
kata2nya..semoga ia menjadi salah satu tongkat yang menguatkan perjalananmu…
Hati yang ada link (hubungan)dengan
Allah…
Sahaja…bukan dengan yang
lain..hanya Allah yang menjadi pusat perhatian hatinya…hati yang tidak
terpengaruh dengan suasana di sekelilingnya..kerana hatinya hanya ada
Allah..maka hati inilah yang akan dipelihara..ditiup semangat kekuatan untuk
terus istiqamah dalam menjalankan syariatnya..walaupun seluruh manusia
membenci..namun semua itu tidak memberi kesan pada hati yang ada link dengan
Allah..kerana hati ini telah merasa aman dan cukup dengan pelindungan Allah…
Kalian jangan mengeluh dalam berjuang…nak mengamalkan syariat islam..jangan malu2..jangan takut2..jangan bimbang…tetapi kalian harus berani..Allah ada..Allah sentiasa bersama hamba2nya yang sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dengan berjalan untuk dekat padanNya…
Kalian mesti berani…sebab
bilamana kalian telah memulakan langkah menuju Allah…untuk menjadi muslim
practice syariat keseluruhannya….kalian mesti bersedia dengan teletah dan ragam2
manusia…pejamkan mata…senyum..dan terus pandang ke hadapan..memang kadang2 kala
pahit..sebab syurga itu manis….syurga itu mahal…syurga itu istimewa…dan untuk
memilikinya perlu dibayar dengan perjuangan2 ini…perlu melalui kepahitan2 ini…
Di akhir zaman rasulullah telah bersabda bahawa untuk mengamalkan Syariat islam..bagaikan mengengam bara api…bayangkan..mengengam bara api..siapa yang sanggup..siapa yang mahu…siapa yang kuat…semuanya datang dari hati yang ada link dengan Allah..hati ini telah diberi kekuatan…menyebabkan mereka sanggup untuk practice islam..walau hakikatnya sering menelan kepahitan akibat ragam manusia..namun…hati mereka pasti akan merasa Nyaman…tenang..apabila berjuang kerana Allah..indahnya sahabat2 apabila kita berjuang kerana Allah…kebahagian yang dirasai tak dapat diungkap dengan kata2…
Orang2 yang sentiasa
mengutamakan Allah..akan merasa cukup dalam hidupnya…akan merasa terurus
perjalanannya…akan diurus hidupnya..kerana Allah sebaik2 pengurus….
No comments:
Post a Comment