Syeik Habib Ali Al jufri-Yaman Hadramaut
.Alhamdulillah pertama kali mengenali Syeikh Habib ketika di semester satu..ketika itu umur ana baru berusia 20 tahun.seorang teman memberi sekeping VCD...ana tertarik dengan tajuk ceramah tersebut..lantas ana memasangya...
itulah kali pertama ana melihat rupa Syeikh Habib Ali Al jufri...berwajah jernih..tenang dalam menyampaikan ceramahnya...setiap2 kata2nya penuh dengan hikmah...ana lihat semua orang2 yang mendengar mengalirkan air mata tatkala itu juga..dia(syeikh habib) tertunduk menahan kesedihan...
hati ana mula tersentuh...maka saat itu...ulama' muda ini ana minat kerana kata2nya mengalir hikmah...
.............................................................................
Semalam sempat berbual2 dengan Ayah Cik & kholah(mak saudara)..berbincang untuk ke Yaman selepas tamat pengajian nanti Ijazah Sarjana Muda bulan Feb 2012..terasa waktu sudah semakin dekat..
seperti biasa ayah cik tak pernah sunyi dari cerita2nya,,suka sangat dia bercerita...tentang ulama' ..tentang sekolah pondok..tentang pengajian2 di pondok..bicaranya santai dan bersahaja..
Ana katakan padanya yang ana sangat mengagumi Syeikh Habib..dan tiba2 dia menghilang...hairan melihat ayah cik yang hilang begitu saja..tiba2 dia datang membawa sekeping gambar...
"ni sape...??"
tanya Ayah Cik tersenyum sambil menunjuk gambar yang ada di tangannya
"eh..ni gambar Syeikh Habib Ali Al jufri...!"
terkejut ana dibuatnya...Ayah cik bagi gambar tu kat ana..katanya sebab ana minat sangat dia bagi hadiah gambar tu...sebagai ispirasi
sekadar perkongsian...tak salah meminati alim ulama', lebih baik daripada antum meminati artis2 yang tak membawa manfaat pada agama .
..............................................
sahabat yang berkunjung ke blog ni..doakan ana ye..semoga diberi rezeki ke yaman..rindu untuk meneguk lautan ilmu dari ulama'2 habib di sana...
~ulama' warasatul anbiya'~
3:33am
30 ramadan
1 comment:
Sememangnya tidak salah menyintai ulama....kerana ulama adalah pewaris nabi..
Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)
Insya'allah pemergian ukhti untuk mencari ilmu adalah sangat baik dan dituntut.
Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".
(HR Tabrani)
Post a Comment