Aug 24, 2013

Selaut Air Mata


mungkin kau tersenyum...tetapi aku menangis...
mungkin kau merasa bahagia...namun aku dalam kesedihan yang mendalam...
hanya Allah yang tahu ,yang tersirat di hati kecilku...

di sisimu ku sembunyikan kesedihanku...
di hadapanmu ...kupendamkan air mata jauh2 dalam hatiku....
di sisimu aku tetap merasa rindu...walau kini kau sedang berbicara denganku..
kau pasti tidak tahu...ya..kau takkan tahu...
kerana bicara hati kecilku...hanya Allah yang tahu...

wahai diri yang lembut jiwanya...maafkan diri ini...
saat ini kurasa ingin berlari dan memeluk erat dirimu sepenuh hati...

Jun 21, 2013

Tolong Sampaikan kepada Bakal Imamku


Tolong Sampaikan kepada Bakal Imamku..
Tolong Beritahu si dia,cinta manusia bakal
 membuatnya Alpa..

Tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih..
dari dia menyintai yang Maha Esa,
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih..
dari dia mengingati yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih..
dari dia mendoakan kedua ibu bapanya.

Tolong katakan pada si dia.dahulukan Allah kerana
di situ ada syurga...

Tolong katakan pada si dia,,dahulukan ibu bapa kerana
di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia.Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,bila nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia..tanggungjawap besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,usaha ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
tolong pesan padanya,aku membiar Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong pada diriku...

Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi mana dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa dia..Moga pesananku ini sampai padanya walau
aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

May 15, 2013

lelaki soleh


Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, "Untung duri ini menumbuhkan mawar." Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, "Rugi sekali mawar ini mempunyai duri."


Lalu apa mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.
Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, "Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah."
Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.
Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.
Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki tholeh di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Aku benci untuk mendengarnya..
Soalan saya itu, saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.
Ibu cantik

Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.
Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata "Kahwini aku", tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.
Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.
Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.

Soalan

"Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal," kata saya cuba memancing rahsia.
Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.
"Tidaklah sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk saya batal," kata ibu muda itu pula.
Belum sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik itu menyambung, "Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup. Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama, suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu."
Ibu cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya. Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.
"Bertuahnya lelaki itu," kata saya, spontan.
"Sebenarnya, sayalah yang bertuah," jawab ibu cantik itu pula.
Waktu itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan tuah lalu saya bertanya, "Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang menjadi bertuah?"
Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, "Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?"
Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.
"Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?"
Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, "Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."
Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.
"Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?" Saya juga mula ikut serius.
"Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.
"Adakah Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.
Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya."
Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.
"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."
Jauh

"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'menjerat' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
Mendengarkan sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik sekiranya mereka menjauh dari saya?
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," sambung ibu muda cantik itu lagi.
"Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?" soal saya dengan hati yang sudah gusar.
"Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."
Saya diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup kuat untuk semua perkara ini? 


May 10, 2013

Bekal Akhirat

Terima kasih kepada ayah cik,kerana telah memberi hadiah yang cukup bermakna 'Bekal Akhirat' ,pulang ke  kampung baru2 ni..aku menjenguk ayah cik di Hopitgal HUSM kubang Kerian..aku melihat ayah cik tenang..memberi senyuman buat anak saudaranya yang datang menjenguk...kelihatan kulitnya kering dan lesu..tetapi bibirnya tak pernah kering dengan zikrullah..ada tasbih yang dipegang kemas di jarinya...

Diala insan yang banyak membantuku mengenal agama..Dialah insan yang banyak memberiku semangat untuk istiqomah..Dia yang sering memberiku keyakinan bilamana diriku mula diracuni oleh Wahabi...Allah menjadikan Ayah Cik sebagai wasilah untukku mendekatiNYa...untuk aku kenal ilmu yang sebenar2nya..untuk aku berpegang kepada aqidah yang soheh...

Beberapa hari sebelum itu...aku mengadu pada ayah cik..bahawa buku zikir ratib ,Hizb dan lain2 hilang...mungkin sebab baru berpindah rumah sewa...hampir 3 bulan aku tak dapat nak beramal dengan amalan yang baru saja diijazahkan oleh Pak Cik Li..aku langsung tidak ingat susunan zikir2 itu...,yang masih ada denganku hanyalah Manzil...aku pula tak berpeluang untuk keluar,kerana kekangan2 tertentu..

Ayah Cik menghulurkan Bungkusan kecil di dalam plastik putih...aku megambilnya dengan teka teki..."apa ni...? tanyaku pada ayah cik..."ambillah..buat bekal...amal selalu,jangan tinggal deh.."beritahu ayah cik...aku masih tidak dapat meneka...

Malam tu dalam bas ketika henda berangkat ke Kuala Lumpur..aku membuka bungkusan kecil tu...'Bekal Akhirat' ya Allah...hatiku tiba2 tersentuh..aku mencium kitab kecil ditanganku itu..Alhamdulillah..semoga ini menjadi Bekal untuk aku menuju akhirat..dan semoga menjadi saham buat ayah cik setiap kali aku beramal dengannya In syaa Allah...


Apr 24, 2013

Char Kuew Tew

Sebut saja Char Kuew Teow,,,Allahu Akbar buat saya menelan liur,terbayang2 Char Kuew Tew dengan udang2 dan lada jeruk di atasnya ya Allah sedapnya...

Tiba2 saya teringat kisah saya dan seorang teman saya ni.kami belajar di universiti yang sama.tapi lain2 fakulti..saya fakulti bahasa,dia pula Quran Sunnah,kami ditakdirkan menjadi teman apabila sama2 menjadi Ajk ibadah untuk kolej.JAKSA.

Perwatakkan kami jauh berbeza,boleh dikatakan dia seorang yang agak kasar..tapi sangat baik..dia suka cakap 'KAU AKU' saya pula biasakan panggil nama,awak atau saya.bunyi macam kelakar bila kami cakap..sorang macamtu..sorang macamni..apa2 pun senang berkawan dengan dia..sebab dia juga seorang yang melucukan.
                                                             gambara hiasan

Suatu hari  di bulan Ramadan .Mira mengajak saya ke Bazar ..
"Eh.. ilham! jom ikut aku gi Bazar.."
saya pun ikut je....teman2 sebilik pun mulala bagi list makanan yang dikirim...

"Mira..jap lagi kita gi dekat char Kuew Tew ye.."
"Oke..^^"

Sampai saja di Bazar..saya mencari apa yang dipesan oleh kawan2 sebilik saya tadi...
dah siap kami pun naik motor nak balikla..tiba2 mira bersuara...

"Eh..macam lupa benda..tadi kau kata nak beli Char Kuew tew kan..."
"ha..tapi xpela..."rasa macam bersalah pula...
"oke jap"

terus dia pusing balik....
cepat2 kami menuju ke tempat char Kuew tew, dan nampaklah seorang pakcik gemuk dan bermisai ni...tempat ni takde orang cepatla sikit siap...

"Ye dik..char Kuew Tew ke..?"tanya pak cik tu..macam ramah ..
mata saya tiba2 tertumpu pada telur2 yang masing di dalam sarang lagi...ada kesan najis ayam..belum cuci..tekak saya dah rasa loya...saya menarik lengan Mira..

"mira..tak jadilah..telur tu tak basuh" bisik saya pada mira.

"Ha dik...nak Char Kuew Tew ke?"
pakcik tu dah ready dengan sodek dan kuali di atas api...kami jadi teragak2...

"aaa..xpela pakcik..."kata Mira..

"xnak pulak..knp?."balas pakcik tu..macam nak marah...
"em..telur tu tak basuh..."spontan Mira bagitau..saya menutup mata....>_<
'Ish!!awat lurus sangat budak Mira ni...' ~_~tau apa yang terjadi...

"lain kali, cakaplah awal2!tak payahla macamtu..nak basuh ..pakcik boleh basuh ..."
Suara pakcik tu...membuat kami terkebil2..terasa leher kami semakin pendek...cepat2 kami mengundur diri...
'lari.....pakcik dah mengamuk...'


Nasib baikla masa tu ada satu lagi tempat jual Char Kuew tew dalam Bazar tu...suami isteri..dalam lingkungan lewat 40an..pakcik dan makcik la ni...suka tengok pakcik dan makcik ni..pakcik tolong gorengkan Char Kuew Tew..makcik pula tolong Bungkuskan..ada kejasama antara mereka...^^cara mereka menyediakan makanan memang nampak bersih dan cermat.Alhmdulillah dapatlah juga hari saya berbuka puasa dengan Char Kuew tew.
                                         
                                                                 contoh Char Kuew tew
                                                                      Lazizzzzzzzzzzzzz

Sekarang Bila saya ingat balik kisah PakCik yang mula2 tu...saya rasa geli hati..senyum sorang2...ditmbah pula dengan watak si mira yang jenis Straight to the point tu 'hai..cik mira..cik mira..'



Apr 17, 2013

kain kecil di wajahku..


Aku memilih untuk berfurdah...

atas desakan suara hatiku....yang selalu berkata "aku mesti berfurdah...aku mesti berfurdah..kalu tidak sekarang...bila lagi??" suara hati yang menggetarkan jiwa sanubariku...

lalu ku minta diri bersabar....beriku ruang untuk mencari hujjah sebagai penguat buat diri..bilamana nanti diriku diserang dengan pelbagai persoalan dan tohmahan apabila sehelai kain kecil menutup wajahku kelak...agar dengan itu...aku tidak cepat goyah..agar saat itu..aku kuat,yakin akan janji Allah...

Ya....!!aku sudah bersedia...
aku persiapkan sehelai kain kecil yang berwarna hitam..lalu malam itu..dengan penuh khusyuknya ku jahit kain kecil itu,dari tangan yang Allah anugerahkan padaku ini...aku jahitnya sendiri walaupun aku tidak punya kepakaran dalam menjahit...

akhirnya tidak sampai 1 jam..sehelai furdah berwarna hitam telah pun siap ku jahit...aku tersenyum puas apabila dapat membuat sendiri furdah untuk ku pakai pada keesokkan harinya...aku melihat diriku di hadapan cermin dengan memakai furdah...Subhanallah..hatiku rasa sebak...benarkan aku akan berfurdah esok hari..Ya Allah panjangkan umurku..agar aku sempat menunaikan hasrat hati..agar aku dapat melaksanakan suruhanMu di dalam surah Al Ahzab ayat 59..aku mahu menutup aurat dengan sempurna...

Ibuku..ayahku..kakak dan adik2ku..semua tidak tahu perihal diriku saat ini...aku merahsiakan...biarlah mereka tahu bilamana aku pulang dengan memakai furdah...terima atau tidak...inilah diriku saat ini..aku tekad..

seperti inilah furdahku saat mula2 aku memakainya....


bertudung labuh hitam lengkap berfurdah...aku melihat pemandangan disekelilingku..tapi padanganku kosong...semuanya kosong bagiku...

aku bukanlah seorang gadis yang cantik ...dan kerana cantik aku berfurdah..tidak..tidak sama sekali...bahkan aku berfurdah...kerana aku mahu diriku dilihat cantik di mata Allah..aku mahu Allah redha denganku..cara pemakaianku...aku menutup diriku dari manusia..dan membuka diriku pada Dia....aku menutup jalan menuju manusia..dan menempuh jalan2 menuju Allah...

Inilah hadiah Allah buatku...

Allah tahu..seorang gadis itu..akan menjadi bahan usikan..dan dirinya pasti akan menjadi tumpuan penglihatan kaum adam..lalu dengan berfurdah diriku terjaga dari semua itu...bahkan saat aku berjalan seorang diri..aku terasa aman dan selamat...tiada siapa yang berania mengganggu...meskipun ada lelaki2 yang kurang thiqoh dan kurang baik ..tetapi jika seorang gadis melintasi...diri mereka tertunduk segan....paling2 tidak ucapan paling baik yang keluar "Assalamualaikum...." salam itu ku jawab di dalam hati..." salam sejahtera ke atasmu..

setelah lama aku berfurdah seperti..lalu suatu hari...aku mula berjinak2 memakai furdah seperti ini....

nampak sempurna..tertutup dahi...yang kelihatan hanya mata...dan aku hanya kerapa memakai furdah2 seperti ini..bilamana aku ke pondok....atau ke tempat2 tertentu...

sejujurnya aku sekali istiqomah memakai furdah seperti ini..tapi aku masih belum mampu memakainya di tempat aku berada sekarang...

aku hanya seorang guru...niqabis tunggal di sekolah ini...dan aku berharap agar kelak, Allah menghadirkan pemimpin buatku..dia yang sentiasa meniup kekuatan untukku terus kuat mempertahankan pemakaian sahabiah ini..

                    Dia yang menerima diriku...adalah dia yang menerima bagaimana akan diriku...

Apr 4, 2013

Air mata untukmu


Allah telah mentakdirkan aku membaca sebuah surat hari ini...tersentap jiwaku..hatiku bagai rentap2...air mataku mengalir deras...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman and

Apr 1, 2013

Malumu sungguh bernilai





Sifat malu adalah sifat yang sangat terpuji..bahkan Rasulullah mengatakan bahawa malu itu sebahagian daripada iman..seseorang yang memiliki sifat malu,imannya akan lebih terpelihara,dirinya akan terjaga...kerana malu itu menjadi benteng yang kuat untuk melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang islam dan melakukan sesuatu yang menyalahi adat dan syarak...

Kerna itu maka di dalam sebuah hadis bukhari Muslim Nabi Muhammad SAW,bersabda ,maksudnya

 "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.


Jika dikatakan tentang Malu,maka pasti semua akan membayangkan si wanita..Ya kerana sikap ini sangat sinonim dengan wanita...

masih ingatkah akan kisah anak gadis nabi syuaib yang sangat pemalu itu.telah terakam di dalam al -Quran

mafhumnya:

“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata : Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk member balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami”. Ketika Musa mendatangi ayahnya (syu’aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, “Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim”.Surah al-Qasas: ayat 25

Subhanallah!...bernilainya sikap pemalu yang ada pada diri seseorang itu...aku cuba untuk mencontohi sikap itu...aku mahu...aku mahu menjadi wanita seperti itu...malunya sebagai benteng diri...malunya,harga yang tidak ternilai.


Lalu bagaimana pula dengan insan yang bergelar Adam ini...adakah di dalam diri mereka tidak perlukan sifat ini...lelaki dikatakan memiliki sikap yang lebih terbuka..oleh kerana sikap yang terbuka ini menjadikan mereka kurang ada sikap malu....betulkah..??dan patutkah jika begitu....??

tidak wahai kaum Adam..ketahuilah..seperti kalian melihat bernilainya wanita yang memiliki sifat malu ini...seperti itu jugala wanita solehah yang merasakan ,apabila kalian itu seorang yang pemalu...

kerana malu...kalian menundukkan pandangan dari meliar kepada kaum hawa...malu yang bertunjangkan iman...

dan kerana sikap malu itu juga..kalian menjaga ikhtilat dengan kaum hawa...bicara kalian cukup terbatas...hanya jika penting...maka kalian akan tegas berbicara dengan kaum hawa...namun mata itu tidak melihat tepat ke arah hawa...'Ghaddul bashar' Subhanallah...peribadi kalian akan berjaya menambat hati kaum hawa.

ya..sikap yang ada pada Rasulullah ini jugalah yang berjaya menambat hati Siti Khadijah...


Telah menceritakan kepadaku ‘Ubaidullah bin Mu’adz; Telah menceritakan kepada kami Bapakku; Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qatadah dia mendengar ‘Abdullah bin Abu ‘Utbah bercerita dari Abu Sa’id Al Khudri; Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Dan telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Muhammad bin Al Mutsanna serta Ahmad bin SinanZuhair berkata; Telah menceritakan kepada kami ‘Abdur Rahman bin Mahdi dari Syu’bah dari Qatadah Radhiyallahu’anhu dia berkata:
Aku mendengar ‘Abdullah bin Abi ‘Utbah berkata; Aku mendengar Abu Sa’id Al Khudri  Radhiyallahu’anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang sangat pemalu, lebih malu dari gadis pingitan. Apabila beliau tidak menyenangi sesuatu, maka kami dapat mengetahuinya di wajah beliau
(Shahih Muslim 2320-67)

Subhanallah..hatiku terpaut..pada sikap Rasulullah..

Jarang ku temui lelaki yang benar2 pemalu sifatnya...rata2 tanpa segan silu menawar cinta tanpa perantara... rasa hormat dan yakinku hilang serta merta...hatiku bertanya..masihkah ada insan penyantun yang menjejaki langkah2 dan sifat Rasulullah itu...pemuda yang pemalu dan budiman....
Yang melamar mawar berduri dengan penuh santun.dan dengan penuh kerendahan hati budinya...menyampaikan hasrat murni melalui perantara...



Kerana malumu sungguh bernilai wahai Hawa dan Adam

Mar 25, 2013

Bila Enti nak Kawin?



Soalan ini sedikit sebanyak menjentik naluri...memang Asrar sengaja menyibukkan diri dengan pekerjaan...menceburkan diri dalam bidang perguruan sememangnya cukup kena dengan jiwanya..jiwa yang terkadang sunyi itu..terhibur tatkala melihat telatah pelajar2nya...pernah hatinya hampir berderai...bilamana sebuah harapan yang diimpikan...tidak kesampaian...barangkali muslimin itu bukan jodoh yang tepat buat Asrar..meskipun Asrar merasakan dia cukup sempurna..baik dari segi peribadinya yang cukup menjaga ikhtilat..dan juga dari segi ilmu dan sakhsiahnya...

"Asrar..awak nak tahu tak..saya ada tengok seorang muslimin ni...fuh...memang respek..saya cuba la pandang dia...tapi dia tak tengok saya pun..nampak macam pemalu muslimin tu...hehe...tapi takkanla dia nak orang macam saya kan?"

Syiqin beriya2 bercerita..Asrar hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Syiqin roomatenya tu...hatinya tersenyum...tanpa sengaja dia dapat tahu yang mukhlis tu rupanya seorang yang pemalu..seorang yang menjaga pandangan mata...bagi syiqin benda tu biasa..tapi dia pun  kadang2 suka tengok orang baik2 macam Mukhlis tu...

"Ha...nak tau tak,dulu masa kat rumah sewa,ada satu rumah ni..pelajar lelaki semuanya...heheh...tau tak, bagus la muslimin ni...pernah satu hari saya bangun awal...belum subuh saya dah dengar bunyi motor,wah...sejuknya hati tengok dia pakai jubah dan kopiah putih..."

Hati Asrar merasakan benar jika itu pilihannya..,jiwanya terasa sebak,rasa bersyukur jika benarlah apa yang dikhabarkan oleh syiqin..memang pilihannya tidak salah lagi.tanpa sengaja syiqin telah bercerita tentang orang yang bakal menjadi tunang Asrar...

_____________________________

Lewat malam seusai solat sunat,Asrar menadah tangan..memohon moga Allah permudahkan urusan..meskipun dia dan Mukhlis langsung tidak pernah berhubung..namun terasa hatinya kuat di uji..kadang2 air mata jatuh....bukan kerana apa..tetapi kerana beratnya untuk dia mujahadah menjaga sekeping hati....

"Akak..semalam Asrar mimpi...Asrar nampak dia berjalan di atas permaidani berwarna hijau..."
cerita Asrar pada k.huda...

"Mungkin itu jawapan Istikharah Asrar...."
jelas k.huda...

"akak tau..Mukhlis ni..kaki majlis ilmu...,Asrar dapat tahu tanpa sengaja.."
mata Asrar berkaca saat memberitahu k.huda...di hatinya ada harapan..kelak Mukhlis itu dapat menjadi imamnya...dapat membimbingnya....

tangan Asrar digengam kuat oleh k.huda...mereka akhirnya berpelukan....titisan jernih mulai membasahi pipi Asrar...

"I.Allah dik..jika itu yang terbaik untuk Asrar"

______________________________


Seperti mana aku menjaga diriku..dari lelaki...
Seperti itu juga yang kuharapkan dirimu...
Sepertimana aku sedaya upaya ku menolak cinta lelaki...
Seperti itu juga yang ku harapkan darimu...

Akan ku jaga diri ini dari lelaki...
kerana aku ingin engkau insan pertama yang akan memiliki cintaku...kelak bila engkau sudah bergelar suamiku....

_____________________________

setelah selesai solat Asar dan membaca Manzil..Asrar beralih ke meja...ditekan button On...ada Emel....

From:Ukhti Afiqah...

Assalamualaikum Ukhti Asrar...
apa khabar hati dan iman hari ini...?ana harap dalam keadaan yang baik...hati yang hidup dengan iman...
Ukhti...ana tahu ukhti pasti dapat meneka akan tujuan kehadiran emel ana ini...
terlebih dahulu..ana mahu ukhti menarik nafas dengan Zikrullah...
semoga hati ukhti lebih tenang dengan apa yang akan ana bagitau...

Mengenai Mukhlis...
Ana mendapat khabar dari pihak sana..bahawa Mukhlis menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk mengikat tali pertunangan...

ana sendiri kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan kurang bersedia yang Mukhlis maksudkan tetapi ana merasakan keputusan itu mungkin atas natijah istikharah Mukhlis..
mungkin dia merasakn belum cukup siap...

Ana harap ukhti dapat menerima dengan hati yang lapang...

cinta itu adalah milik Allah...
manusia tidak mampu untuk memilikinya tanpa izin Allah...

sabar yer ukhti..
semoga Allah menguatkan hati ukhti Asrar...


Terasa harapannya hancur...berderai..laju saja air matanya mengalir tatkala membaca kalimah2 yang ditulis oleh Ukhti Afiqah....

--------------------------

beberapa bulan kemudian...

"Asrar,,ana nak tanya,,, enti ni single lagi ke...?"

soal Maisarah ..guru yang mengajar di sekolah yang sama...

"erm..tak tahula nak cakap...kenapa?"

"ni..ada Ustaz ni bagitau, seorang ustaz  berkenan sangat dekat enti,dan katanya nak masuk merisik...erm..macmana....??"

tanya Maisarah...dahinya sedikit berkerut..mengira2 jawapan yang akan Asar katakan..

"boleh ana tahu siapa ustaz tu...?"

"erm..Ustaz faris...yang berkacamata dan selalu pakai jaket hitam tu....?"
jelas maisarah....

Asrar hanya mendiamkan diri..bukan kerana mahu berfikir,,tetapi hatinya masih belum terbuka dan belum bersedia untuk menerima mana2 lamaran...tambahan lagi..hatinya susah untuk meyakini seseorang....baik  dari segi kehidupan beragama ustaz itu..prinsipnya..barangkali fikrahnya jauh berbeza..mungkin hal ini yang menimbulkan kerisauan Asrar..lalu dia membuat keputusan untuk menolak...setelah seminggu ,Asrar memberitahu akan yang dirinya belum bersedia..dan hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapa ...

"Asrar..akak nak tanya ni...enti dah ada sape2 ke..."
 tiba2 k.fauziah melontarkan soalan itu pada Asrar...

Asrar hanya menggeleng2kan kepala...

"Asrar..kalu ada yang datang melamar...cepat2la....banyak fitnahnya orang perempuan yang tak kawin lagi ni..."
K.fauziah menasihatkan....

"saya takut kak...saya takut nak terima orang yang saya tak yakin agamanya...."

"Asrar..kadang2 kita akan di uji dengan sesuatu yang kita tak suka...barangkali itulah yang terbaik  untuk kita..Allah maha tahu..yang mana yang terbaik untuk kita..jangan takut adikku...serahkan semuanya pada Allah...peraturanNya maha hebat..."

Asrar...hanya mengagguk2kan kepala....

persoalan yang sering ditanya bila enti akan berkahwin..sememangnya tiada jawapan untuk itu....seperti mana soalan bila enti akan mati..sakitkan..bila ditanya sebegitu..??ya seperti itu jugala sakitnya jika persoalan di atas ditanya...sama sakitnya...



Feb 26, 2013

hijabku



Jika kerana hijab ini aku disisihkan...aku redha..jika kerana hijab ini aku dipandang pelik aku tidak kisah..

Hijab sepertiku..tidak sesuaikan aku berada dalam majlis formal?adakah aku perlu ubah...tidak...tidak sama sekali..hijab ini adalah anugerah yang sangat berharga buat diriku....aku menghargai hadiah yang Allah berikan untukku.akan ku jaga..

Jika kau membenci hijabku...bermakna kau telah menyakitiku...kerana membenci hijabku...seperti membenci diriku...inilah diriku..kemana saja kakiku menjejak,,,aku tetap aku...tidak ada beza...dan takkan ku ubah...moga Allah menguatkan istiqomah di hatiku...hingga aku tetap teguh walau apa pun yang terjadi...laksana kelembutan si lalang...yang ditiup angin...namun akarnya tetap teguh...

Feb 3, 2013

detik itu

Detik demi detik....aku melihat dunia dengan pandangan kosong....bukan bermakna aku sudah berputus asa untuk hidup....tapi hati gentar..saat memikirkan detik2 diri ini akan kembali padaNya....hati tertanya2,,,layakkah aku meraih husnul khotimah di saat nafas terakhir.....lantas hati menangis...tanpa suara..lalu memercik manik2 jernih membasahi pipi...."ya Allah....ku mohon....dengan hati yang benar2 berharap....matikanku dalam husnul khotimah....."

Adakalanya berselindung disebalik suara ceria dan tawa...hakikatnya saat itu hanya Allah yang maha tahu....tapi...adakala rasa di jiwa tersingkap....

Mereka pasti hairan...tatkala keceriaanku terkadang bertukar sepi...membisu..kenapa suara ceria itu tidak lagi kedengaran setiap kali berbicara,yang terjadi suara lemah..tidak bernada...sudah matikah jiwa....

Duhai teman..bagaimana diri ini mampu bergembira..tatkala tiba2 hati mula mengingati mati...tatkala mula menyedari bahawa setiap insan itu sentiasa dijenguk oleh malaikat maut 70 kali setiap hari..tidak sedarkah wahai diri....bahawa yang hampir itu adalah kematian....

andai kau tahu bila dirimu akan diambil......pasti kau mahu terus bersujud..dan bibir akan sentiasa basah dengan zikrullah....

cukup Allah saja bagiku...

Jan 1, 2013

Selamat Tinggal



Dengan berat hati...aku memberitahu ustaz yang aku tak dapat lagi meneruskan khidmat aku di sini...satu tindakkan yang cukup berat..namun haru ku lakukan..bukan kerana suka2..tapi dengan hati yang sedih...banyak kebimbangan yang bermain kepalaku...bilamana kakiku harus melangkah pergi meninggalkan sekolah ini..

Sebagai seorang ustazah..aku juga menyandang tugas sebagai seorang warden untuk Asrama puteri..sememangnya seawal diinterview..aku memang berhajat mahu menjadi warden asrama..inilah sasaran tarbiahku...aku berdoa...memohon kekuatan jika aku diterima..semoga aku diberi kekuatan agar bisa mendidik mereka dengan baik...

Aku tidak mahu melihat seorang hafizah yang dibibirnya laju meniti ayat2 Al-Quran..namun,di hati mereka tidak memahami dan tidak tersentuh akan ayat2 yang dibacakan...

Aku mahu mereka menjadi Al-Quran yang bergerak..dan berperibadi dan berakhlak dengan acuan Al-Quran ...Indahkan..?berjalan seorang hafizah di atas muka bumi..bukan sahaja difikirannya terakam kemas ayat2 Al-Quran..malah turut menyerap ke urat nadi...tapi bisakah hal ini terjadi pada mereka..lebih2 lagi Hafiz-dan Hafizah di sini...tumbuh disekitar yang cukup mencabar..kiri dan kanan..maksiat menunggu untuk menerkam mereka...aku bimbang..jika mereka hanyut...apa akan jadi dengan Al-Quran di dada mereka...?

Maka...Saat aku menjejak kaki ke asrama...otakku mula mengatur strategi...aku mula menanam azam...agar aku bisa meninggalkan kesan tarbiah pada diri mereka..dari malam hari yang kosong tiada pengisian..maka dengan sahabat2 kami merancang wujudkan halaqah ilmu..sebagai pengisian ruhani...ya jiwa mereka butuhkan pengisian..dari hati ke hati aku berbicara..aku mahu menyentuh jiwa remaja mereka...dengan keindahan hidup seorang muslim yang bergelar hafizah...

Cukup jika satu ayat menyentuh jiwa mereka..aku puas jika melihat ada air mata yang mengalir dipipi mereka...Ya jiwa mereka lembut...jiwa mereka sebenarnya perlukan tarbiah ruhani..bukan hanya sekadar Al-Quran...mereka perlu di ajar bagaimana untuk mengerti dan memahami Al-Quran.....

Kelihatan Asrama semakin hidup..Alhamdulillah semuanya atas hidayah dan taufiq Allah..Alhamdulillah....

Namun....tiba saatnya..kakiku harus melangkah..tapi cukup kuatkan mereka saat aku meninggalkan....

"Wahai pelajar2 kesayanganku...ingatlah pesanan yang ustazah tinggalkan buat kalian...jangan pernah kalian melupakan...dan janga pernah kalian melepaskan.gengam ia kuat2 dalam hatimu,engkau hebat kerana engkau penghafaz al-quran dan beramal dengannya.."

Sebaik memutuskan aku harus mengundur diri..atas sebab2 tertentu....air mata mengalir deras,aku memaksa bibir untuk tersenyum di hadapan wajah2 yang kesedihan ,namun saat berpaling dari mereka..ternyata air mata ini laju menitis....cukup hanya Allah yang mengerti disebalik keputusanku..pada teman2 cukuplah sekadar itu yang kalian tahu...sekadar yang tersurat...yang tersirat..hanya Allah yang maha tahu...

Ya Allah ku mohon..hadirkanlah seorang yang kuat imannya berbanding diriku...yang menjadi penerus tarbiah kepada mereka..aku bimbang melihat generasi Al-Quran hari ini..berapa ramai yang menghafaz Al-quran namun hanyalah sekadar meniti dibibir,bukan untuk dihayati..bukan untuk difahami..dan jauh sekali untuk diamalkan...kelihatan...budaya barat,budaya korea yang mempengaruhi....Penghafaz Al-Quran seharusnya tidak boleh terpengaruh....aku mengerti jiwa remaja mereka perlukan hiburan..namun cukuplah hiburan islam menjadi pilihan...cukuplah bacaan2 islamik menjadi bacaan dikala santai..bukan novel2..bukan komik2...bukan bacaan2 yang menggelapkan hati....

____________________

Pada mereka ku tinggalkan sehelai warkah...luahan dari lubuk hati ustaazah untuk pelajar2 yang disayangi...berserta sebuah nasyid "lilin seorang Guru"