Lelaki
ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu
seperti mawar, dan kata mereka, "Untung duri ini menumbuhkan mawar."
Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, "Rugi sekali mawar
ini mempunyai duri."
Lalu apa
mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen,
tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu
serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi
memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.
Namun
lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya,
"Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok
sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan
kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja,
kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah."
Lalu
diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak
ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya
ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu
datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana
hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.
Sekiranya
tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan
yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki
juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima
reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga
yang perempuan itu mahu.
Jadi,
mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi
punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya
ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya,
lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki tholeh di luar sana,
tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Aku benci untuk mendengarnya..
Soalan
saya itu, saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya
mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.
Ibu cantik
Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.
Memanglah
saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata "Kahwini aku",
tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu.
Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu
tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi
menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.
Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.
Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.
Seperkara
yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun
seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya
semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.
Soalan
"Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal," kata saya cuba memancing rahsia.
Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.
"Tidaklah
sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk
saya batal," kata ibu muda itu pula.
Belum
sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik
itu menyambung, "Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi
menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup.
Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama,
suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu."
Ibu
cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa
terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya.
Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya
terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.
"Bertuahnya
lelaki itu," kata saya, spontan.
"Sebenarnya,
sayalah yang bertuah," jawab ibu cantik itu pula.
Waktu
itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya
bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan
tuah lalu saya bertanya, "Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang
menjadi bertuah?"
Ibu
cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, "Dia lelaki baik. Untuk
perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki
baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu
bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah
memperoleh dunia dan seisinya?"
Berdebar-debar
dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali?
Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.
"Bagaimana
mahu mencari lelaki baik seperti itu?"
Ketika
itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata,
"Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."
Saya
diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.
"Saya
tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?"
Saya juga mula ikut serius.
"Lelaki
yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu,
juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin
bingung.
"Adakah
Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya
hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.
Ibu
cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi
itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya."
Saya
mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan
kata-kata ibu itu.
"Untuk
lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas
alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu,
dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang
benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu
dan inilah yang saya mahu ceritakan."
Jauh
Jauh
"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'menjerat' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
Mendengarkan
sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu
sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik
sekiranya mereka menjauh dari saya?
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," sambung ibu muda cantik itu lagi.
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," sambung ibu muda cantik itu lagi.
"Jadi,
maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi
memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?"
soal saya dengan hati yang sudah gusar.
"Siapa
kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada
larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh
itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang
termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu
sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin
bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan
jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja,
perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan
mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada
ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah
bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang
beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat
dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya,
kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi
ditangguh sehingga ke akhirat."
Saya
diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup
kuat untuk semua perkara ini?
No comments:
Post a Comment