Maaf kali ini entry lebih tertuju kepada golongan
adam/muslimin...kenapa tajuk saya kelihatan sedikit "Emo"
sebenarnya dah lama..pendam perasaan ni..tapi kadang2...perasaan
tu hilang..dan kadang2 muncul balik...
Muncul bila saya berdepan dengan situasi yang mana membuatkan saya
harus mencegahnya..sedang dalam masa yang sama..saya lihat kebanyakkan muslimin hanya tengok jer...
Nahi mungkar! Andai
bagaimana?
عن أبي سعيد الخدري - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله صلى
الله عليه وسلم: من رأى منكم
منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه،
فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان أخرجه مسلم.
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah
dia mengubah dengan tangannya,jika tidak mampu maka dengan lidahnya,jika tidak
mampu maka dengan hatinya,dan demikian adalah selemah2 iman. (riwayat muslim)
Izinkan saya bertanya pada kalian..berapa ramai dikalangan kita
yang berani dan mampu Nahi mungkar,,barangkali kita hanya mampu untuk ‘amar
ma’ruf sedangkan dalam sama yang sama kita mengunci mulut saat melihat
kemungkaran atau sesuatu yang tidak syarak berlaku di depan mata kita..
Saya mahu bertanya lagi siapa yang berani…?!,siapa yang hanya sekadar
mampu membenci di dalam hati..,sebagaiman yang kita maklum membenci di dalam hati saat melihat kemungkaran itu adalah
selemah2 iman..tetapi sampai bila kita mahu berada dalam tahap itu,,tidakkan
hati kita sensitive tatkala melihat kemungkaran di hadapan kita…
Suatu hari saya ni di uji dengan seorang hamba
Allah…,yang mana ketika memandang wanita ini, membuat jantung saya berdegup
laju,,,melihat pada pakaiannya yang sangat jarang,,begitu juga dengan
tudungnya,,dan saya jadi bertambah malu apabila mendapati beberapa orang muslimin melihat wanita
tadi…
Lalu dengan hati yang bergetar saya merapati, dan menyentuh bahu wanita itu dengan lembut,saya memandang tepat padanya “erm…Sis..maaf, kalau akak nak bagitau
ni..pakaian yang awak pakai ni..terlalu jarang…kalau boleh esok jangan
pakai macam ni ya…sebab jarang sangat2…,malu kalau muslimin tengok"
Saya cuba berbicara dalam nada selembut mungkin..kata2
itu diluahkan dari hati yang dalam…oleh kerana waktu tu ada
kelas, saya terpaksa meninggalkan wanita tadi…
Namun entah kenapa tiba2…saat kaki melangkah beredar dari
situ..tiba2..air mata menitis perlahan…”Ya Allah saya tak mampu” terlalu
kesiankan wanita tadi..andai di sisi saya ada Blezzer atau apa2 kain ingin saja saya pakaikan pada wanita tadi” terlalu mengaibkan…saya tertunduk malu…
Saya memandang muslimin 2 yang hanya jadi pemerhati di situ..bisukah
mereka..??tak terdetikkah di hati mereka untuk menegur muslimah tadi…,menegur
dalam konteks ini, diharuskan,,bukankah ia ‘amar ma’ruf nahi mungkar…??,tetapi
kenapa saya tengok ramai lelaki2 jadi PASIF.
Kecewa…!saya betul2 kecewa dengan sikap lelaki yang lebih suka
mengunci mulutnya..pasif..dimana sensitivity kalian!!,di mana jiwa kepimpinan
kalian!!,di mana!?,kalu begini sikap sebahagian kaum lelaki,,apa akan jadi jika
mereka bergelar suami dan ketua keluarga kelak??
Uh…sungguh saya tak sanggup andai harus memiliki suami
sebegitu…,bayangkan jika anak gadis yang keluar rumah dengan memakai
pakaian yang ala kadar muslimah,,,si Ayah hanya mendiamkan diri aja..yang penat
si ibu yang dikatakan kuat berleter…
Wahai
syabab…tika dulu kalian digelarkan penyelamat…,tika dulu kalian sebagai
pelindung…tapi hari ini apa yang terjadi…kalian semakin membisu…kalian melihat
benda yang salah berlaku depan mata..tapi hati kalian tidak menggerakkan kalian
untuk mencegah….
Saya
risau..tersangat risau andai sikap begini menjadi budaya….,tapi saya tak
nafikan barangkali ada golongan syabab yang berani nahi mungkar.
Pernah saya diceritakan oleh seorang teman..Alhamdulillah, Allah
kurniakan keberanian dalam hatinya…,masa tu..dia sedang menegur pasangan kapel
ni..pasangan tu di kerusi bersebelahan…tak syarak langsung..apa yang terjadi..si
lelaki tadi naik berang, hampir2 tangannya menyinggahi pipi sahabat saya…gara2
sahabat saya menegur bahawa perbuatan mereka macamtu dalam bus…
Saya terkejut “Ya Allah…awak,, takde ke lelaki2 yang duduk kat
situ..tengok peristiwa tu…”
“ada,tapi mereka hanya tengok jer….”,jelas kawan saya tadi…
“ah…memang lelaki
pengecut!!tau tengok jer…penakut!!”
Hati saya menjerit2
geram…apa nak jadi dengan lelaki ni…Ya Allah…
Bila berbincang dengan sahabat2 tentang perangai kebanyakan lelaki yang
tak suka ambik endah..dan tak sensitive ni..membuat kami jadi
takut..kalu2 dapat suami macamtu …Allah jauhkalanh kami dari lelaki2 yang
dayus…
Paling sedih bila yang mendiamkan diri ni juga..dari kalangan
mereka yang tinggi agama, saya mahu bertanya..apa yang membuatkan lelaki lebih suka
mendiamkan diri…,saya pernah membayangkan betapa teruknya andai sikap demikian
ada pada kebanyakkan lelaki..bayangkan jika suatu hari nanti andai seorang wanita di
nodai di hadapan mereka..tak mustahil ramai yang hanya jadi pemerhati…
Di mana pembela2 agama..di manakah hero2 kebanggaan muslimah,di
mana…Fikir2kanlah….rasanya cukup setakat ini..saya meluah rasa..sebagai mewakili sahabat2 saya juga...,
2 comments:
Membenci dalam hati adalah selemah2 iman adalah yang terbaik dari bertikam lidah dan bergaduh.... bukan tidak mahu dan tiada upaya tetapi berdoalah dalam hati agar mereka berubah menjadi soleh/solehah. seperti mana hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa
untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama".
Bukan semua pengcut atau penakut...tetapi mengambil jalan selemah2 iman...seperti sy jua...bukan suka untuk melihat perkara sedemikian tetapi takut2 tindakkan susulan yang diluar kawalan yang akhirnya menyebabkan kes "POLIS" apakah itu jalan penyelesaian?? Maka berdoalah untuk mereka agar mereka berubah, itulah yang terbaik....kerana doa orang2 yang ikhlas DIA terima. Perancangan manusia hanya seketika tetapi perancangan ALLAH untuk selama2nya...
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (Hadith Qudsi):
"Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainya".
(Al-Hadith)
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)
Dari Saad r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Allah SWT memberi pertolongan kepada umat ini (bukan berdasarkan kepada keupayaan bahkan) Allah SWT memberinya pertolongan kerana do’a-do’a, sembahyang-sembahyang dan keikhlasan orang-orang yang lemah".
(HR Nasa’i)
~Mengharap redhaMu,
anda mewakili muslimin,sekurang2nya memberi teguran,tidak kira bagaimana caranya,,pasti dengan hikmah dan bijaksana itu sangat memberi kesan,,
"Berdasarkan pengalaman prnh sorg kwn crita yg dia prnh kne tegur o muslimin krn memakai seluar y agk ketat...dia ckp mmg menusuk ke hati sbb malu sgt kne tegur dgn laki n dh serik x nk pakai cm 2 dh..bila dtnye sebelum kne tegur dgn kwn laki,kwn pmpuan prnh tegur x,dia kta pnah tp dia x rse pape n x peduli pn dgn teguran 2...bg sy sesetgh pmpuan pkai cm 2 kononnye nk nmpk cntik u lelaki...tp ble kne tegur dgn lelaki insyaAllah dia akn sedar y cra dia u cntik 2 slh dr segi syarak n pd pndgan lelaki..."
Quote:Sahabat Usim
Post a Comment