Dec 12, 2011

Ini pilihanku


 Kepada Bakal Suami

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar. 

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu. 

Kepada Bakal Suami, 
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya. 

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu. 



Gambar Ihsan Rusydee artz

Hidup ni bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka

Kepada Bakal Suami/Isteri
 Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri 


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

 Single but NOT available:

Ya ALLAH! maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.. 


Edited: kasturi


No comments: