Ku bisikkan Cinta..
mungkin cintakan
membawaku tinggi ke awanan dan bintang2
Saat pertama kali aku
hadir ke majlis seperti ini
Aku merasa tenang
seperti ikan di dalam air,
benarlah kata Nabi
Bahawa inilah
taman-taman syurga
Sejak saat itu,
malam2ku dipenuhi mimpi-mimpi indah
Rabbi… aku gelisah,
apakah amalanku Engkau terima… hingga aku merasa bahagia
Ataukah Engkau tolak
hingga aku merasa sedih…
Demi Maha kekuasaanMu
inilah yang akan kulalukan selama Engkau
Beri daku hidup..
Sekiranya jika Engkau
usir aku dari pintuMu
Aku takkan pergi
kerana cinta padaMu telah memenuhi hatiku..
Ya Allah…
Dengarkanlah bisikkan
hatiku ini
Pada dua persimpangan
jalan laluan hidupku ini
Aku hanya ada dua
pilihan
Hidup untuk terus
menyintaiMu dan RasulMu
atau mati
Seribu kerinduan telah
membakar diriku
Seribu penyesalan
telah melanda diriku
tanpaMu siapa aku
kadang ku menangis
kerana ku sedar betapa
jauhnya aku denganMu
Wahai Rabbi betapa
diriku ini terlalu hina disisiMu
Dengan berbuat Noda
dan dosa.
Aku sentiasa bimbang dengan
nasib-nasib di hari kemudian
Ya Allah pimpinlah aku
melalui jalan kekasihMu
Moga cahaya
kebahagiaan akan sentiasa menerangi jalan hidupku
Di dunia dan di
akhirat..
Amin ya Rabbal
‘Alamin…
No comments:
Post a Comment