sambungan
Adakalanya sampai 2-3 jam .bukan itu sahaja ,saya juga sentiasa bercakap2 dengan janin dalam perutnya.Perkara yang mula2 saya ceritakan padanya ialah mengenai tauhid.Saya bermula dengan kita pertama saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.Tapi mana ada ayah yang tak berharapan.
Saya bercerita kepadanya mengenai,zat,sifat ,asma,afal.Cerita itu kembalil mengingatkan saya.Ada yang menghantar emel dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil.Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungna rapat dengan kita.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu hanifah ."Tuan ,bagaimana tuan medidik Hanafi,sehingga begini istimewa jadinya.Jawab bapa Imam abu Hanifah"aku mendidik hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".Kalau didenganr pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan.Bagaiman mungkin manusia yang belum dilahirkan di didik.Namun apa yang ingin saya sampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh ,manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari dalam kandungan lagi.Saya beri anda satu logik akal,acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.Begitu juga dengan anak dan isteri kita.Mereka adalah cerminan kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar di dalam perut isteri saya.Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimanba Allah memelihara Imam Abu Hanifah.Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.Saya bacakan kisah para rasul,para nabi,wali songo,tujuh wali kepadanya ...
No comments:
Post a Comment