Oct 23, 2012

Konvo


NO. MATRIK:1080908
NAMA GRADUAN:?
IJAZAH:IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN
PROGRAM:SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI:FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
NAMA KONVOKESYEN:MAJLIS KONVOKESYEN KESEPULUH
TARIKH RAPTAI KONVOKESYEN:22/11/2012 (KHAMIS )
MASA RAPTAI KONVOKESYEN:9.00 PAGI
TARIKH KONVOKESYEN:24/11/2012 (SABTU )
SIDANG KONVOKESYEN:PETANG
MASA KONVOKESYEN:1.30 PETANG
TEMPAT KONVOKESYEN:STADIUM TERTUTUP NILA


Hari semakin hampir..tapi semangat nak konvo tak terasa...macam2 yang bermain di fikiran..macamna keadaan saya nanti...boleh pakai niqab atau tidak...


Rasa diri tidak layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut...ilmu tak sampai setitik pun ..

Saya cuba membayangkan suasana majlis tersebut..dalam keadaan tidak berniqab..naik ke pentas di saksikan semua yang berada di dalam dewan..."ah...tak sanggup.." apa akan jadi pada hati saya nanti..mungkin penyakit akan mudah menyerang jiwa yang lemah ni...

BANGGA!!

uh..bahaya untuk jiwa....

Keperluan atau keinginan

"keperluan atau atau keinginan..?" cik ain mengajukan pertanyaan...

"erm..keinginan....keinginan...keluarga..." balas saya perlahan...suara dalam tekak jer...

ha..satu pertanyaan yang cukup padat...terima kasih cik Ain...saya temui jawapan disebalik persoalan simple tu..

Terima Kasih juga pada sahabat saya Cik Amni...kerana dah banyak bagi sokongan padu..menjadi sayap kiri saya...


Kan best kalau boleh macamni..tapi agak mustahil...


Oct 9, 2012

Mafi Qalbi Ghairullah

Ya Allah susahnya untuk menjaga sekeping hati...puas aku bermujahadah untuk menjaga kesuciaanya..ku tahu hati tempat jatuhnya pandangan Allah..kerana itu aku berusaha semampu mungkin untuk mejaganya

Setiap kali hati terpecik mazmumah aku mengeji diri sendiri..jahatnya aku..lemahnya iman..kenapa hatiku tidak seperti dulu..

Kadang aku kuat..kadang aku lemah..aku membenci diri sendiri..hidup terhimpit dengan mazmumah yang semakin melekat di hati...Ya Allah beriku jalan..beriku penawar untuk membersih hatiku ini...

ku mahu...' Mafi Qalbi Ghairullah...' bantulah aku ya Allah...

Teman..aku mahu sendiri..aku mahu muhasabah nafsi...aku mahu menyendiri bersama Pemilik Hatiku..aku mahu hatiku berbicara...kalian takkan mengerti..dan mungkin takkan pernah mengerti perihal diriku..Hanya Allah yang tahu..aku tidak menyalahkan diri kalian andai membenci diriku yang semakin menjauhi diri...kerana saat ini aku perlukan ruang...mencari kembali hatiku...

"Mafi Qalbi Ghairullah...Mafi Qalbi Ghairullah..."

perkenankan Ya Allah...jadikanlah harapanku hanya padaMu..bukan pada yang lain...jadikanlah pergantunganku hanya padaMu..bukan pada yang lain...

"Ilahi..Anta maqsudi..wa ridhaKa Mathlubi....."

Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini..dekatkan aku dengan cintaMu....

Ya Rabbi seandainya Engkau melihatku semakin menjauh dari-Mu, maka Engkau kembalilah aku kepada-Mu dengan pengembalian yang indah.."

Ya Rabbi Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta padaMu dan RasulMu..melebihi kecintaanku kepada yang lain...

 impian dan harapan seorang hamba....


Alfaqirah Ilallah....

Oct 2, 2012

Menjenguk ke kandang Kambing

Kali ni..cik Ain kata dia nak bawa saya menjenguk ke kadang kambing..saya teruja nak pergi..Jom ikut saya ke kandang kambing..,

ketika menghampiri kandang kambing..bau2 kambing semerbak menusuk ke lubang hidung (jangan pelik kalau tengok kami pakai macamni...,hatta masuk kandang kambing pun..imej tetap sama..sebenarnya ini je pakaian yang ada...lupa nak bawa tsher muslimah..^^jadi pakai jela jubah..no problem kan.!                                

tu dia  sahabat saya cik Ain...tuan punya kandang kambing..(bakal pewaris I,Allah) sedang melangkah menuju ke kandang...


sedang bagi kambing2 ni makan..
                                                                   the best moment !

sebenarnya takut juga dengan kambing2 ni.....

inila sumber bekalan tiap2 minggu...susu kambing..Alhamdulillah..terima kasih pada cik Ain yang selalu membekalkan susu kambing..
kalau anda nak tahu..susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu..dan ia adalah minuman kesukaan baginda Shallallahu 'alaihi wasallam...