Soalan ini sedikit sebanyak menjentik naluri...memang Asrar sengaja menyibukkan diri dengan pekerjaan...menceburkan diri dalam bidang perguruan sememangnya cukup kena dengan jiwanya..jiwa yang terkadang sunyi itu..terhibur tatkala melihat telatah pelajar2nya...pernah hatinya hampir berderai...bilamana sebuah harapan yang diimpikan...tidak kesampaian...barangkali muslimin itu bukan jodoh yang tepat buat Asrar..meskipun Asrar merasakan dia cukup sempurna..baik dari segi peribadinya yang cukup menjaga ikhtilat..dan juga dari segi ilmu dan sakhsiahnya...
"Asrar..awak nak tahu tak..saya ada tengok seorang muslimin ni...fuh...memang respek..saya cuba la pandang dia...tapi dia tak tengok saya pun..nampak macam pemalu muslimin tu...hehe...tapi takkanla dia nak orang macam saya kan?"
Syiqin beriya2 bercerita..Asrar hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Syiqin roomatenya tu...hatinya tersenyum...tanpa sengaja dia dapat tahu yang mukhlis tu rupanya seorang yang pemalu..seorang yang menjaga pandangan mata...bagi syiqin benda tu biasa..tapi dia pun kadang2 suka tengok orang baik2 macam Mukhlis tu...
"Ha...nak tau tak,dulu masa kat rumah sewa,ada satu rumah ni..pelajar lelaki semuanya...heheh...tau tak, bagus la muslimin ni...pernah satu hari saya bangun awal...belum subuh saya dah dengar bunyi motor,wah...sejuknya hati tengok dia pakai jubah dan kopiah putih..."
Hati Asrar merasakan benar jika itu pilihannya..,jiwanya terasa sebak,rasa bersyukur jika benarlah apa yang dikhabarkan oleh syiqin..memang pilihannya tidak salah lagi.tanpa sengaja syiqin telah bercerita tentang orang yang bakal menjadi tunang Asrar...
_____________________________
Lewat malam seusai solat sunat,Asrar menadah tangan..memohon moga Allah permudahkan urusan..meskipun dia dan Mukhlis langsung tidak pernah berhubung..namun terasa hatinya kuat di uji..kadang2 air mata jatuh....bukan kerana apa..tetapi kerana beratnya untuk dia mujahadah menjaga sekeping hati....
"Akak..semalam Asrar mimpi...Asrar nampak dia berjalan di atas permaidani berwarna hijau..."
cerita Asrar pada k.huda...
"Mungkin itu jawapan Istikharah Asrar...."
jelas k.huda...
"akak tau..Mukhlis ni..kaki majlis ilmu...,Asrar dapat tahu tanpa sengaja.."
mata Asrar berkaca saat memberitahu k.huda...di hatinya ada harapan..kelak Mukhlis itu dapat menjadi imamnya...dapat membimbingnya....
tangan Asrar digengam kuat oleh k.huda...mereka akhirnya berpelukan....titisan jernih mulai membasahi pipi Asrar...
"I.Allah dik..jika itu yang terbaik untuk Asrar"
______________________________
Seperti mana aku menjaga diriku..dari lelaki...
Seperti itu juga yang kuharapkan dirimu...
Sepertimana aku sedaya upaya ku menolak cinta lelaki...
Seperti itu juga yang ku harapkan darimu...
Akan ku jaga diri ini dari lelaki...
kerana aku ingin engkau insan pertama yang akan memiliki cintaku...kelak bila engkau sudah bergelar suamiku....
_____________________________
setelah selesai solat Asar dan membaca Manzil..Asrar beralih ke meja...ditekan button On...ada Emel....
From:Ukhti Afiqah...
Assalamualaikum Ukhti Asrar...
apa khabar hati dan iman hari ini...?ana harap dalam keadaan yang baik...hati yang hidup dengan iman...
Ukhti...ana tahu ukhti pasti dapat meneka akan tujuan kehadiran emel ana ini...
terlebih dahulu..ana mahu ukhti menarik nafas dengan Zikrullah...
semoga hati ukhti lebih tenang dengan apa yang akan ana bagitau...
Mengenai Mukhlis...
Ana mendapat khabar dari pihak sana..bahawa Mukhlis menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk mengikat tali pertunangan...
ana sendiri kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan kurang bersedia yang Mukhlis maksudkan tetapi ana merasakan keputusan itu mungkin atas natijah istikharah Mukhlis..
mungkin dia merasakn belum cukup siap...
mungkin dia merasakn belum cukup siap...
Ana harap ukhti dapat menerima dengan hati yang lapang...
cinta itu adalah milik Allah...
manusia tidak mampu untuk memilikinya tanpa izin Allah...
sabar yer ukhti..
semoga Allah menguatkan hati ukhti Asrar...
Terasa harapannya hancur...berderai..laju saja air matanya mengalir tatkala membaca kalimah2 yang ditulis oleh Ukhti Afiqah....
--------------------------
beberapa bulan kemudian...
"Asrar,,ana nak tanya,,, enti ni single lagi ke...?"
soal Maisarah ..guru yang mengajar di sekolah yang sama...
"erm..tak tahula nak cakap...kenapa?"
"ni..ada Ustaz ni bagitau, seorang ustaz berkenan sangat dekat enti,dan katanya nak masuk merisik...erm..macmana....??"
tanya Maisarah...dahinya sedikit berkerut..mengira2 jawapan yang akan Asar katakan..
"boleh ana tahu siapa ustaz tu...?"
"erm..Ustaz faris...yang berkacamata dan selalu pakai jaket hitam tu....?"
jelas maisarah....
Asrar hanya mendiamkan diri..bukan kerana mahu berfikir,,tetapi hatinya masih belum terbuka dan belum bersedia untuk menerima mana2 lamaran...tambahan lagi..hatinya susah untuk meyakini seseorang....baik dari segi kehidupan beragama ustaz itu..prinsipnya..barangkali fikrahnya jauh berbeza..mungkin hal ini yang menimbulkan kerisauan Asrar..lalu dia membuat keputusan untuk menolak...setelah seminggu ,Asrar memberitahu akan yang dirinya belum bersedia..dan hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapa ...
"Asrar..akak nak tanya ni...enti dah ada sape2 ke..."
tiba2 k.fauziah melontarkan soalan itu pada Asrar...
Asrar hanya menggeleng2kan kepala...
"Asrar..kalu ada yang datang melamar...cepat2la....banyak fitnahnya orang perempuan yang tak kawin lagi ni..."
K.fauziah menasihatkan....
"saya takut kak...saya takut nak terima orang yang saya tak yakin agamanya...."
"Asrar..kadang2 kita akan di uji dengan sesuatu yang kita tak suka...barangkali itulah yang terbaik untuk kita..Allah maha tahu..yang mana yang terbaik untuk kita..jangan takut adikku...serahkan semuanya pada Allah...peraturanNya maha hebat..."
Asrar...hanya mengagguk2kan kepala....
persoalan yang sering ditanya bila enti akan berkahwin..sememangnya tiada jawapan untuk itu....seperti mana soalan bila enti akan mati..sakitkan..bila ditanya sebegitu..??ya seperti itu jugala sakitnya jika persoalan di atas ditanya...sama sakitnya...
"Asrar..akak nak tanya ni...enti dah ada sape2 ke..."
tiba2 k.fauziah melontarkan soalan itu pada Asrar...
Asrar hanya menggeleng2kan kepala...
"Asrar..kalu ada yang datang melamar...cepat2la....banyak fitnahnya orang perempuan yang tak kawin lagi ni..."
K.fauziah menasihatkan....
"saya takut kak...saya takut nak terima orang yang saya tak yakin agamanya...."
"Asrar..kadang2 kita akan di uji dengan sesuatu yang kita tak suka...barangkali itulah yang terbaik untuk kita..Allah maha tahu..yang mana yang terbaik untuk kita..jangan takut adikku...serahkan semuanya pada Allah...peraturanNya maha hebat..."
Asrar...hanya mengagguk2kan kepala....
persoalan yang sering ditanya bila enti akan berkahwin..sememangnya tiada jawapan untuk itu....seperti mana soalan bila enti akan mati..sakitkan..bila ditanya sebegitu..??ya seperti itu jugala sakitnya jika persoalan di atas ditanya...sama sakitnya...