Bismillahirrahmanirrahim..
Anak2 semangnya penghibur,,,
meskipun yang selalu berada di depan mataku itu...bukan anak2ku..tetapi mereka adalah anak2 didikku..mereka penghibur hatiku...meskipun kadang2 sikap mereka membuat aku geram..tetapi saat muka ku mula kemerahan menahan geram...bijak saja mereka membuat aku tersenyum....terus aku tidak dapat bertahan dengan kemarahan...senyuman kembali mengukir...
"saya suka tengok Ustazah marah.."usik seorang pelajarku...pandai pula mahu mengambik hatiku...inilah gelagat2 pelajarku..
Aku memerhatikan mereka menghafal Al-quran, seorang demi seorang aku panggil untuk mendengar hafalan mereka...,aku kagum mendengar ayat2 quran yang laju meniti dibibir mereka..
"kalau malas2 hafal...Ustazah masukkan kamu dalam kelas Ustz Mahyudin" ugutku bila melihat mereka kurang fokus dengan hafalan..dalam hati aku menahan gelak...di depan mereka aku berpura2 serius...kelihatan semuanya bersungguh2 menghafal..takut betul pelajar2ku dengan Ustz tu.siapa yang tak kenal dengan ustaz yang garang tu..
kata seorang pelajar ustaz tu menyeramkan...
Pelajarku menangis...
Hari ni..pelajarku menangis gara2 tidak lancar hafalannya...
"Firdaus..kenapa tak lancar...kamu banyak main2 ni firdaus..ini bukan setakat Jim(jayyid/baik), Dho'(dhoif/lemah) ustazah bagi kat sini"
aku menandakan di kertas hafalannya...selalunya pelajar yang lancar akan ditandakan huruf mim dan zai(mumtaz/cemerlang).
Jarang sekali aku berwajah serius sebegitu..dan baru saja aku ketawa dengan gurauan2 pelajar2ku tadi...tiba2 terpaksa ku pura2 berwajah serius...tapi aku mula kesian..bila tengok pelajarku menangis..mungkin dia terkesan dengan apa yang aku katakan..aku tak boleh sebenarnya melihat pelajarku menangis..terasa aku begitu kejam terhadap mereka.."pelajar2ku semoga apa yang ustazah lakukan itu..mampu mendidik hatimu"
Pelajar yang memahami...
Sebenarnya pelajar2 ni..hatinya tulus sekali..mudah memahami..lebih2 lagi anak2 kecil ni..hari ni..aku hanya mengajar kelas ibtadai'e (pelajar sekolah rendah)dari darjah 1-3 aku mengajar dalam sabjek akhlak..biasalah anak2 nakalnya kadang2 susah nak dikawal..tapi kenakalan dan teletahnya juga membuat aku tersenyum sendiri. Tidak pandai berpura2, itulah anak2 kecil...aku senang bersama mereka..tetapi pening pun ada juga...untuk kelas yang terakhir..tahun 3..aku menyandarkan diriku dikerusi..."hari ni ustazah pening kepala.."aku luahkan pada pelajar sambil meminta mereka tidak melakukan bising, mujur mereka mendengar kataku..hari ini aku hanya melakukan aktiviti kuis untuk lebih santai..
"oke sesiapa yang mahu menjawap kuis...angkat tangan saja tau..tanpa bunyi suara pun ..."
arahan aku itu dituruti..lucu pula aku melihat mereka yang berebut2 nak menjawap kuis..masing2 mengangkat tangan dengan laju dan hampir serentak semuanya...aku ketawa kecil...pelajarku sememangnya penghibur hatiku...
Alhamdulillah..aku bersyukur kerana bisa merasai kembali suasana seperti ini.,kalau dulu mengajar pelajar tadika,happynya jadi cikgu budak2 ni. Suasana yang dipenuhi anak2 kecil...kanak2 yang riang...yang masih bersih dari dosa...aku senang memandang wajah anak didikku..tambahan pula wajah mereka berseri2..kerana mengahafal Quran..
Ustazah sayang kalian semua..
Pelajar yang nak membodek
"ustazah umur ustazah berapa...??"
tanya pelajar kecilku...
"ha?umur...? ustazah dah tua dah..."
kataku sambil tersenyum...
"berapa?"
"30..."
"ha...??ustazah nampak mudala...hehe.."
uh..pandai nye nak membodek ustazah,,,nak dapat mumtaz(cemerlang) barangkali...aku ketawa dalam hati...
"urm..30-6.."perlahan saja hurup enam tu ku sebut..
"erm..tak payah nak bodek2 ustazah...tak lancar hafalan kamu tetap dapat dho'(dhoif/lemah)..ataupun masuk saja kelas ustaz Mahyudin.."
aku menahan gelak...senyum saja yang kelihatan...
masing2 mula laju membaca al-quran....takut..
Aku harap pelajar2ku bukan hanya sekadar menghafal 30 juzuk al-quran..tetapi juga menjadi hafiz yang beriman dan bertaqwa...dan menjadikan al-quran dan al-sunnah sebagai panduan hidup..
mode: terhibur dengan dunia kanak2...