Malam tu..aku membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja hansetku di bilik..memandangkan, aku hanya ke pejabat sekejap sahaja..lebih kurang 1jam setengah…
“k.Asrar tak bawa hanset ke..”soal dila..mungkin dia pelik ,seperti selalunya aku suka
berkepit dengan hanset aku
sebab insan2 tercinta(nenek,mak,sahabat) pasti call waktu malam..sebab waktu je aku betul free.
Sampai di pejabat..aku membuka laptop yang berada dimeja..mengemaskini apa yang patut…sebenarnya malam ni rasa agak moody sedikit , sepanjang hari ini, dan sejak semalam badanku terasa sangat lemah…
Tapi aku kuatkan juga…Sebab kerja…
“kak Asrar…”dila memanggilku kelihtanya tergesa2…aku menyahutnya..sambil tanganku laju menaip sesuatu …
“ade apa?”
“ade panggilan….”nih…dila memberi telefonnya pada ku….aku terus menyambutnya tanpa berlengah..
“Assalamu’alaikum…”aku memulakan bicara…terdengar dari jauh..suara kakak sedikit panic…
“Asrar nenek sakit tenat….”beritahunya dengan nada yang sedikit kekalutan….
Aku terkejut..hilang kata…
Hinggalah akhirnya..aku melepaskan tangisan…
‘nenek…!’terbayang wajah insan itu di wajahku….,terkejut…padahal baru beberapa hari lepas..nenek bagitau yang dia teringin nak makan pudding telur…dia minta aku pulang ke kampung, namun aku memberitahu…aku akan pulang bila cuti panjang nanti…
Air mata tak henti2 mengalir…ini adalah berita yang tak tejangka oleh akal…berita yang paling takut untuk ku hadapai sejak dulu lagi…
Aku benar2 menyayanginya….
‘Ya Allah jangalah engkau ambil nyawanya lagi…,beriku kesempatan untuk bertemunya…’aku berdoa dalam hatiku….
Perjalanan malam ini ..terasa lambat sekali..kereta yang dipandu oleh Abang Zai(suami sepupuku) semakin laju..namun entah kenapa aku terasa ianya masih perlahan …andai ku diberi anugerah kesaktian ..ingin kuterbang saat pertama aku menerima panggilan..semua itu mustahil…
Semua yang berada di dalam kereta itu..membisu..tiada siapa yang mahu bicara…aku merenung jauh diluar tingkap kereta…pandanganku merentasi segalanya...
wajah nenek terbayang2 diruang mataku …senyumanya..bagaikan menyambut diriku untuk pulang menanti aku pulang…
‘nenek…asrar pulang…tunggu asrar…asrar rindu nenek…’bisik hati kecilku…entah berapa banyak air mata ini gugur…
‘Ah..!biarkan..aku sudah tidak hiraukan itu semua…’
Lagu2 yang bermain dicorong radio seolah memahami situasi…menambah melodi kesedihan…
Satu panggilan telefon diterima tepat pukul 10malam…membuat kami saling berpandangan …
Kak lin yang berada didepan terus mengangkat dan menjawab telefonnya…
“Hello…”satu kalimah keluah darinya..kemudian diam…
Keadaan itu membuat aku dan kakak tertanya2…
“Allah…nenek dah takde…”beritahunya dengan suara tersekat…air matanya mulai gugur
‘terdiam…kosong fikiranku…,
‘nenek..nenek…’seruku dalam esakkan…
Pukul 6 pagi ,kami sampai…
Kelihatan ramai yang sedang berada diluar rumah..
Ayah su…Atuk dan yang lain2 semuanya kelihatan sugul..mata masing2 kelihatan merah dan bengkak
dari jauh ku lihat atuk menangis dibahu ayah su…belum pernah aku melihat atuk menangis begitu…dan kali pertama juga ayah su mengalirkan air mata…
Mereka lelaki..tak tertahan kesedihan…akhirnya terzahir juga tangisan..
Inikan pula aku..seorang wanita…
hatiku bertambah pilu…melihat lelaki2 yang kusayangi itu menangis….
Ku melangkah perlahan memasuki rumah..alunan bacaan ayat suci Al qur’an semakin kedengaran di sebuah bilik dihujung ruang tamu…
Tiba2..aku dipeluk..dengan tangisan dan esakkan…badanku sudah lemah…kubiarkan diriku dipeluk semahunyan tanpa mampu ku ucapakan sepatah kata pun…hanya air mata yang mengalir laju…
“mungkin dah sampai masanya…Allah lebih sayangkan dia…,mungkin dia tahu yang dia tak lama asrar..sebab itu dia teringin nak asrar balik haritu….”jelas mak cik dalam nada sebak…
‘Ya Allah bersalahnya aku…mungkin nenek terlalu rindu…kenapa aku tak memahami…kenapa aku terlalu bodoh untuk memahami hati nenek waktu tu..aku sudah terlambat …’
sesalanku tidak berguna..
Perlahan2 aku mengesat air mata…mataku terasa berat…muka sudah semakin sembab..
“Asrar pergilah jenguk nenek….”pinta makcik..sambil menggosok2 bahuku..
Aku menganggukkan kepala..
‘berat rasanya kaki ini untuk melangkah masuk….’
Lama aku merenungi sekujur tubuh yang kini diselimuti kain putih…
“Asrar..kesat air matamu sayang…nenek pasti sedih jika tengok Asrar macamni…”
pujuk ibu yang berada dibelakangkanku…
Ku singkapi kain diwajah nenek…
‘Ya Allah…tak tertahan rasanya …,wajah inilah dulu sentiasa mengukir senyuman menyambut kepulanganku dengan penuh kasih sayang..,tapi kini kaku dihadapanku…’
Ku kucupi dahi nenek ..
‘sejuknya dahi nenek…menyentuh ke hatiku’
sejuknya terasa ,,mengalir ke relung hatiku..kemudian ku kucupi pula kedua belah pipinya,lama…aku menahan air mata dari menitis diwajahnya
masihku ingat saat terakhir, sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur…aku bersalaman dengan nenek..kukucupi tangan …kukucupi kedua pipinya…
Hari ini…kenangan itu kembali menjengah ruang hatiku…itulah kali terakhir aku mengucupinya
wajah nenek ketika itu..kelihatan sedih…saat aku mahu meninggalkannya…matanya merenung jauh…entah kemana….
“nenek..Asrar selalu mimpi gigi Asrar patah..kenapa ye nek..”soalku ketika sedang membantu nenek didapur…
“ade orang nak mati la tu..”jawab nenek tenang…sambil tersenyum..
“yeke nek..erm..Asrar selalu jer mimpi macam tu nek..tapi takde pun..”beritahuku...aku terlau naïf menilai rahsia sebuah kehidupan..
“Asrar…” Ibu menyapaku….rupa2nya sudah lama aku berada ditikar sejadah…
“Ibu…”sahutku perlahan…nada suaraku masih lemah…
“dah makan ke..dari pagi tadi..Ibu tak Nampak Asrar menyentuh apa2 makanan pun…”ibu kelihatan risau melihat situasiku…
Ibu mungkin faham..kerana aku dibesarkan oleh nenek sejak kecil …kehilangannya sangat memberi kesan padaku…
Perlahan2 kulipat telekung itu..telekung itu milik nenek..kupakai…aku ingin mengambilnya…ku harap dengan menggunakan telekung itu dapat memberi pahala pada nenek….
“ASrar..jika suatu hari nanti..Allah jemput nenek…bolehkah Asrar bacakan Al-Quran dan doakan nenek…itu jer yang nenek harapkan bila nenek dah takde…” kata2 itu masih terngiang2 ditelinganku…
‘ya.. hari ni Asrar dah tunaikan…Hari ni..Asrar dan cucu nenek yang lain yang memandikan nenek…kami tak biarkan orang lain menyentuh nenek…’Bisik hatiku…qur’an kecil ku letakkan dimeja
“Ya Allah…ingin ku minta…saat aku terlalu merinduinya..temukan aku dengannya..walau hanya dalam mimpi..biar terubat rinduku….”
Semoga Allah mencucuri Rahmat Keatasmu wahai Nendaku…aku mencintaimu setulus hatiku
Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia