Mar 2, 2012

Celoteh hari ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya terpaksa ikut kawan2 keluar pergi pasar berhampiran masjid hasanah ni,pejabat tempat praktikal kami sememangnya berada dalam masjid berkenaan.

Terpaksa!, memandangkan ada seorang ustaz di dalam pejabat,jadi tidak syarak pula jika duduk dalam pejabat tu.jadi mahu tidak mahu saya follow juga teman2 saya tadi,..

Sampai saja di kawasan gerai,saya jadi tak keruan pulak..
”nape ni?”
Tanya teman saya…
”malu…ramainya orang laki…”

“eh..pakai niqab  pun malu lagi ke…”katanya hairan..
“malu la awak…saya rasa nak masuk dalam kotak jer…”

Rasanya mata ni  tak sanggup nak pandang depan.. asyik pandang batu dan tanah jer…kesian betul…
"Awak pakai niqab pun malu lagi ke"

saya tak tahu ayat2 ni berapa kali dah menyinggah telinga saya..,mungkin  kelakuan saya yang kurang selesa bila berada di kalangan muslimin..dan saya yakin ramai yang rasa macamtu bila harus berada dikalangan 'muslimin'
Dan sepatutnya itulah yang patut ada pada setiap gadis..,dan saya nak fokuskan kepada gadis2 yang berniqab ni..jangan rasa kita dah berniqab..kita tak patut rasa malu..malu itu sepatutnya lebih lagi..jadi mata tu janganlah terlalu liar memandang situ dan sini…sangat tidak thiqoh jika melakukan sedemikian..dan hal ini,sudah pasti menyebabkan hati kotor…
Maka hilanglah fungsi pemakaian niqab..sepatutnya dengan memakai niqab kita dapat menjaga hati..dan sememangnya begitulah..

Seorang muslimin ada meluah, beritahu teman saya…mase tu saya dan teman saya, sedang bincang2 tentang fenomena Niqabis yang semakin berani menonjol di FB khususnya
                       
“pakai jer niqab.tapi mata liar..”

Saya tanya kenapa muslimin tu cakap macamtu...katanya, sebab ramai muslimat yang pakai niqab tapi matanya tidak dijaga..tengah2 jalan..masih sempat memandang ke sana sini...

Perasaan saya "MALU ,memandangkan saya juga di antara mereka ..jadi  pastinya saya akan sakit..malu..bilamana ada yang mengatakan itu dan ini tentang gadis yang berniqab..tempiasnya turut saya rasa...
Jadi bagaimana pula niqabis yang suka upload gambar mereka dalam Fb,social network sambil menfokuskan 2 biji mata yang bulat tu…tidakkah itu mendatangkan fitnah…,jadi apa tujuan menutup tu..??renung2kanlah…

Adakah pakai niqab tu sengaja nak tunjuk mata…??

Jumaat 2March
1:30PM


Wanita Selamat bila tutup aurat


Menutup Aurat Itu Fitrah

Wanita itu sememangnya melambangkan keindahan… hatta jika menutup aurat sekalipun..dia tetap menjadi perhatian..Cuma sahaja perhatian pada wanita yang menutup dengan wanita yang mendedahkan aurat itu berbeza...
Jika wanita yang mendedahkan aurat pandangan lelaki padanya adalah pandangan dari nafsu..dan hal inilah yang menimbulkan fitnah yang besar kepada lelaki…dan mengundang bahaya kepada si wanita, manakala jika wanita itu menutup aurat dengan sempurna tetap sahaja ada yang memandang..Cuma sahaja pandangan itu mungkin sahaja lebih terhormat..
Orang lelaki akan jadi hormat pada wanita yang menutup aurat ni..nak kacau2 pun jadi segan…paling2 nakal pun diorang setakat bagi salam jer,,situasi yang biasa dilalui…memang agak kelakar kadang2,tetapi kadang2 jadi geram dan menyampah juga.. ‘pakai macamni nak kacau lagi ke..!!’ jerit hati kecil.
“Assalamualaikum Ustazah…”kedengaran suara memberi salam…saya tidak dapat memastikan siapa gerangan yang memberi salam tersebut…dan saya pula tidak memberi apa2 respon…kerana itu adalah tindakkan yang paling selamat…
>>>>>>>>>>>>
Wanita menutup aurat disegani…
Wanita menutup aurat memang disegani,bukankah ini berita yang baik untuk wanita?, “ya..berita yang sangat2 baik,kerana kita tidak akan digangggu sebagaimana wanita yang suka mendedahkan aurat mereka” Masih saya ingat sewaktu terpaksa berasak2 di dalam train…agak rimas..mujur sahaja saya membawa sweater yang agak tebal untuk melindungi…saya agak terkejut ada beberapa orang lelaki di hadapan saya…tetapi mereka2 ni sedaya upaya memberi ruang supaya saya lebih selesa "eh tepi sikit," kata seorang pemuda pada temannya," saya rasa lebih selesa.sememagnya ruang saya terasa lebih luas ,geli hati juga dibuatnya…tetapi saya tetap rasa bersyukur, Alhamdulillah sememangnya pakaian yang Allah syariatkan untuk muslimat ini memang menjaga diri saya sebagai seorang muslimah…sepanjang perjalanan saya ketika di luar,,saya berasa aman dari gangguan.."Alhamdulillah untungnya wanita yang tutup aurat"…
Kata ayah su (ayah saudara)
 “orang lelaki ni kalau nampak orang perempuan tutup aurat sempurna, jadi tunduk la sikit pandangannya tu..”
Saya tersenyum… dalam hati ‘Alhamdulillah..’
“ni tak, pakai terdedah sana..terdedah sini…mana orang laki tak geram..yang kuat iman takpela, yang biasa2 ni, boleh jadi macam2 …”
‘err..malunye…~_~’ saya tertunduk..dalam masa yang sama…saya lihat beberapa orang gadis berpakaian sedemikian…

Wanita tutup aurat tu mahal
Ya ,sangat suka dengan statement ni..wanita yang menutup aurat tu mahal…lebih bernilai ,kenapa?,sebab dia telah menjaga diri dan maruahnya…sesuatu yang mahal takkan mudah2 ditonjolkan pada orang ramai kan…macam permatala,yang mahal akan diletak dalam simpanan yang khusus dan selamat…tak boleh sape2 sentuh dengan mudah..fahamkan apa yang saya maksudkan.Ha,kalau yang dijual di tepi2 jalan tu, siapa saja  boleh tengok dan pegang…
Buat wanita2 di luar sana…peliharalah aurat kalian…”memakai tudung itu tidak wajib..yang wajib adalah menutup aurat” statement ustaz Azhar Idrus,fikir2kanlah…

Feb 23, 2012

Carilah hatimu Dalam Solat




Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.



Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.  Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.  Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).

VIRUS DOSA

Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati.  Ada virusnya yang tersendiri.  Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak.  Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat.  Kejahatan itu bukan satu kebetulan.  Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap

Rasa Bersalah Dengan Dosa

Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).

————————
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI

Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.  Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak.  Simpang siur dan turun naiknya begitu unik.  Kekadang ia sihat dan baik  bagaikan fitrah asalnya.  Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit?  Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak.  Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa  kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain.  Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit.  Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
JALAN MUJAHADAH

Hati yang sakit wajib dirawat.  Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat.  Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa.  “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya.  Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.  Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah.  Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: 

“Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)

Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati.  Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini.  Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
———————————————
Antara untuk kita mendapatkan mencari kembali hati kita adalah dengan solat.  Berkata seorang 

ulama bernama al-Hakim:

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.

Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa. 
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!
sumber: Majalah Solusi Isu 4; antara majalah yang penuh dengan perkongsian ilmu.

Feb 9, 2012

Melangkah ke Dunia baru

Bismillahirrahmanirahim..

Melangkah lagi ke dunia baru alam pekerjaan(praktikal).Alhamdulillah ditempatkan dalam suasana yang dekat dengan ahli ibadah, dekat dengan masjid, ya.. inilah yang saya impikan..inilah yang saya inginkan, memiliki suasana pekerjaan yang tenang, perkara penting untuk memilih tempat pekerjaan adalah menilai bi'ah di tempat pekerjaan tersebut, khusus untuk wanita muslim,haruslah menitik beratkan bagaimana situasi dan keadaan tempat pekerjaan yang dipilih, dari segi undang2nya,dari segi sistemnya,dan gerak kerjanya dan pengurusannya, dan paling penting siapa pengurusnya.

Penting untuk kita tahu siapa pengurus organisasi syarikat yang kita pilih, kenapa saya katakan demikian, kerana jika pengurus berkenaan seorang yang faham agama,maka senanglah untuk kita menjaga diri kita.

Pada saya sendiri, faktor utama yang saya ambil kira dalam pemilihan tempat kerja adalah, bolehkah saya membawa cara saya di sana, maksudnya jika  yang berniqab atau bertudung labuh adakah ia diterima atau tidak, dan keduanya bia'ah, ianya amat penting agar selama kita bekerja di sana kita akan berasa tenang, faktor gaji itu faktor ke3, paling penting jiwa berasa tenang dengan kerja yang dipilih.

Bersama Ustaz Hasmadi Hamdan

Tekun mendengar taklimat dari Ustaz Hasmadi, yang menerangkan tentang teknik pembelajaran bahasa arab yang berkesan pada pelajar sekolah menengah.


Bersama Ustaz Faris Amudi


 Taklimat  ringkas dari ustaz Faris Abdullah Amudi dalam membentangkan dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan segera berkaitan dengan kerjasama arabic2u.



Jan 30, 2012

Rindu suasana Pondok

BIsmillahirrahmanirrahim...

Pondok Falahiyah

Rindunya dengan suasana pondok...tak pernah sunyi dengan ilmu dan pengisian rohani...
kata orang tak kenal maka tak cinta..begitu juga dengan saya...tapi bila dah pergi tempat tu baru tau...jiwa terasa hidup..hari2 yang di lalui terasa bahagia....

Pondok Falahiyah, meninggalkan kesan yang mendalam pada saya...,dari situ saya jumpa apa yang hati saya mahukan selama ini..Alhamdulillah akhirnya Allah mempertemukan dengan Pondok ni..

Untuk muslimat yang nak duduk kat sana..peraturan yang dikenakan memang sangat2 syadid..tapi saya suka..sebab saya takkan dapat semua ini dekat universiti...kalian bayangkan saat saya sampai di pondok berkenaan saya diberi sehelai Abaya

pertama kali tengok pakaian ni..memang pelik...ia hanya perlu sarung jer..terus tutup sampai tak kelihatan semua..walau sebiji anak mata pun...masa nak pakai..memang agak kekok..nasib baik..ade muslimat yang membantu...

Maka bermulalah episod hidup saya  di pondok@ pesantren..

Talaqqi kitab

Saya membuka kitab 'hidayatun sobyan' nipis je kitab ni..masa Pak saudara memberi kitab2 pada saya...dalam hati saya berbisik.."nipis juga kitab ni.mesti kejap je habis ni.."budak jahil yang baru nak belajar macamtu la...,tapi bila dah masuk class..syarah tentang ~Bismillahirrahmanirrahim~ dan 1jam setengah itu pun tak habis lagi..."baru tahu.."Subhanallah...!!

Amalan sebelum  tidur

Pelajar-pelajar pondok memang banyak mengamalkan zikir2 dan wirid tertentu...untuk kekuatan rohani...,
pada malam tu..sebelum tidur..semua muslimat mesti buat satu halaqah...dimulai dengan manzil, kemudian salawat tafrijiyah, seorang sahabat memberi saya buku, memandangkan saya budak baru..,'Ya Allah! 1000 kali selawat tafrijiyah',entah saya tersilap pandang atau tidak,memandangkan saya budak baru..saya hanya iku je..setelah selesai baca semua amalan2 tadi, saya bertanya pada seorang sahabat ni..

"awak..tadi selawat tafrijiyah 1000 kali ke?"

sahabat saya tersenyum..."eh..100 je.."

"uh.."
tapi rasa lama sangat...tak kurang juga sampai tersengguk2 masa membaca amalan..

Puteri2 pondok

Saya merenung muslimat di pondok tu...bersihnya mereka.. sangat terpelihara,baik dari segi pemakaian,dari segi amalan2,dan makanan,semua dijaga dengan teliti..dan saya mula membuat perbandingan di tempat saya di universiti, tak mungkin saya akan jumpa gadis2 pemalu seperti mereka yang sangat2 menjaga...

kalau di  Universiti..yang cerdik belum tentu berakhlak..lihat saja pemakaiannya..ikhtilatnye.
 benarlah kata seorang Ustazah di sini "Pelajar U makin cerdik..makin rendah pula akhlak mereka"
saya hanya menundukkan wajah..malu kerana saya juga mewakili mereka...

"tapi mungkin tak semua.." jelas Ustazah lagi..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ramadhan Di Pasir Tumbuh.

Menghabiskan kitab Wisyah Al Afrah...

banyaknye Ibrah dari pondok ni..

di sini saya bertemu sahabat dari universiti yang berbeza...dan paling saya kagum..seorang muslimat ni..sangguh datang jauh2 dari Sarawak..hanya kerana cintanya pada pengajian di Pondok...ukhti..moga Allah membayar setiap pengorbananmu itu...

saya mula berangan..bestnya kalau universiti guna sistem talaqqi macamni..dan mewajibkan pelajar muslimat memakai niqab..manakala kelas2 antara muslimin dan muslimat di asingkan...
Wah..ini sangat bagus..mungkin ini lebih menjaga lagi hati kami...saya utarakan pandangan ini pada ukhti farisa dari sarawak, dia pun bersetuju..

Hiburan waktu pagi 

hari yang membuatkan saya rasa sedikit teruja...bila adik2 pondok nak menyanyikan qasidah dan burdah...masa tu semua berada dalam halaqah...
"akak nak dengar Ya Thoiba..laju jer saya mencadangkan.."
semua tersenyum memandang..maka pagi itu..semua mengalunkan qasidah2 yang menaikkan semangat....sebelum kami memulakan tugas mengemaskan pondok...

Berbeza bukan kita dengan mereka..kalu kita selalu dengar nasyid2 yang lagho2 tu...jadi!! marila kita tukar pada nyanyian2..yang menghidup jiwa dan menaikkan semangat...
...............................................................................................
sesiapa yang nak belajar dekat pondok..di alu2kan..,jom kita ke pondok...!!

~tak kenal maka tak cinta~