Sep 21, 2011

Muslimah jantung Ummah



بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله الذي تفضل علينا بأكمل نعمة وأتم مكرمة ومنة سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم,فقال في شأنه : (لقد من الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أىفسهم يتلوا عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين). * سورة آل عمران : 164
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد أكمل الممؤمنين إيمانا وأحسنهم أخلاقا..أما بعد.

Sesungguhnya hanya bagi Allah segala puji. Kita memohon pertolongan,petunjuk dan keampunan-Nya dari segala keburukan diri dan perbuatan kita. Bagi siapa yang diberi petunjuk oleh Allah swt nescaya tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan-Nya nescaya tidak akan ada yang menemukan pelindung dan pemberi petunjuk untuknya. Semoga kita semua dipilih oleh Allah swt untuk sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai-Nya. Siapalah kita tanpa petunjuk dan hidayah Allah! Tanpa petunjuk-Nya kita akan terus berjalan dalam kegelapan. Segala puji untuk Allah yang telah mengutuskan rasul-Nya yang agung sebagai salah satu rahmat-Nya yang tidak terhitung untuk kita. Baginda saw telah menunjukkan kita jalan yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya baginda saw benar-benar rahmat untuk seluruh alam…
Firman Allah swt:
" وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين "
( Dan tidaklah Kami mengutuskanmu melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.)
Surah Al-Anbiya’ :107
Bagaimana baginda Muhammad saw diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam?
Sabda baginda saw:
" إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق "
) Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia(
Nampakkah anda kaitan antara sabda baginda Rasul saw bahawa tujuan baginda saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak dengan firman Allah swt yang menyebutkan tidaklah baginda saw diutuskan melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam?
Cuba kita renung dan fikirkan seandainya kehidupan masyarakat ini dipenuhi dan diliputi dengan perilaku manipulasi, pengkhianatan, penindasan dan kekejian, maka apakah dalam masyarakat seperti ini terdapat rahmat? Sudah tentu jawapannya ada dalam jiwa insan yang mencintai keamanan dan kesejahteraan.
Akhawat yang dikasihi,

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah swt dan mendapatkan redha-Nya dalam setiap amal yang dilaksanakan. Sesungguhnya nilai iman yang ada dalam jiwa kalian sangat tinggi harganya, tidak terbanding dengan segunung emas pun. Maka bersyukurlah kepada Allah dengan sebenar-benar kesyukuran. Seterusnya berdoa dan berusahalah kita untuk memelihara iman itu agar ia terus tumbuh subur dalam hati lalu membuahkan nilai-nilai mulia dalam diri. Sungguh! Sangat indah akhlak dan perilaku mereka yang berakhlak dengan akhlak Islam seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Semestinya akhlak sebegini lahir dari iman yang benar dan mantap seperti yang dapat kita perhatikan pada generasi awal Islam. Jiwa mereka benar-benar telah dirasuk dengan rasukan iman sehingga mereka terbentuk menjadi susuk yang sangat luar biasa. Hal ini bukan hanya terjadi pada golongan lelaki tetapi golongan wanita tetap sama muncul dengan akhlak dan peribadi yang unggul. Contohnya para umahatul mukminin, Saidatina Fatimah bt Muhammad Rasulullah, Saidatina Ruqayyah puteri Rasulullah, Asma’ binti Abu Bakar, Sumayyah, Asy-Syifa’ bt Abdullah, Ummu Sulaim, Khansa’ dan lain-lain.
Kemunculan peribadi-peribadi seperti ini tentu sahaja bukan secara tidak sengaja, melainkan ia perlu melalui suatu proses. Proses di mana iman itu ditanam dan disuburkan dalam jiwa sehingga benar-benar mantap dan mampu menjadi benteng yang ampuh dan tidak goyah walau apa badai yang melanda. Sungguh beruntung mereka yang terpilih mendapat didikan langsung dari kekasih Allah yang mulia Saidina Nabi Muhammad saw. Namun, baginda nabi saw tidak pernah melupakan kita ummatnya yang terkemudian. Buktinya, pada saat-saat akhir hayat baginda saw pun baginda masih menyebutkan kita dengan “ummati, ummati, ummati…” Tidakkah kita merasa tersentuh dengan kasih ini? Kita disebut pada akhir hayat baginda walaupun kita tidak pernah bertemu muka dengan baginda nabi saw.

Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah saw pada suatu hari menyebutkan,”Aku rindu pada ikhwanku,”. Para sahabat merasa hairan lalu bertanya,”Bukankah kami ikhwanmu Ya Rasulullah?” Jawab baginda nabi,”Tidak, kamu sahabatku,” lalu para sahabat kembali bertanya,”Lalu siapakah ikhwanmu Ya Rasulullah?” Maka jawab baginda,”Mereka adalah ummatku yang tidak pernah bertemu denganku tetapi mereka beriman denganku”. Subhanallah, Rasulullah saw merindui ummat baginda yang beriman dengan baginda walaupun tidak  pernah bertemu. Tidakkah kita juga merasa rindu dengan baginda saw? Baginda benar-benar merupakan rahmat untuk seluruh alam.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk berakhlak seindah akhlak Rasulullah saw. Bagindalah contoh dan teladan terbaik kita, tidak kira siapa pun kita atau apa sekalipun kedudukan kita dalam masyarakat.
Firman Allah swt:
"لَقَدْ كَانَ لَكُمْ في رسولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كانَ يَرْجُوا اللهَ واليومَ الأخرَ وذَكَرَ اللهَ كثيرًا"
)Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.( Al-Ahzab:21
Seterusnya Rasulullah saw telah menyebutkan dalam hadith baginda saw:
"لقد تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله"
)Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kalian 2 perkara. Tidak akan kalian sesat selama-lamanya selagimana kalian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.(
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda saw, namun baginda telah mewasiatkan 2 sumber rujukan utama kita dalam beragama. Itulah al-Quran dan sunnah baginda saw untuk menjadi ikutan kita.
Akhawat muslimah harapan ummah sekalian,

Wanita sepertimana lelaki, ada tugas dan peranannya yang tersendiri yang tidak kurang pentingnya dalam pembinaan sebuah peradaban. Wanita boleh dikatakan tunggak atau tunjang utama dalam pembentukan sebuah generasi. Masakan tidak, wanita yang memainkan peranan paling penting dalam mendidik dan membentuk anak-anaknya. Bukan sahaja sejak kecil tetapi semenjak dari dalam kandungan sehinggalah anak itu lahir dan membesar. Malah, hasil kajian membuktikan bahawa anak-anak lebih cenderung belajar dari ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak bersama mereka.

Akhawat muslimah memiliki tugas dan peranan yang sangat besar dan penting sepanjang sejarah kemanusiaan. Mereka bukan sahaja rahim tempat bersemainya para pemimpin peradaban, akan tetapi para muslimah adalah pendidik para pelaku sejarah dari zaman ke zaman. Ada tugas besar yang harus dilakukan wanita muslimah untuk kebaikan diri dan umat secara keseluruhan. Contoh praktis dapat kita perhatikan dalam akhlak dan didikan ibu Imam Syafie, ibu Imam Abu Hanifah, ibu Imam Malik, ibu Umar bin Abdul Aziz, ibu Solahuddin Al-Ayyubi, ibu Muhammad al-Fateh dan ramai lagi ibu-ibu kepada sekian banyak figur ummah.

Wanita, sebagaimana juga lelaki, mempunyai kewajipan dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Untuk itulah para akhawat muslimah perlu menjadi wanita yang berakhlak mulia dan cerdas dalam segala aspeknya.
Allah swt berfirman dalam surah At-Taubah:71
" والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعضۚ يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسولهۚ أولئك سيرحمهم اللهۗ إن الله عزيز حكيم "
(Adapun orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah.)
 Kerana itulah musuh-musuh Islam memberikan tumpuan khusus kepada wanita muslimah dalam usaha mereka hendak meruntuhkan Islam. Mereka tumpukan perhatian pada usaha merosakkan wanita-wanita muslimah dalam rangka menghancurkan generasi muslim yang sepatutnya gemilang. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan identiti wanita muslimah yang terpelihara dan dimuliakan baik secara halus mahupun terang-terangan.

Realiti kehidupan dewasa ini banyak diwarnai dengan teknologi yang tidak pernah berhenti berinovasi. Justeru, kerana kemajuan-kemajuan teknologi tersebut, pada akhirnya peperangan antara kebaikan dengan keburukan, kebenaran dengan kebatilan, menjadi semakin canggih dan terbuka. Kebatilan mendedahkan dirinya dengan sedemikian vulgar dan elegan, tanpa merasa malu dan segan. Kejahatan dalam pelbagai bidang juga telah muncul sebagai kesan langsung dari kemajuan teknologi.

Keadaan zaman boleh mempengaruhi kebaikan individu-individu dan komuniti umat Islam. Pada kenyataannya keruntuhan moral telah terjadi pada banyak kalangan masyarat. Wanita-wanita telah kehilangan harga diri dan kemuliaannya. Mereka menjadi tayangan dan tontonan dunia, menjadi alat produksi bagi sejumlah industri, menjadi alat transaksi dan korban eksploitasi. Wanita muslimah semakin hilang harga diri. Malu yang menjadi perhiasan khasnya selama ini semakin luntur terhakis oleh sesuatu yang ditopengkan dengan istilah pemodenan dan kemajuan. Sedangkan Rasulullah saw menyebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
" الحياءُ شعبةٌ مِنَ الإيمانِ"
( Malu itu adalah satu cabang daripada iman)

Akhawat muslimah mutiara Islam,
Berdoalah kita agar dikuatkan Allah untuk berpegang dengan tali-Nya yang kukuh di saat jahiliyyah semakin rakus memamah iman, di saat manusia tidak lagi mengenal antara yang haq dengan batil. Berdoalah dengan hati yang tawadhuk dan penuh mengharap kepada Allah.

Usaha yang sangat serius diperlukan untuk melindungi wanita muslimah agar tidak menjadi korban pada pemodenan ini. Bukanlah kemajuan itu yang salah kerana Islam sangat-sangat menggalakkan budaya ilmu dalam masyarakatnya, tetapi apabila kemajuan itu sudah dieksploitasi dengan budaya barat yang sangat menyesakkan, kemajuan itu bertukar menjadi bahang bahana yang sangat merisaukan kala ini. Tanpa proses pembinaan diri, dikhuatirkan para muslimah gagal membenteng diri dari kesan kemajuan peradaban yang tidak manusiawi ini. Bagaimana jika para wanita muslimah tidak mendapatkan proses penguatan diri melalui tarbiyah islamiyah yang kukuh? Tidak seorang pun yang akan mampu membentengi pengaruh globalisasi yang semakin menggila. Kita perlu bersama-sama dalam proses pembinaan ini tanpa ada yang tercicir walau seorang pun. Sangat diperlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah!    
Akhawat muslimah permata ummah,
Rasulullah saw telah bersabda lagi dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"الحياءُ لا يأتي إلا بخير"
(Sifat malu tidak mendatangkan selain daripada kebaikan)
Daripada hadith ini, dapatkah kalian bayangkan betapa indahnya peribadi wanita muslimah yang dihiasi sifat malu ini? Allah menjadikan malu sebagai pakaian dan perhiasan bagi wanita muslimah. Mereka bersama-sama kaum lelaki bertanggungjawab memakmurkan bumi dan mentarbiah (mendidik) generasi berdasarkan kepada kebersihan fitrah kewanitaannya. Al-Quran telah menjelaskan makna ini dalam firman Allah yang menceritakan tentang salah seorang daripada 2 puteri Nabi Syuaib as ketika dia datang memanggil Nabi Musa as dalam surah Al-Qosos: 25
" فَجَآءَتْهُ إِحْدَىهُمَا تَمْشِى عَلَى اۘسْتِحْيآءٍ قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا "
) Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu berjalan malu-malu, ia berkata: Sesungguhnya bapaku memanggilmu agar dia member balasan terhadap (kebaikan) mu member minum (ternakan) kami.(
Wanita ini datang menemui Nabi Musa as atas perintah bapanya, berjalan dengan adab seorang wanita yang suci bersih ketika bertemu dengan lelaki, tanpa dibuat-buat, tidak tabarruj (bersolek) dan tidak menggoda. Di samping malu yang tergambar dalam cara berjalannya, dia juga mengucapkan kata-katanya dengan jelas, dia tidak gugup dan tidak tersandung. Hal itu timbul daripada aspirasi fitrah yang sihat, bersih lagi lurus. Pemudi yang lurus merasa malu secara fitrah ketika bertemu dengan lelaki dan berbicara dengannya. Kebersihan dan berpegang dengan kebenaran menjadikan dia tidak mengarut sehingga mendorong orang lain mengingininya, terpikat dan terpesona, tetapi dia berbicara dengan jelas dan sekadar keperluan, tidak lebih dari itu.

Namun realiti yang dapat kita perhatikan pada wanita zaman ini ramai yang disifatkan sebagai wanita jalanan, berpergian, bertabarruj (bersolek) dan bercampur dengan lelaki bukan muhrim tanpa ada keperluan yang dibenarkan oleh syara’. Maka wanita seperti ini bukanlah wanita yang dididik di madrasah al-Quran dan Islam. Dia menukarkan malu dan taat kepada Allah menjadi hina-dina, maksiat dan jenayah. Mereka sebenarnya telah diperalatkan oleh musuh-musuh Allah untuk melakukan kerosakan dan kehancuran di dunia dan akhirat.

Sifat tidak malu akan menjerumuskan seseorang ke jurang keburukan dan tidak mempedulikan celaan dan cacian hasil dari tindak tanduknya sehingga sanggup melakukan kejahatan secara terang-terangan. Orang yang tidak malu dengan Allah dan kepada manusia tidak ada yang dapat menghalang kebodohannya itu melainkan hukuman yang tegas dan berat. Sabda Rasulullah saw:
" كُلُّ أُمتي مُعَافَى إلا المُجَاهِرينَ "
(Semua ummatku berada dalam keadaan selamat kecuali yang melakukan kejahatan secara terang-terangan).
Akhawat yang sentiasa berlumba-lumba dengan kebaikan,
Sukalah ana di sini ingin mengingatkan diri yang kekurangan ini dan akhawat fillah sekalian untuk kita sama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti akhlak kita agar benar-benar menepati akhlak seorang wanita muslimah yang sepatutnya. Kunci untuk mendapatkan akhlak yang mulia ini adalah dengan taqwa kerana Rasulullah saw yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia itu telah berpesan kepada kita:

" اتَّقِ اللهَ حَيْثما كُنْتَ, وأتْبِعِ السيئةَ الحسنةَ تَمْحُهَا, وخالِقِ الناسَ بخُلقٍ حسنٍ "
( Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik). Hadith riwayat Tarmidzi.
Saranan rasulullah saw yang paling besar dalam hadith ini ialah bertaqwa kepada Allah, kerana ia merupakan himpunan segala kebaikan serta pencegah segala kejahatan.
Akhawat yang selalu mencari cinta Allah,
Untuk apa kita perlu memperbaiki akhlak kita? Ibnu Hibban meriwayatkan dalam sahihnya daripada Rasulullah saw:
" ألا أُخْبِرُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إلى اللهِ وأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَومَ القِيَامَةِ؟ قالوا بَلَى, قَال: أَحْسَنُكُمْ خُلُقًا "
( Sukakah kamu aku tunjukkan orang yang paling dicintai Allah, dan paling dekat denganku di hari kiamat? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Rasulullah saw menyatakan: Iaitu orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu.(
Wahai jiwa-jiwa yang hangat cintanya mencari akhirat, adakah perkhabaran lain yang lebih menggembirakan kalian selain dikhabarkan menjadi orang yang paling dicintai Allah dan menjadi orang yang paling dekat dengan kekasih-Nya pada hari yang tidak ada seorang pun yang mampu memberikan syafaat selain baginda saw pula? Subhanallah, sungguh halus dan indah peribadi Rasulullah itu sehingga tergambar dengan halus dan indahnya kalam baginda. Bagaimana pula dengan kalam yang selalu menjadi pertuturan kita? Adakah sudah mencontohi cara berbicara Rasulullah dan para solihin? Sungguh ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa.
Kemudian Imam Ahmad dan Abu Daud pula meriwayatkan daripada Rasulullah saw:
" خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ خُلُقًا "
( Orang yang paling baik di antaramu ialah orang yang paling baik akhlaknya.)
Hah! Apa tunggu lagi? Jom! Tingkatkan akhlak dan peribadi kita dengan momentum taqwa. Semoga hari-hari yang kita lalui mendapat keberkatan daripada Allah swt. Jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita yang lain…uhibbukunna ya akhawati fillah!

21/09/2011   
10:46pm


Yang teramat mengharapkan redha-Nya,
                                                                                                         ~Ukhtukunna fillah: Bintu Ahmad

Momentum Istiqomah


بسم الله الرحمن الرحيم



Jangan takut untuk berubah…

Kala hatimu telah disinari Nur Ilahi..hidayahNya mula menerangi hatimu..maka tatkala itu..hati nuranimu mula berbisik2…kau mahukan perubahan…kau mahukan kebaikan…kau tidak ingin lagi terus menjadi manusia yang khilaf…dan kini kau sedar kau harus berubah..kerana Allah…

Maka pesanku padamu..jangan takut untuk berubah...ketahuilah..Allah sentiasa bersamamu..saat engkau telah mulakan langkah pertamamu…bersedialah hati dan jasmanimu..bahawa engkau pasti diuji…pasti..saat itu Allah akan melihat di manakah hambanya yang benar2 Ikhlas…

Saat hatimu telah disinari Nur Hidayah…panjatkan rasa syukurmu padaNya…dan bulatkan tekad untuk berubah….menjadi yang lebih baik…jangan takut!!,usah biarkan fikiranmu diracuni bisikan2 perasangka..

“jika aku berubah..apa kata kawan2ku nanti..” ,“kalu aku berubah…bolehke mereka terima aku nanti..” atau apa sahaja sangkaan2mu itu buang ia jauh2 dari kotak fikiranmu…

Apa yang penting  kamu mahu berubah bukan…jadi teruskan langkahmu…ingat!manusia takkan mampu memberi kemudaratan padamu tanpa izin Allah…teruskan langkahmu menuju tuhanmu..jika hari ini engkau tangguhkan langkahmu..adakah engkau dapat menjamin bahawa hidayah itu akan datang lagi..barangkali ia akan pergi dan takkan kembali..oleh itu hargailah anugerah hidayah yang Allah campakkan pada hatimu…

Engkau mahu menjadi hambanya yang terbaik bukan…Alhamdulillah..engkau mampu…berdoalah semoga Allah sentiasa memimpin setiap langkahmu..sesungguhnya Allahlah sebaik2 pemimpin..ingat sahabatku…setiap perbuatanmu di dunia ini natijahnya akan kau rasai setelah maut menjemputmu…

Alangkah beruntungnya jika hari ini engkau berpenat lelah melangkah, merangkak untuk membawa dirimu dan hatimu untuk lebih dekat dengan Allah…kerana Allah pasti membalasnya..
Dan Alangkah ruginya..andai di dunia ini engkau takut untuk berubah…lantaran mengikut sangkaan2 hatimu…dan akibat takut  manusia menjauhimu…kerana pastinya di kuburmu…mereka takkan dapat membantumu walau sedikit pun…amalan baikmu natijahnya kembali pada dirimu sendiri…dan satu kerugian yang besar…kerana engkau lebih mementingkan keredaan manusia berbanding keredaan Allah…
…………………………
Oleh itu sahabatku…jangan takut untuk berubah..baik buruk dan jatuh bangunnya dirimu ketahuilah..semuanya tidak ada share dengan orang lain sedikitmu..jika kau mahu kebaikan itu kembali pada dirimu…jangan fikir apa kata manusia..tapi fikirlah akan pandangan Allah terhadapmu…

Sahabatku engkau takkan rugi,..Indahnya berjuang pada jalan Allah..walau kita di uji dengan manusia,kata2 mereka yang menyinggung perasaan..tatkala melihat perubahan kita…,abaikan..kembalilah mengingati Allah..sungguh!engkau akan merasakan Allah terlalu dekat dengaMu…,tidak mahukan engkau rasakan nikmat itu..nikmat merasakan dekatnya dengan Allah…

Usah menoleh ke belakang….

Sahabat…saat engkau sudah mulakan tekad untuk berubah…pasakkan dalam hatimu..bahawa kau takkan menoleh ke belakang..teruskan pandanganmu ke hadapan…walau sakit..walau perit..teruskan perjalanan..Allah akan menilai setiap usahamu itu..ianya takkan sia2…

Sahabatku..tidak mahukah engkau melihat Rasulullah tersenyum tatkala melihat dirimu saat ini…seorang insan yang berjuang untuk menjadi lebih baik..namun dia tidak gentar dengan ujian yang sering menimpanya…kerana matlamat ia hanya satu Redha Allah.,..hanya redha Allah yang dia mahukan..tanpa redha Allah hidup ini tiada ertinya sahabat..percayalah…!!

Kekalkan momentum Istiqomah..!!

Bagaimana untuk terus istiqamah… pastikan “Allah sentiasa di hati” engkau berjalan di muka bumi ini…jangan sesekali engkau lupa engkau diperhatikan…tak dibiarkan terlepas walau sesaatpun..
Jangan tinggalkan amalan sunat yang biasa kau lakukan…rajin2lah berzikir pada Allah..,tatkala hati mula di uji..kembalilah kepada Allah..dengan menyebut namaNya dengan sebanyak2Nya…pasti akan mengalir ketenangan direlung2 hatimu…

Solat tahajud adalah senjata mukmin…usahalah untuk bangun pada sebahagian malam untuk bersujud dan berzikir…kita lakukan semua itu..pastikan semata2  untuk meraih redha Allah..agar hidup ini diberkati..agar hati lebih dekat dan dekat dengan Allah…

Mendengar dan membaca….rajin2lah mendengar dan membaca yang ma’ruf..yang membawa manfaat pada agamamu…yang makin membuka fikiranmu..yang makin mendekatkan dirimu pada Allah…
Jangan biarkan hatimu kosong tanpa sebarang pengisian…kerana ia akan merapuhkan dahan istiqamah…selalulah mencari kuliah agama yang menghidupkan hati…namun mesti diingati..berhati2lah usah tersilap langkah…bimbang tersalah cabang pemilihan …begitu juga dengan buku2 ilmiah yang sudah menjadi fokus dirimu…perincikan siapa penulisnya..dapatkan nasihat guru2 mursyid tentang buku2 tersebut…

Dekatilah sahabat yang boleh mendekatkan dirimu pada Allah..sebaik2 sahabat adalah apabila engkau melihat padanya  maka engkau mengingati Allah…kejarlah sahabat itu..semoga engkau temui hikmah di sebalik kata2nya..semoga ia menjadi salah satu tongkat yang menguatkan perjalananmu…

Hati yang ada link (hubungan)dengan Allah…
Sahaja…bukan dengan yang lain..hanya Allah yang menjadi pusat perhatian hatinya…hati yang tidak terpengaruh dengan suasana di sekelilingnya..kerana hatinya hanya ada Allah..maka hati inilah yang akan dipelihara..ditiup semangat kekuatan untuk terus istiqamah dalam menjalankan syariatnya..walaupun seluruh manusia membenci..namun semua itu tidak memberi kesan pada hati yang ada link dengan Allah..kerana hati ini telah merasa aman dan cukup dengan pelindungan Allah…


Kalian jangan mengeluh dalam berjuang…nak mengamalkan syariat islam..jangan malu2..jangan takut2..jangan bimbang…tetapi kalian harus berani..Allah ada..Allah sentiasa bersama hamba2nya yang sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dengan berjalan untuk dekat padanNya…
Kalian mesti berani…sebab bilamana kalian telah memulakan langkah menuju Allah…untuk menjadi muslim practice syariat keseluruhannya….kalian mesti bersedia dengan teletah dan ragam2 manusia…pejamkan mata…senyum..dan terus pandang ke hadapan..memang kadang2 kala pahit..sebab syurga itu manis….syurga itu mahal…syurga itu istimewa…dan untuk memilikinya perlu dibayar dengan perjuangan2 ini…perlu melalui kepahitan2 ini…


Di akhir zaman rasulullah telah bersabda bahawa untuk mengamalkan Syariat islam..bagaikan mengengam bara api…bayangkan..mengengam bara api..siapa yang sanggup..siapa yang mahu…siapa yang kuat…semuanya datang dari hati yang ada link dengan Allah..hati ini telah diberi kekuatan…menyebabkan mereka sanggup untuk practice islam..walau hakikatnya sering menelan kepahitan akibat ragam manusia..namun…hati mereka pasti akan merasa Nyaman…tenang..apabila berjuang kerana Allah..indahnya sahabat2 apabila kita berjuang kerana Allah…kebahagian yang dirasai tak dapat diungkap dengan kata2…
Orang2 yang sentiasa mengutamakan Allah..akan merasa cukup dalam hidupnya…akan merasa terurus perjalanannya…akan diurus hidupnya..kerana Allah sebaik2 pengurus….

21/09/2011
10:37pm

Aug 29, 2011

Bicara tentang Habib

       
                                                                      Syeik Habib Ali Al jufri-Yaman Hadramaut

.Alhamdulillah pertama kali mengenali Syeikh Habib ketika di semester satu..ketika itu umur ana baru berusia 20 tahun.seorang teman memberi sekeping VCD...ana tertarik dengan tajuk ceramah tersebut..lantas ana memasangya...

itulah kali pertama ana melihat rupa Syeikh Habib Ali Al jufri...berwajah jernih..tenang dalam menyampaikan ceramahnya...setiap2 kata2nya penuh dengan hikmah...ana lihat semua orang2 yang mendengar mengalirkan air mata tatkala itu juga..dia(syeikh habib) tertunduk menahan kesedihan...
hati ana mula tersentuh...maka saat itu...ulama' muda ini ana minat kerana kata2nya mengalir hikmah...
.............................................................................

Semalam sempat berbual2 dengan Ayah Cik  & kholah(mak saudara)..berbincang untuk ke Yaman selepas tamat pengajian nanti Ijazah Sarjana Muda  bulan Feb 2012..terasa waktu sudah semakin dekat..
seperti biasa ayah cik tak pernah sunyi dari cerita2nya,,suka sangat dia bercerita...tentang  ulama' ..tentang sekolah pondok..tentang pengajian2 di pondok..bicaranya santai dan bersahaja..

Ana katakan padanya yang ana sangat mengagumi Syeikh Habib..dan tiba2 dia menghilang...hairan melihat ayah cik yang hilang begitu saja..tiba2 dia datang membawa sekeping gambar...

"ni sape...??"
tanya Ayah Cik tersenyum sambil menunjuk gambar yang ada di tangannya

"eh..ni gambar Syeikh Habib Ali Al jufri...!"
terkejut ana dibuatnya...Ayah cik bagi gambar tu kat ana..katanya sebab ana minat sangat dia bagi hadiah gambar tu...sebagai ispirasi

sekadar perkongsian...tak salah meminati alim ulama', lebih baik daripada antum meminati artis2 yang tak membawa manfaat pada agama .

..............................................

sahabat yang berkunjung ke blog ni..doakan ana ye..semoga diberi rezeki ke yaman..rindu untuk meneguk lautan ilmu dari ulama'2 habib di sana...

~ulama' warasatul anbiya'~

3:33am
30 ramadan

Jul 30, 2011

aku tak layak jadi 'Ustazah Pilihan'


masih ku ingat suatu hari..pada waktu malam..saat aku dan teman2 serumah asyik melihat tv alhijrah .tiba2 keluar Iklan 'Ustazah Pilihan' seorang kakak ni mula suggest.."hah..tu ada ustazah pilihan..nanti masukla.."bersungguh2 nampaknya kakak tu..

"erm..takpela kak..saya ni tak layak pun masuk ustazah pilihan tu.,.belum masuk orang dah kena reject awal2 dah..."

"yela..orang pakai tudung labuh..pakai jubah..pakai niqab boleh ke masuk tv...erm takpela...saya tak nak jadi mangsa renovate diorang semata2 nak dipilih jadi ustazah pilihan..."
aku menjelaskan panjang lebar..ya...aku agak terkejut mendengar berita program terbaru itu..belum pernah ada dalam sejarah dunia...

Ustazah Pilihan..aku bimbang ustazah pilihan tu yang jadi fitnah..sebab pasti ramai lelaki2 tertarik tengok keindahan dan kecantikkan mereka..setelah di make over oleh jurusolek2 profesional..kononnya supaya ustazah lebih berpenampilan kemas dan meyakinkan...masalahnya bukan itu yang akan terjadi..malah sebaliknya...perempuan alat syaitan untuk memperdayakan kaum adam..jika mereka bebas menonjolkan diri...

aku lebih suka dan tertarik melihat ustazah2 ku dulu,..mereka sudah cukup berjaya menawan hatiku..dengan kelembutan dan kejernihan wajah mereka..walaupun tanpa mengenakan sebarang makeup.cukuplah ketenangan dan senyuman ikhlas seorang ustazah itu..sudah cukup membuat hatiku tersentuh...daripada melihat ustazah yang melebih2..over...hati jadi tawar..takde sakinah pula tengok...

Jul 22, 2011

Musafir ghuraba.


Salam musafir..buat teman yang sedang bermusafir di blog Musafir ghuraba,,,,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi hamdalah ..atas nikmatnya dapat lagi saya bernafas hingga saat ini…coretan kali ini tentang kisah pengembaraan saya sepanjang hampir 4bulan cuti semester…

Aku Ghuraba’

Perjalanan dan pengembaraanku kali ini di uji…,aku berdiri di tengah lautan ..manusia..menjadi pemerhati dalam diam…aku tenang di sebalik hijab dan kain kecil yang menutupi wajah ini..namun adakalanya aku..terasa asing dan ghuraba’..
Aku melihat manusia sibuk dengan urusan keduniaannya..kejar mengejar…berlari ke sana kemari..sedang aku pula berdiri kaku di hentian train centre ..mereka berebut2….agar dapat memasuki  train yang dinanti2kan…

Dan kali ini di dalamnya..mataku penat memerhatikan gelagat yang berbagai-bagai..manusia sudah lupa akhiratnya…aku sedih melihat  umat kian di mamah arus duniawi..perasaan malu hilang sama sekali..uh..aku rindukan bi'ah Solehah…
Dalam mata asyik memerhatikan gelagat manusia di dalamnya..aku mula terpandang sekolompok anak muda..yang masih berpakaian sekolah…bergelak ketawa..lelaki dan perempuan sama saja..malu..tiada sama sekali…dan  dadaku terasa sebak..air mata tiba2 mengalir perlahan2..aku menyapunya…

Uh…sungguh!,aku tak sanggup melihat  generasi sebegini berterusan…berpelukan di dalam train tanpa rasa malu…tanda kiamat jelas kelihatan di depan mataku.
Tuhan…terasa mahu lari dari dunia ini…

Generasi akhir zaman….

Kebetulan aku mendapat partime sebagai guru al –quran di Setiwangsa…pengalaman yang penuh cabaran menguruskan  anak2 di sini…bila guru dianggap sebagai orang upahan…rasa hormat pada guru hilang sama sekali…
Pening memikirkan masalah pelajar yang kurang mendengar kata..usah untuk mendengar kata..malah memandang guru dengan pandang yang kurang rasa hormat…
Tidak berminat belajar agama…tidak hormat ketika membaca al-Qur’an..ini memang sesuatu yang mencabar buatku…
Ya..hari ini sudah jelas tersirat dan tersurat akan sifat kebanyakkan generasi akhir zaman…andai sifat  tidak cintakan ilmu berterusan..maka akan tiba suatu hari..hilangnya ulama’ …maka ilmu itu akan diangkat…dan tunggulah kedatangan kiamat…
Ada kalanya mereka aku renungi tanpa mereka sedari..dan mula timbul dalam diriku..”Takut..Bimbang..”

Aku rindukan bait Muslimku tetapi…

Ya..aku merindukan bakal bait Muslimku nanti…aku merindukan bakal Zuriatku nanti…aku merindukan anak2 Soleh Solehah..aku merindukan suasana rumahku nanti dihiasi dengan suara anak2 yang asyik  dengan Zikir2 yang memuji Asma’ Allah..aku rindukan suasana rumahku nanti meriah dengan bacaan al Quran.dari anak2 yang comel…
Aku rindukan anak2 yang sejuk pada pandangn mata..yang terbentuk indah dengan acuan Syariat Islam….
Tetapi..aku risau..adakah aku mampu untuk mendidiknya dengan dunia yang semakin penuh dengan neraka maksiat ini..kebimbangan hati ini bertambah apabila melihat gelagat anak2 kecil hari ini..
Aku tak mahu menjadi ibu yang  derhaka..andai2 anak2ku nanti menjadi mangsa dunia ini…kadang2 aku berdoa…Allah andai jodohku tidak di dunia aku redha..kerana melihat dunia yang semakin kelam ..aku risau…namun ya Allah..andai Engkau takdirkan untukku bertemu jodoh di dunia yang fana ini…
Pimpinlah setiap langkahku..pimpinlah  bakal Zaujku..dan pimpinlah bakal Zuriat keturunanku daripada menjadi mangsa  Neraka Dunia…

Aku tidak mahu menangis melihat Mereka…dan aku paling Tidak sanggup andai Rasulullah menitiskan air mata melihat  umatnya yang kian punah…
Aku mahu Raslulllah berbangga melihat umatnya yang antaranya dari Zuriat keturunanku..yang mana tika di dunia..merekalah yang berjuang habis-habisan menegakkan Dinul Islam..mereka kuat dan tabah dalam menyebarkan Ma’ruf..dan berani dalam Nahi Mungkar…