Dec 16, 2011

Saya benci lelaki Pasif

Maaf kali ini entry lebih tertuju kepada golongan adam/muslimin...kenapa tajuk saya kelihatan sedikit "Emo"
sebenarnya dah lama..pendam perasaan ni..tapi kadang2...perasaan tu hilang..dan kadang2 muncul balik...
Muncul bila saya berdepan dengan situasi yang mana membuatkan saya harus mencegahnya..sedang dalam masa yang sama..saya lihat kebanyakkan muslimin hanya tengok jer...

Nahi mungkar! Andai bagaimana?

عن أبي سعيد الخدري - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  من رأى منكم
 منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان  أخرجه مسلم.
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya,jika tidak mampu maka dengan lidahnya,jika tidak mampu maka dengan hatinya,dan demikian adalah selemah2 iman. (riwayat muslim)

Izinkan saya bertanya pada kalian..berapa ramai dikalangan kita yang berani dan mampu Nahi mungkar,,barangkali kita hanya mampu untuk ‘amar ma’ruf sedangkan dalam sama yang sama kita mengunci mulut saat melihat kemungkaran atau sesuatu yang tidak syarak berlaku di depan mata kita..
Saya mahu bertanya lagi siapa yang berani…?!,siapa yang hanya sekadar mampu membenci di dalam hati..,sebagaiman yang kita maklum membenci di dalam hati  saat melihat kemungkaran itu adalah selemah2 iman..tetapi sampai bila kita mahu berada dalam tahap itu,,tidakkan hati kita sensitive tatkala melihat  kemungkaran di hadapan kita…
Suatu hari saya ni di uji dengan seorang hamba Allah…,yang mana ketika memandang wanita ini, membuat jantung saya berdegup laju,,,melihat pada pakaiannya yang sangat jarang,,begitu juga dengan tudungnya,,dan saya jadi bertambah malu apabila mendapati beberapa orang muslimin melihat wanita tadi…
Lalu dengan hati yang bergetar saya merapati, dan menyentuh bahu wanita itu dengan lembut,saya memandang tepat padanya “erm…Sis..maaf, kalau akak nak bagitau ni..pakaian yang awak pakai ni..terlalu jarang…kalau boleh esok jangan pakai macam ni ya…sebab jarang sangat2…,malu kalau muslimin tengok"
Saya cuba berbicara dalam nada selembut mungkin..kata2 itu  diluahkan dari hati yang dalam…oleh kerana waktu tu ada kelas, saya terpaksa meninggalkan wanita tadi…
Namun entah kenapa tiba2…saat kaki melangkah beredar dari situ..tiba2..air mata menitis perlahan…”Ya Allah saya tak mampu” terlalu kesiankan wanita tadi..andai di sisi saya ada Blezzer atau apa2 kain ingin saja saya pakaikan pada wanita tadi” terlalu mengaibkan…saya tertunduk malu…
Saya memandang muslimin 2 yang hanya jadi pemerhati di situ..bisukah mereka..??tak terdetikkah di hati mereka untuk menegur muslimah tadi…,menegur dalam konteks ini, diharuskan,,bukankah ia ‘amar ma’ruf nahi mungkar…??,tetapi kenapa saya tengok ramai lelaki2 jadi PASIF.
Kecewa…!saya betul2 kecewa dengan sikap lelaki yang lebih suka mengunci mulutnya..pasif..dimana sensitivity kalian!!,di mana jiwa kepimpinan kalian!!,di mana!?,kalu begini sikap sebahagian kaum lelaki,,apa akan jadi jika mereka bergelar suami dan ketua keluarga kelak??
Uh…sungguh saya tak sanggup andai harus memiliki suami sebegitu…,bayangkan jika anak gadis  yang keluar rumah dengan memakai pakaian yang ala kadar muslimah,,,si Ayah hanya mendiamkan diri aja..yang penat si ibu yang dikatakan kuat berleter…
            Wahai syabab…tika dulu kalian digelarkan penyelamat…,tika dulu kalian sebagai pelindung…tapi hari ini apa yang terjadi…kalian semakin membisu…kalian melihat benda yang salah berlaku depan mata..tapi hati kalian tidak menggerakkan kalian untuk mencegah….
            Saya risau..tersangat risau andai sikap begini menjadi budaya….,tapi saya tak nafikan barangkali ada golongan syabab yang berani nahi mungkar.
Pernah saya diceritakan oleh seorang teman..Alhamdulillah, Allah kurniakan keberanian dalam hatinya…,masa tu..dia sedang menegur pasangan kapel ni..pasangan tu di kerusi bersebelahan…tak syarak langsung..apa yang terjadi..si lelaki tadi naik berang, hampir2 tangannya menyinggahi pipi sahabat saya…gara2 sahabat saya menegur bahawa perbuatan mereka macamtu dalam bus…
Saya terkejut “Ya Allah…awak,, takde ke lelaki2 yang duduk kat situ..tengok peristiwa tu…”
“ada,tapi mereka hanya tengok jer….”,jelas kawan saya tadi…
“ah…memang lelaki pengecut!!tau tengok jer…penakut!!”
Hati saya menjerit2 geram…apa nak jadi dengan lelaki ni…Ya Allah…
Bila berbincang dengan sahabat2 tentang perangai kebanyakan lelaki yang tak suka ambik endah..dan tak sensitive  ni..membuat kami jadi takut..kalu2 dapat suami macamtu …Allah jauhkalanh kami dari lelaki2 yang dayus…
Paling sedih bila yang mendiamkan diri ni juga..dari kalangan mereka yang tinggi agama, saya mahu bertanya..apa yang membuatkan lelaki lebih suka mendiamkan diri…,saya pernah membayangkan betapa teruknya andai sikap demikian ada pada kebanyakkan lelaki..bayangkan jika suatu hari nanti andai seorang wanita di nodai di hadapan mereka..tak mustahil ramai yang hanya jadi pemerhati…

Di mana pembela2 agama..di manakah hero2 kebanggaan muslimah,di mana…Fikir2kanlah….rasanya cukup setakat ini..saya meluah rasa..sebagai mewakili sahabat2 saya juga...,

              
                                                         "I love Sufi Haraki"


Dec 12, 2011

Ini pilihanku


 Kepada Bakal Suami

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar. 

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu. 

Kepada Bakal Suami, 
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya. 

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu. 



Gambar Ihsan Rusydee artz

Hidup ni bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka

Kepada Bakal Suami/Isteri
 Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri 


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

 Single but NOT available:

Ya ALLAH! maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.. 


Edited: kasturi


Dec 11, 2011

Wajah suci

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernahkah kita tertanya2 mengapa saat kita melihat baby..kanak2..hati kita akan rasa tenang.. 
jawapannya sebab mereka masih bersih dari dosa...
lainlah kalau kita ...banyaknya dosa..menyebabkan wajah menjadi keruh..

Pengalaman menjadi baby sitter memang menyeronokkan..setiap hari menatap wajah yang comel..cute2...banyak benda dapat dipelajari....perlunya kecekapan....kesabaran dan kekuatan...rupa2nya tak senang jadi seorang ibu..,sebab itu betapa besarnya dosa anak2 yang menderhakai ibu bapa...



 Khaira
budak comel :)

 Aisya Sumayya
Baby yang paling manja
rindunya dekat Sumayya.....T_T

Adrish...

Dalam ramai2 baby...yang ni lain dari yang lain...walaupun kuat nangis...tetapi suka tengok dia nangis...muka comel je...(jahat betul cikgu ni..)

Tenangnya tengok baby2 ni...itulah...mereka masih bersih dari dosa.....

Tarbiahkan diri...soleh/solehahkan diri..agar kelak bisa mendidik anak2 menjadi generasi soleh dan solehah..qurratu aini.



Siapa saja jika ditanya pasti mahu anaknya, jadi anak yang solehah, tak kirala bagaimana jenis keadaan seseorang tu...



Smile for baby 









Dec 8, 2011

Ujian yang semakin mendekatkan


Sebuah peringatan yang cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki....cukup memberi kesan di hati...ucapan 'ku tak mampu ya Allah' biasa terkeluar dari hati kita..rintihlah pada Ilahi...kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya...andai tak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah...tanyalah iman, kerana ia biasa memberi jawapan yang paling jujur..tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..dan tidak Allah mencabut sesuatu melain menggantikannya dengan yang lebih baik..nantikan hikmahNya..pasti diri tersenyum penuh keredhaan...

ku mengetuk2 dadaku...terasa kosong...di mana hatiku yang dulu...kenapa aku terasa semakin jauh....
aku mahu menangis..namun kenapa air mata terasa kering.....
Ya Allah.gantikanlah hatiku dengan hati yang baru...
yang mampu merasakan cintaMu....
hati yang mampu membuatku menangis bilamana ianya berbisik2 denganMu....

'Saudaraku sering kita terlupa pada keadaan jiwa yang Allah pinjamkan buat kita..sehingga satu ketika jiwa mengadu kesakitan, kekosongan lantaran tidak diberi santapan iman...
Ketika itu, kita mula tercari-cari kekuatan.
maka saat itu kita kan merasai betapa 'jiwa itu' sangat berharga buat kita..
 mari kita memberi hadiah pada jiwa..
dengan memberinya santapan2 rohani...penguat jiwa...


~Ujian yang semakin mendekatkanku dengan CintaNya~ 
biar sakit...biar penat...biar perit
 ku tahu..
ia mengkafarahkan dosa2..
Ya Allah ya Rahman...
Ya Allah ya Rahim...
terima kasih..kerana menyayangiku...
memberi sebuah ujian..
yang membuat bibir ini tak henti2 menyebut namaMu...