Dec 12, 2011

Ini pilihanku


 Kepada Bakal Suami

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar. 

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu. 

Kepada Bakal Suami, 
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya. 

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu. 



Gambar Ihsan Rusydee artz

Hidup ni bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka

Kepada Bakal Suami/Isteri
 Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri 


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

 Single but NOT available:

Ya ALLAH! maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.. 


Edited: kasturi


Dec 11, 2011

Wajah suci

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernahkah kita tertanya2 mengapa saat kita melihat baby..kanak2..hati kita akan rasa tenang.. 
jawapannya sebab mereka masih bersih dari dosa...
lainlah kalau kita ...banyaknya dosa..menyebabkan wajah menjadi keruh..

Pengalaman menjadi baby sitter memang menyeronokkan..setiap hari menatap wajah yang comel..cute2...banyak benda dapat dipelajari....perlunya kecekapan....kesabaran dan kekuatan...rupa2nya tak senang jadi seorang ibu..,sebab itu betapa besarnya dosa anak2 yang menderhakai ibu bapa...



 Khaira
budak comel :)

 Aisya Sumayya
Baby yang paling manja
rindunya dekat Sumayya.....T_T

Adrish...

Dalam ramai2 baby...yang ni lain dari yang lain...walaupun kuat nangis...tetapi suka tengok dia nangis...muka comel je...(jahat betul cikgu ni..)

Tenangnya tengok baby2 ni...itulah...mereka masih bersih dari dosa.....

Tarbiahkan diri...soleh/solehahkan diri..agar kelak bisa mendidik anak2 menjadi generasi soleh dan solehah..qurratu aini.



Siapa saja jika ditanya pasti mahu anaknya, jadi anak yang solehah, tak kirala bagaimana jenis keadaan seseorang tu...



Smile for baby 









Dec 8, 2011

Ujian yang semakin mendekatkan


Sebuah peringatan yang cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki....cukup memberi kesan di hati...ucapan 'ku tak mampu ya Allah' biasa terkeluar dari hati kita..rintihlah pada Ilahi...kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya...andai tak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah...tanyalah iman, kerana ia biasa memberi jawapan yang paling jujur..tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..dan tidak Allah mencabut sesuatu melain menggantikannya dengan yang lebih baik..nantikan hikmahNya..pasti diri tersenyum penuh keredhaan...

ku mengetuk2 dadaku...terasa kosong...di mana hatiku yang dulu...kenapa aku terasa semakin jauh....
aku mahu menangis..namun kenapa air mata terasa kering.....
Ya Allah.gantikanlah hatiku dengan hati yang baru...
yang mampu merasakan cintaMu....
hati yang mampu membuatku menangis bilamana ianya berbisik2 denganMu....

'Saudaraku sering kita terlupa pada keadaan jiwa yang Allah pinjamkan buat kita..sehingga satu ketika jiwa mengadu kesakitan, kekosongan lantaran tidak diberi santapan iman...
Ketika itu, kita mula tercari-cari kekuatan.
maka saat itu kita kan merasai betapa 'jiwa itu' sangat berharga buat kita..
 mari kita memberi hadiah pada jiwa..
dengan memberinya santapan2 rohani...penguat jiwa...


~Ujian yang semakin mendekatkanku dengan CintaNya~ 
biar sakit...biar penat...biar perit
 ku tahu..
ia mengkafarahkan dosa2..
Ya Allah ya Rahman...
Ya Allah ya Rahim...
terima kasih..kerana menyayangiku...
memberi sebuah ujian..
yang membuat bibir ini tak henti2 menyebut namaMu...


Dec 3, 2011

Muhasabah cinta

~Fanzur~

Wahai..Pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrah semuanya padaMu

Tuhan..baru ku sedar..
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah..
Mengalun berzikir di kidung doaku...
Sakit yang kurasa biar menjadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi...
Muhasabah cintaku..

Tuhan kuatkan aku...
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu

~Edcoustic~