Jan 5, 2011

Baru sebentar tadi..saya sempat berbicara dengan teman seperjuangan satu kuliah..melalui chat fb..tiba2 saya ditanya satu persoalan mengenai hati…
Bagaimana untuk menjadikan hati kita tenang, bagaimana nak membersihkan hati kita…jujurnya saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan tazkiyatu nafs..kerana diri ini seringkali memiliki hati yang adakalanya lalai dariNya…
Namun tatkala hati mula didatangi resah dan gelisah..semuanya bagaikan tidak kena…rasa hari yang dilalui resah gelisah..tak tentu arah jadinya…dan saat itu..saya lebih suka bermuhasabah kembali…jauh dari semua orang (beruzlah seorang diri)…walau tanpa satu bicara..namun hati ini tak henti berbicara…menghina diri…menyebut tentang kelemahan ini..mengadu pada Ilahi yang Sami’(Maha mendengar)..bicara hati itu rupa2nya mmebuatkan saya mengalirkan air mata…
Tatkala itu..secara tiba2..terasa tenang mengalir ke dalam hati…dan bibir ini tak putus menyebut namaNya…ingin sekali ku sebut berulang2 kali..rindu rasanya…dengan menyebut namaMu ya Allah…hati ini menjadi tenang..seperti air dingin yang mendamaikan…
Jadi berzikirlah..kerana dengan zikir itu mendekatkan diri pada Allah…
Bagaimana untuk Istiqomah…
Soalan yang cukup besar pengertiannya…
Istiqomah sangatlah berat kecuali jika kita benar2 berpegang pada tali Allah(syariat Allah)…mereka sedang sibuk dengan urusan dunia..hingga kadang2 menganggap perkara agama itu kecil pada mereka..dan aku di sini..terasing…sendiri membawa diri yang asing pada zahir pandangan manusiawi…biarlah apa mereka katakan..namun apa yang perlu ku tahu…utamakan pandangan Allah daripada manusia..kerap kali ada yang tersekat untuk melakukan kebaikan…kenapa?jawapannnya adalah mereka mula memikirkan apa pandangan manusia terlebih dahulu daripada  pandangan Allah "nanti takut orang kata saya ni baik sangat plak" "malu la orang kata apa plak.." inilah kata2 yang sering2 ku dengar bila ada yang ingin berubah kepada kebaikkan...gagalnya kerana sangkaan2 sebegitu..fikirkan manusia..sedangkan apa yang ingin dibuat oleh mereka langsung tidak bertentangan dengan syariat….
      Untuk istiqomah(berterusan,tetap)…kita perlulah menjadikan Allah sebagai teman kita…selalulah isi hati dengan majlis2 ilmu…berbincang2 dengan orang yang thiqoh(dipercayai) ..syadid (kuat atau tegas)dalam ber'amal..agar kita terasa lebih kuat untuk terus istiqomah…ingat..hati akan menjadi lesu dan kering jika tidak selalu diisi dengan supliment2 tertentu sebagai contoh zikir,tazkirah,bermusyawarah(berbincang) bersama orang2 yang 'alim, Istiqomahlah ..!kerana itu amalan yang sangat dicintai Allah walaupun 'amalan itu sedikit
      Jangan sekali berubah..walau sekuat mana angin yang datang menggoyang dirimu..biarkan dirimu tergoyang.,..namun tetapkan pasakmu(kakimu di atas jalan syariat).…demi untuk mencapai Redha Ilahi…apa guna hidup ini andai tanpa redha Allah..kosong…tiada gunanya…
Jadi lakukan sesuatu dengan mengutamakan padangan Allah…

Dec 31, 2010

Ayat Kursy Interesting Fact



It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) out of the
body who passes away....
it is a painful experience.

They say that when the dead awakes
on Qayaamat, the effect of the rooh
being taken out will still be there.

Therefore, ALLAH has told us to
recite the Ayatul-Kursi after every Farz salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would takeout a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MashaAllah!

May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in
our hearts and save us from the azaab. Aameen.

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW).
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj...

Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message to get the sawaab of passing on knowledge.

This is most common among us, most of us talk during Azaan... Read this..

The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Azaan,
even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not
be able to say the Kalimah-e-Shahadat on his/her death bed....

Please pass this message to Muslims...
READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE

Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad-atika.

Nov 30, 2010

Kisah seorang bakal Ayah

sambungan

Adakalanya sampai 2-3 jam .bukan itu sahaja ,saya juga sentiasa bercakap2 dengan janin dalam perutnya.Perkara yang mula2 saya ceritakan padanya ialah mengenai tauhid.Saya bermula dengan kita pertama saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.Tapi mana ada ayah yang tak berharapan.

 Saya bercerita kepadanya mengenai,zat,sifat ,asma,afal.Cerita itu kembalil mengingatkan saya.Ada yang menghantar emel dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil.Jawapan yang mahu saya  nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungna rapat dengan kita.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu hanifah ."Tuan ,bagaimana  tuan medidik Hanafi,sehingga begini istimewa jadinya.Jawab bapa Imam abu Hanifah"aku mendidik hanafi 40 tahun sebelum  dia dilahirkan".Kalau didenganr pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan.Bagaiman mungkin manusia yang belum dilahirkan di didik.Namun apa yang ingin saya sampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh ,manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari dalam kandungan lagi.Saya beri anda satu logik akal,acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.Begitu juga dengan anak dan isteri kita.Mereka adalah cerminan kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar di dalam perut isteri saya.Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimanba Allah memelihara Imam Abu Hanifah.Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.Saya bacakan kisah para rasul,para nabi,wali songo,tujuh wali kepadanya ...

Nov 12, 2010

Kisah Kehidupan

petikan buletin tarbhiah:kiriman Mahizin
Kisah seorang bakal ayah

lebih kurang 3minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening,rasa mual dan badannya lenguh2..saya tanya dia "mengandung kot ?" dia kata tak ada..oleh kerana 2 3 hari macam tu saja,saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata..isteri saya mengandung 2bulan.Emmm saya dah agak dah.maka..bermulalah cerita baru dan haluan sejarah mase depan akan pastinya berubah lagi.

dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,termasuk bau badan saya.Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh,terbaring saja sepanjang masa.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekrang saya dah tahu macamna nak elakkan insomnia yang di alaminya,iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di sisi isteri saya sebelum tidur sehingga dia terlelap...

sekarang saya terus membaca Al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan..adakalanya sampai 2 3 jam...

(Bersambung..........)

Nov 11, 2010

Sifat Wara'

tiga pekerti yang terhasil daripada sifat wara'

1) jiwa yang teguh

2) Keyakinan yang benar dan;

3) Senantiasa menanti kematian.


ulasan

  • orang yang memiliki sifat yang wara' memiliki jiwa yang teguh..mereka tetap istiqomah berpegang kepada kebenaran.walaupun saat itu ramai yang semakin jauh daripada agama..jiwa mereka tetap kuat walaupun dicaci dihina atau dikatakan apa2 pun tentang apa yang mereka pertahankan..tidak sekali2 mereka gentar.
  • selain itu mereka juga berpegang kepada keyakinan yang benar.tidak hanya sekadar mengikut2 sahaja.tetapi berdasarkan kepada kajian yang benar tentang apa yang yang mereka amalkan.
  • sifat wara' juga adalah dimana seseorang itu sangat berhati2 dalam menjaga sesuatu perkara.walaupun ianya kecil bagi sesetengah orang,seperti ketawa,orang yang memiliki sifat wara' akan rasa bersalah jika mereka kerap ketawa.namun bagi sesetengah orang ianya perkara yang biasa,orang yang wara' juga sangat berhati2 dalam mengambil makanan.jarang sekali makan di kedai kerana bimbang akan adanya shubhah,atau penjual yang tidak menjaga auratnya,namun bagi orang biasa,mereka tidak kisah pada perkara tersebut yang penting mereka dapat memenuhi keperluan mereka

Kesimpulannya
peliharalah sifat wara' dalam diri kamu,supaya kamu dicintai Allah.