Dec 25, 2011

Exclusive for My Beloved Uncle



Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni.. saya nak coret2  tentang seseorang...hari ni, hari lahir  Ayah Su..Alhamdulillah Allah bagi saya seorang pak saudara yang  pada saya adalah  seorang yang sangat memahami..seorang yang caring, seorang yang hatinya sangat2 lembut…
          
            Juga..., pengkritik yang hebat,,walaupun  kadang2  merajuk juga bila ditegur tetapi sangat berterima kasih..sebab Ayah su ni..suka memberi teguran yang membina.

             “jangan cakap jer tapi tak buat”
agak tegas bunyinya...

masih ingat lagi kata2 ni beberapa tahun yang lepas..Erm…menusuk ke jantung hati..,mata dah rasa berat,,,akhirnya, masuk bilik menangis sepuas2nya…tak tahan bila ayah su cakap macamtu...,walaupun bukan tinggi2 suara pun,,

Muhasabah diri..’betul la apa yang Ayah su cakap tu..’, aku tak boleh hanya tau cakap jer,, tapi buatnya tidak..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
 Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Dan Allah sangat membenci golongan seperti ini.
كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu
tidak melakukannya.
(As-saff:2-3)
Ya Allah ,,jauhilah diriku dari menjadi golongan sebegini..
~Terima kasih atas teguran itu~
Kagum…
Kagum dengan sikap ayah su,walaupun tak pernah belajar sekolah agama macam anak sedara dia ni..tetapi sangat2 memahami..dan sangat2 menghormati caraku…walaupun caraku dan dia kadang2 berbeza..
“cantiknya anak sedara ayahsu ni..”
Puji ayahsu sebaik melihatku pulang dari sekolah..dengan pakaianku yang serba putih..dan bertudung labuh.Aku hanya tersenyum…masa tu baru tingkatan1,comot2 lagi,dengan beg yang besar...
Nampaknya ayahsu suka dengan imej anak sedaranya yang sebegini…'sejuk hati ayahsu tengok'


Bila ayah Su dah  kahwin…


 Kelakarnya ayah su,, dia suruh Cek Su pakai tudung labuh yang aku punya…tapi sayangnya tak muat sebab mase tu muka tudung tu kecik sangat…
Ayah su hanya tersenyum tengok Cik Su yang kelihatan melucukan tu.."patutla dia suruh pakai,dia mimpi tengok cik su pakai tudung labuh rupanya"
Dah mula dia train Isterinya..
`tak boleh pakai tudung jarang..’
`tak boleh pakai make up,nak pakai dekat rumah boleh..’
`tak boleh pakai perfume masa pergi kerje,pakai kat rumah je..’
`pakai baju kurung’
 `Pakai sarung kaki’
`Pakai tudung yang labuh dan tidak jarang’
 Nak tergelak pulak bila dengar cik su cakap ayah su yang suruh,aku tersenyum jer...'bagusla Ayah Su ni..',tak jadi Ustaz pun,,tapi syadidnya dah macam Ustaz ...
Dengan hikmah.. dan perlahan2….Alhamdulillah…
Aku kagum..sikap Ayahsu walaupun tak belajar sekolah agama..tetapi mudah untuk memahami tentang hukum.. ‘sebab bila dah kahwin..isteri dah jadi tanggujawab suami,dosa,, suami kena tanggung kalau tak tegur kesilapan isteri’.
 Suka dengan Zikir2.
Paling lucu peristiwa ni (bukan lucu sbenarnya.., tapi suka sangat…)masa tu nak pergi jalan2 dengan ayah su dan family, sebelum mulakan perjalanan dia pasang zikir…aku tersenyum…dalam hati ’bagusnya ayah su, selalunya radio2 era,dikir barat..tapi kali ni..’
“Hanif ni suka dengan zikir…”bagitau ayah su..
                                                   ~ Ustaz Hanif~
“uh…”aku tersenyum..
“ni  nak jadi Ustaz ye bila dah besar...Ustaz Hanif,,,” 
“i.Allah…Amin..”jawab ayahsu sambil tersenyum..
‘Alhamdulillah anak yang soleh…,kecik2 dah pandai berdakwah dekat Ibu dan abah ya’

Jiwa Lembut…
Alhamdulillah..seorang yang mudah tersentuh…,kata2nya memang ade hikmahnya…bercakap bukan dengan menggunakan emosi, tetapi dari hati,,sebab itu  terkesan jika Ayahsu berbicara,walaupun tanpa bicara,reaksi wajahnya membuat aku mengerti.
Allah berkatilah hidup insan ini,semoga hatinya sentiasa bercahaya dengan iman..matinya dalam husnul khotimah..
Amin....

11:00PM

Dec 17, 2011

Nyamuk Ikhtilat,,Awas!!




Ikhtilath,,,sebagaimana yang kita maklumi,yang terjadi di dunia reality hari ini..adalah pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahramnya…walaupun dalam keadaan ramai..,


Sekarang saya nak menyentuh tentang situasi ikhtilat..yang orang tak Nampak jelas2 depan mata tuan empunya diri, iaitu ikhtilat di alam maya, sama ada chatting,sms..dan yang terkini Facebook..
Ya..fenomena yang sangat membimbangkan..kemodenan teknologi dunia hari ini..telah membuka ruang yang mudah kepada umat islam terdedah dengan dosa..walaupun sesetengah berpendapat
“ala…bukan apa pun…bukan melarat2 pun ..just komen2 apa yang patut jer..”
“saya tak rasa apa2  pun masa komen…ala..macam kawan2 jer..”
Itu..pendapat anda….tapi tahukah syaitan sangat licik,tipu dayanya halus sekali..memang rasa biasa2 kan..tetapi tahukah kita…bahawa perbuatan itu sangat besar kesannya pada hati…
Boleh dikatakan semua tak terkecuali…jika tidak betul tegas berpegang pada syariat…Ustaz /Ustazah pun mungkin ada juga…tapi mungkin nadanya lain sikit…  islamik la ,bak kata mereka …Pandai betul syaitan memasukkan jarumnya ke hati anak adam…
Kalau ye pun betul2 nak berbincang bab agama,atau nak bermeseg atau berchatting tentang urusan agama,,seharusnya kalian ditemani teman…janganlah kalian berdua sahaja,,sebaiknya di temani mahramnya .Jika berdua saja,maka hilanglah rasa malu,dan bisa terjerumus ke dalam zina hati..wa na’uzubillah min zalik..
Jadi..ayuh sama2 kita pelihara hati agar bersih dari Zina,,Anda bijak jauhinya!!
           



Dec 16, 2011

Asrar(cinta) 1





Imej tudung labuh jubah..sudah menjadi identiti Asrar....bukanlah sebab nak tunjuk siapa yang paling baik..tetapi sebab inilah pakaian muslimah yang Allah wajibkan ke atas muslimah...dengan memakai pakaian yang menutup aurat...

hamba Allah "eh..tudung hitam jer...takde tudung lain ke??"

Asrar senyum...."Alhamdulillah saya selesa pakai macamni....,biar tak nampak cantik...asal saya rasa selamat.."

memang selamat..sebagaimana  pengakuan seorang muslimin."orang laki pandang sebelah mata je..muslimat pakai macam tu"

sambil menunjuk kearah Asrar...

Alhamdulillah..
orang laki nak pandang sebelah mata ke..tak pandang langsung ke...Asrar tak kisah..tak rugi pun...bahkan hati rasa aman jer..

kali ini Asrar tiba2 dikejutkan..angin membawa berita...bahawa..jubah akan dilarang pakai di campus..kalau nak pakai boleh ..jubah2 yag berlabuci,,cantik2..dan menarik..kalu jubah hodoh....tak boleh...


Hm...macamtu pulak ek...macam2 akta universiti....entahlah..malas nak layan..biarlah nak kata apa pun..takkan pakai jubah pun jadi satu kesalahan..habistu yang pakai jarang2..ketat2 tu...macamna..bebas jer...
"Ini tidak adil!!"

Muslimah...penting untuk kita menjaga pemakaian kita agar menepati syariat...,penting kita menjaga tingkah laku kita agar Allah meredhai kita..


ujian duduk kat campus ni...tak perlu  nak diterangkan lah...,tak heranlah ..ramai juga yang short culture sebaik memasuki uiversiti...

Mulalah..ikhtilath tak dijaga..dah pandai nak bertegur lelaki perempuan..walaupun tanpa urusan penting...

Maka..tak kurang juga yang di uji dengan 'Cinta'

seperti kisah Asrar ni...

"salam...saudari Asrar..maaf menggangu..ana sebenarnya mahu mengenali enti dengan lebih dekat lagi..ana dapat no enti dari sahabat enti..."

hati asrar mula bermonolog...sape plak ni..maka hatinya mula terusik...walaupun dengan 1 sms..tetapi Asrar ni...tak mudah terpengaruh...sms tu..dibiarkan tanpa memberi respon..

"salam Asrar..ana mintak maaf sebab tak kenalkan diri ana tadi..ana senior anti, Asri...Fakulti Syariah...harap enti dapat menerima persahabatan ni ye.. :) "

hati Asrar bermonolog lagi...aik..ambik syariat..tapi tak jaga ikhtilat...ada yang tak kena dengan dia ni..tak tahu ke..perbuatan dia ni haram...
hati Asrar bertambah geram....
......................

"Asrar..ade tak muslimin sms awak semalam..."
soal lina sebaik keluar dari dewan kuliah....

Asrar merenung lina...
"ya..awak kenal ke..sape tu...??"

"itu kawan saya..dia nak kenal awak..dia bagus sangat awak..alim...warak ,hensem..muka ala2 ustaz gitu...hehe.."
lina sempat lagi bergurau...

'hurm....yeke?? statement diragui...kalau betul bagus..takkan nak buat tindakkan bodoh macamtu..,simpan je la niat tu..'hati Asra bermonolog

"maaf lina..saya tak minat dengan hal2 macam ni...awak tau kan saya macamna..."
Asrar cuba bertegas...

Lina kelihatan serba salah..tetapi dia sedaya upaya memujuk Asrar...

"Asrar..tolongla..terima..kesian dekat Asri..dia betul2 nak kenal awak...,saya ada bawa gambar dia..awak nak tengok...?"

"erm..takpela..tak pelu kot..."
Asrar mahu mengelak..

"Asrar..please..tengok je..awak tengok dulu...lepas tu,..awak buat keputusan ye..ini permintaan dia..."
lina begitu beriya2 memujuk...

"nih dia.."
Lina menghulurkan sekeping gambar tanpa dipinta...

Asrar tersenyum sebaik melihat...senyumanya tawar...
'kesian.. muslimin ni..telah menjatuhkan maruah dia sendiri...tak dinafikan..Asri memiliki paras rupa yang baik...dengan penampilan ala2 ustaz bak kata Lina..,namun begitu ia tidaklah membuat Asrar tertipu...tak semudah itu dia menerima....tindakkannya membuat hati Asrar tawar ...

"lina..katakan padanya..saya belum bersedia untuk mengenal mana2 lelaki....,ini prinsip saya..harap awak faham..dan awak fahamkan dia...ok..,maaf saya kena pergi dulu..."

lina hanya tertunduk...dia tahu Asrar begitu tegas dalam hal yang berkaitan cinta..dia kelihatan serba salah

 Asri pula tak pernah kenal putus asa...setiap hari..dia mengirimkan sms..entah berapa kali dalam sehari....
kali ini hati Asrar mula terganggu..hati gadis mana yang tidak terusik saat di uji dengan cinta...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tangan Asrar laju menaip assigmnet yang perlu dihantar beberapa hari lagi...sambil mendengar nasyid 'Aduhai puteriku sayang.' liriknya membuatkan Asrar terasa diberi suntikkan semangat..

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Dhia Alqalbi...(^_^)
salam Asrar...kaif halik...?
(meseg dari ukhti alimah dari egypt ...)

Wardah_mujahidah(Asrar)
Wslm...I.Allah..khair :(

Dhia Alqalbi
Ukhti..kenapa?ada masalah ke..kongsilah dengan ana

Wardah_mujahidah
ad maslah hati...T_T

Dhia Alqalbi
ya Allah..!apa yang menggu hati ukhti skrg...?

Wardah_mujahidah
ada muslimin ni...selalu sms...hati ana tegaggu sagt2..'ukhti tolong ana.. :(

Dhia Alqalbi
Astaghfirullah...Asrar...banyakkan istighfar,,jangan biarkan hati lalai...ana tahu..Asrar kuat..jangan cemarkan hati dengan perasaan tu..abaikan sms dari muslimin..dia tak sepattnya bertindak sebegitu...

Wardah_mujahidah
sdg mujahdah..doakan ana...ana tak mahu hati ana kotor sbb perasaan tu...

Dhia Alqalbi
wanita yang baik...untuk lelaki yang baik...yakinlah Asrar...^_^

Wardah_mujahidah
Amin,..syukran....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

di cafe...
Asrar dan sahabat2nya sedang makan tengah hari..tiba2 Asrar terpandang seseorang...
yang sedang berbual2 dengan beberapa orang wanita...,tanpa rasa kekok...lagaknya seperti sudah biasa..ikhtilath memang tidak terjaga..jelas..itulah yang pernah diberitahu Lina..baik..warak..penampilan ala2 ustaz.

benar sungguh bisikkan hati Asrar..firasatnya mengatakan dia bukanlah lelaki yang benar thiqoh...

Prinsipnya...tiada cinta sebelum niqah...kerana cinta sebelum niqah itu...membawa noda di hati..bila hati dipenuhi noda..maka hilanglah nikmat beribadat..lalu bagaimana hati ini bisa mendapatkan cinta Allah...

pesan seorang murabbi"wanita yang suci adalah..yang hatinya tidak disentuh oleh mana2 cinta lelaki...semoga kalian mampu menjaga hati kalia...

Saya benci lelaki Pasif

Maaf kali ini entry lebih tertuju kepada golongan adam/muslimin...kenapa tajuk saya kelihatan sedikit "Emo"
sebenarnya dah lama..pendam perasaan ni..tapi kadang2...perasaan tu hilang..dan kadang2 muncul balik...
Muncul bila saya berdepan dengan situasi yang mana membuatkan saya harus mencegahnya..sedang dalam masa yang sama..saya lihat kebanyakkan muslimin hanya tengok jer...

Nahi mungkar! Andai bagaimana?

عن أبي سعيد الخدري - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  من رأى منكم
 منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان  أخرجه مسلم.
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya,jika tidak mampu maka dengan lidahnya,jika tidak mampu maka dengan hatinya,dan demikian adalah selemah2 iman. (riwayat muslim)

Izinkan saya bertanya pada kalian..berapa ramai dikalangan kita yang berani dan mampu Nahi mungkar,,barangkali kita hanya mampu untuk ‘amar ma’ruf sedangkan dalam sama yang sama kita mengunci mulut saat melihat kemungkaran atau sesuatu yang tidak syarak berlaku di depan mata kita..
Saya mahu bertanya lagi siapa yang berani…?!,siapa yang hanya sekadar mampu membenci di dalam hati..,sebagaiman yang kita maklum membenci di dalam hati  saat melihat kemungkaran itu adalah selemah2 iman..tetapi sampai bila kita mahu berada dalam tahap itu,,tidakkan hati kita sensitive tatkala melihat  kemungkaran di hadapan kita…
Suatu hari saya ni di uji dengan seorang hamba Allah…,yang mana ketika memandang wanita ini, membuat jantung saya berdegup laju,,,melihat pada pakaiannya yang sangat jarang,,begitu juga dengan tudungnya,,dan saya jadi bertambah malu apabila mendapati beberapa orang muslimin melihat wanita tadi…
Lalu dengan hati yang bergetar saya merapati, dan menyentuh bahu wanita itu dengan lembut,saya memandang tepat padanya “erm…Sis..maaf, kalau akak nak bagitau ni..pakaian yang awak pakai ni..terlalu jarang…kalau boleh esok jangan pakai macam ni ya…sebab jarang sangat2…,malu kalau muslimin tengok"
Saya cuba berbicara dalam nada selembut mungkin..kata2 itu  diluahkan dari hati yang dalam…oleh kerana waktu tu ada kelas, saya terpaksa meninggalkan wanita tadi…
Namun entah kenapa tiba2…saat kaki melangkah beredar dari situ..tiba2..air mata menitis perlahan…”Ya Allah saya tak mampu” terlalu kesiankan wanita tadi..andai di sisi saya ada Blezzer atau apa2 kain ingin saja saya pakaikan pada wanita tadi” terlalu mengaibkan…saya tertunduk malu…
Saya memandang muslimin 2 yang hanya jadi pemerhati di situ..bisukah mereka..??tak terdetikkah di hati mereka untuk menegur muslimah tadi…,menegur dalam konteks ini, diharuskan,,bukankah ia ‘amar ma’ruf nahi mungkar…??,tetapi kenapa saya tengok ramai lelaki2 jadi PASIF.
Kecewa…!saya betul2 kecewa dengan sikap lelaki yang lebih suka mengunci mulutnya..pasif..dimana sensitivity kalian!!,di mana jiwa kepimpinan kalian!!,di mana!?,kalu begini sikap sebahagian kaum lelaki,,apa akan jadi jika mereka bergelar suami dan ketua keluarga kelak??
Uh…sungguh saya tak sanggup andai harus memiliki suami sebegitu…,bayangkan jika anak gadis  yang keluar rumah dengan memakai pakaian yang ala kadar muslimah,,,si Ayah hanya mendiamkan diri aja..yang penat si ibu yang dikatakan kuat berleter…
            Wahai syabab…tika dulu kalian digelarkan penyelamat…,tika dulu kalian sebagai pelindung…tapi hari ini apa yang terjadi…kalian semakin membisu…kalian melihat benda yang salah berlaku depan mata..tapi hati kalian tidak menggerakkan kalian untuk mencegah….
            Saya risau..tersangat risau andai sikap begini menjadi budaya….,tapi saya tak nafikan barangkali ada golongan syabab yang berani nahi mungkar.
Pernah saya diceritakan oleh seorang teman..Alhamdulillah, Allah kurniakan keberanian dalam hatinya…,masa tu..dia sedang menegur pasangan kapel ni..pasangan tu di kerusi bersebelahan…tak syarak langsung..apa yang terjadi..si lelaki tadi naik berang, hampir2 tangannya menyinggahi pipi sahabat saya…gara2 sahabat saya menegur bahawa perbuatan mereka macamtu dalam bus…
Saya terkejut “Ya Allah…awak,, takde ke lelaki2 yang duduk kat situ..tengok peristiwa tu…”
“ada,tapi mereka hanya tengok jer….”,jelas kawan saya tadi…
“ah…memang lelaki pengecut!!tau tengok jer…penakut!!”
Hati saya menjerit2 geram…apa nak jadi dengan lelaki ni…Ya Allah…
Bila berbincang dengan sahabat2 tentang perangai kebanyakan lelaki yang tak suka ambik endah..dan tak sensitive  ni..membuat kami jadi takut..kalu2 dapat suami macamtu …Allah jauhkalanh kami dari lelaki2 yang dayus…
Paling sedih bila yang mendiamkan diri ni juga..dari kalangan mereka yang tinggi agama, saya mahu bertanya..apa yang membuatkan lelaki lebih suka mendiamkan diri…,saya pernah membayangkan betapa teruknya andai sikap demikian ada pada kebanyakkan lelaki..bayangkan jika suatu hari nanti andai seorang wanita di nodai di hadapan mereka..tak mustahil ramai yang hanya jadi pemerhati…

Di mana pembela2 agama..di manakah hero2 kebanggaan muslimah,di mana…Fikir2kanlah….rasanya cukup setakat ini..saya meluah rasa..sebagai mewakili sahabat2 saya juga...,

              
                                                         "I love Sufi Haraki"


Dec 12, 2011

Ini pilihanku


 Kepada Bakal Suami

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar. 

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu. 

Kepada Bakal Suami, 
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya. 

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu. 



Gambar Ihsan Rusydee artz

Hidup ni bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka

Kepada Bakal Suami/Isteri
 Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri 


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

 Single but NOT available:

Ya ALLAH! maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.. 


Edited: kasturi


Dec 11, 2011

Wajah suci

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernahkah kita tertanya2 mengapa saat kita melihat baby..kanak2..hati kita akan rasa tenang.. 
jawapannya sebab mereka masih bersih dari dosa...
lainlah kalau kita ...banyaknya dosa..menyebabkan wajah menjadi keruh..

Pengalaman menjadi baby sitter memang menyeronokkan..setiap hari menatap wajah yang comel..cute2...banyak benda dapat dipelajari....perlunya kecekapan....kesabaran dan kekuatan...rupa2nya tak senang jadi seorang ibu..,sebab itu betapa besarnya dosa anak2 yang menderhakai ibu bapa...



 Khaira
budak comel :)

 Aisya Sumayya
Baby yang paling manja
rindunya dekat Sumayya.....T_T

Adrish...

Dalam ramai2 baby...yang ni lain dari yang lain...walaupun kuat nangis...tetapi suka tengok dia nangis...muka comel je...(jahat betul cikgu ni..)

Tenangnya tengok baby2 ni...itulah...mereka masih bersih dari dosa.....

Tarbiahkan diri...soleh/solehahkan diri..agar kelak bisa mendidik anak2 menjadi generasi soleh dan solehah..qurratu aini.



Siapa saja jika ditanya pasti mahu anaknya, jadi anak yang solehah, tak kirala bagaimana jenis keadaan seseorang tu...



Smile for baby 









Dec 8, 2011

Ujian yang semakin mendekatkan


Sebuah peringatan yang cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki....cukup memberi kesan di hati...ucapan 'ku tak mampu ya Allah' biasa terkeluar dari hati kita..rintihlah pada Ilahi...kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya...andai tak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah...tanyalah iman, kerana ia biasa memberi jawapan yang paling jujur..tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..dan tidak Allah mencabut sesuatu melain menggantikannya dengan yang lebih baik..nantikan hikmahNya..pasti diri tersenyum penuh keredhaan...

ku mengetuk2 dadaku...terasa kosong...di mana hatiku yang dulu...kenapa aku terasa semakin jauh....
aku mahu menangis..namun kenapa air mata terasa kering.....
Ya Allah.gantikanlah hatiku dengan hati yang baru...
yang mampu merasakan cintaMu....
hati yang mampu membuatku menangis bilamana ianya berbisik2 denganMu....

'Saudaraku sering kita terlupa pada keadaan jiwa yang Allah pinjamkan buat kita..sehingga satu ketika jiwa mengadu kesakitan, kekosongan lantaran tidak diberi santapan iman...
Ketika itu, kita mula tercari-cari kekuatan.
maka saat itu kita kan merasai betapa 'jiwa itu' sangat berharga buat kita..
 mari kita memberi hadiah pada jiwa..
dengan memberinya santapan2 rohani...penguat jiwa...


~Ujian yang semakin mendekatkanku dengan CintaNya~ 
biar sakit...biar penat...biar perit
 ku tahu..
ia mengkafarahkan dosa2..
Ya Allah ya Rahman...
Ya Allah ya Rahim...
terima kasih..kerana menyayangiku...
memberi sebuah ujian..
yang membuat bibir ini tak henti2 menyebut namaMu...


Dec 3, 2011

Muhasabah cinta

~Fanzur~

Wahai..Pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrah semuanya padaMu

Tuhan..baru ku sedar..
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah..
Mengalun berzikir di kidung doaku...
Sakit yang kurasa biar menjadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi...
Muhasabah cintaku..

Tuhan kuatkan aku...
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu

~Edcoustic~